Thursday, May 08, 2008

Kelas Bahasa Jepun: Nombor Asas, Puluh dan Ratus

Untuk bahagian yang pertama di dalam topik nombor ini kita akan mempelajari cara penggunaan untuk nombor asas, digit puluh dan juga ratus.

Nombor Asas

1 = Ichi
2 = Ni
3 = San
4 = Yon ataupun shi
5 = Go
6 = Roku
7 = Nana ataupun shichi
8 = Hachi
9 = Ku ataupun kyuu
10 = Juu
100 = Hyaku ( ataupun -byaku, -pyaku mengikut jenis nombornya)

Puluh

Untuk digit puluh cara penggunaanya adalah seperti berikut:-
___Juu___

Contohnya :-
11 = Juu-Ichi
20 = Ni-Juu
32 = San-Juu-Ni
88 = Hachi-Juu-Hachi
99 = Kyuu-Juu-Kyuu

Ratus

Untuk digit ratus cara penggunaanya adalah seperti berikut:-
___Hyaku___ ( untuk 100, 200, 400, 500, 700, 900)
___Byaku___ ( untuk 300)
___Pyaku___ ( untuk 600 dan 800)

Contohnya :-
101 = Hyaku-Ichi
200 = Ni-Hyaku
323 = San-Byaku-Ni-Juu-San
678 = Rop-Pyaku-Nana-Juu-Hachi
800 = Hap-Pyaku
880 = Hap-Pyaku-Hachi-Juu
995 = Kyuu-Hyaku-Kyuu-Juu-Go

0 Komen:

Post a Comment