Dia kempunan lagi!!
KUALA TERENGGANU - Hasrat Mohamed Nor Awang, 57, untuk berkahwin kali keempat dengan Suzi Sulong, 34, yang sepatutnya berlangsung 23 Mei lalu, terpaksa ditangguh sekali lagi.
Ia ekoran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang mengendalikan kes tersebut, Shaikh Ahmad Ismail terpaksa menghadiri satu mesyuarat bermula kelmarin hingga semalam menyebabkan perbicaraan tidak dapat dijalankan.
Menurut sumber mahkamah, kes itu kemungkinan akan dibicarakan dalam tempoh dua minggu lagi.
"Kami dalam proses menetapkan tarikh untuk perbicaraan itu termasuk tarikh untuk kes-kes lain yang juga terpaksa ditangguhkan," katanya ketika dihubungi semalam.
Sementara itu, tinjauan di mahkamah tersebut mendapati Mohamed Nor atau wakilnya tidak hadir kerana mungkin telah dimaklumkan lebih awal mengenai penangguhan tersebut.
Sebelum ini, kes tersebut dibicarakan pada 15 Mei lalu dengan dihadiri isteri pertama Mohamed Nor iaitu Wan Rukiah Mat Yusof, 52, isteri kedua, Khalthom Dollah, 39, dan Noraini Daud, 40, (isteri ketiga).
Bagaimanapun hakim menangguhkan keputusan membenarkan bapa kepada 18 orang anak yang turut mempunyai empat cucu itu kepada 18 Mei lalu.
Bagaimanapun, hakim masih belum dapat memberikan keputusan ekoran kegagalan Mohamed Nor mengemukakan afidavit tambahan yang meyakinkan mahkamah mengenai kemampuannya untuk beristeri empat.
Hakim kemudian menetapkan semalam sebagai tarikh perbicaraan baru tetapi ia juga ditangguhkan lagi.
Adui, dah ada 3 bini pon nak tambah sorang lagi ?? amboi... ni ikot sunnah nabi ke ikut nafsu? payah kan orang laki ni, mampu sikit saja nk tambah lagi sorang, keja tak tera mana, nak bini ramai.
0 Komen:
Post a Comment