Saturday, July 26, 2008

JHEAIK tahan 16 ratu cantik pondan

26/07/2008 3:48pm

BACHOK 26 Julai — Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) menahan 16 pondan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik pondan di sebuah resort di sini, malam semalam.

Ketua Penolong Pengarah JHEAIK Abdul Aziz Mohd Nor berkata pondan yang berusia antara 20 dan 30-an ditahan kira-kira pukul 10 malam ketika beraksi dengan berpakaian wanita di sebuah dewan di resort itu.

“Tiga daripada mereka berjaya melepaskan diri dengan terjun ke sungai berdekatan manakala yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAIK di Kota Baharu untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini.

Abdul Aziz berkata JHEAIK memandang serius kegiatan tidak bermoral kumpulan itu yang bertentangan dengan kaedah Islam kerana berpakaian wanita sedangkan mereka adalah lelaki.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan yang ada dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara atau kedua-dua sekali.

Dua hari lepas, tiga pondan yang berkeliaran di sekitar Wakaf Siku, Kota Bharu ditahan dan setelah didapati bersalah, mereka dipenjara sehingga lima bulan kerana gagal membayar denda. — BERNAMA

Luth Textile cakap: Hahahahaha.. lawak betul la.. ada jugak ratu cantik pondan kat malaysia nih.. lawak betul la.. tah pehape hape.. diorang ingat sini siam ke nak bertanding ratu cantik? buduh punye worang..


2 comments: