Wednesday, July 30, 2008

Musim durian sudah tiba..

Musim durian merupakan musim yang paling ambo tunggu-tunggu pada setiap tahun..
Pada kebiasaannya, bila musin durian menjelang tiba (cey cey, macam hari raya r pulak), buah buahan yang selalu ada dengan durian pun menjelma..

Rambutan, Manggis, Langsat, Dokong, macam macam buah lagi la yang ada kat pasaran.. dipasar malam pon banyak..

Durian macam manusia la jugak.. manusia ada banyak bangsa, cina, india, melayu.. sama macam durian.. mengikut pengalaman Luth yang dah lama bertapak di negeri Perak dan Pulau Pinang, durian Perak, esp durian Batu Kurau, memang tak boleh lawan antara adik beradik durian kat Malaysia nih..

Nak tengok durian batu kurau?
Ni dia durian batu kurau gread 'A'..
memang sedap.. kalau tengok kulit dia, kulit durian ni tak la begitu kuning. Banyak buah durian batu kurau berwarna hijau pekat. Memang kaw rasa durian ni.. tengok gambar pun dah terliur.. Memang sedap.

Bau Durian Batu Kurau memang kuat.. Kalau duduk luar rumah, masuk dekat ruang tamu dah bau aroma dia.. ush3.. memang terliur..


Durian siam bukanya boleh lawan dengan durian Batu Kurau.. Tak dak Umphh durian siam..
Durian batu kurau no. 1 dalam Perak.. Korang boleh dapatkan durian batu kurau di Pasar Malam Kamunting (tah, hari apa ada pasar malam Luth da lupa ar) dan pekan Taiping pun ada jual jugak. Kalau nak yang fresh, pegi ja dekat pekan Batu Kurau, sana lagi banyak dan murah..

Macam mana nak tahu identiti durian tersebut?

Payah sikitla nak kenal sesebuah (sesebuah ke? hihihi) durian tu asal dari mana. Sebab apa, kalau kita tengok daripada luaran durian tersebut, kebayakan sama saja. Ada durian duri2 besar, duri2 kecil, ada warna hijau tua, hijau muda dan lain-lain. Nak kenal identiti durian tuh dari ISI dia. Sebagai contoh, Kalau kita selalu makan durian Muar, orang lain bagi dekat kita durian siam, mesti kita dapat rasa perbezaan 'rasa' buah tu. Sama la dengan durian-durian yang lain.

2 hari lepas, my bro ada bawak balik durian Batu Kurau, 6 biji. Malm tu jugak Luth dengan kerabat-kerabat sental.. tapi tak la sampai makan 6 biji. malam tuh makan 3 biji ja.. Luth makan banyak. Mak,adik, kakak makan seorang 2,3 ulas ja.. Luth balon makan sampai 2bijik sorang.. buah ta berapa besar, tapi isi padat. Memang best. Lazat..



3 comments:

  1. that's durian, right? ...i have to admit, it tastes reallyu good.. but gawd! the smell! ...makes me not want to eat it..

    ReplyDelete
  2. alamak..
    sedapnya..
    dah laa lama tak balik kg niy..
    mai r poskan durian kat owg kat cni...
    X)

    ReplyDelete