Monday, August 04, 2008

Bengkel Minggu Ini: Pelajar hampa!

POLITEKNIK SEBERANG PERAI, 4 Ogos 2008, bengkel metreologi bagi minggu ke tiga membuatkan 8 orang pelajar DTP3A hampa. Setelah penat menunggu ketibaan pensyarah selama 15 minit, 8 orang pelajar tersebut nekad untuk meniggalkan kelas mereka. Ketua kumpulan terbabit, Muhammad Shahril Mohd Sharif, 19 berjaya meyakinkan rakan-rakannya bahawa pensyarah tidak mengadakan bengkel hari ini dan merancang untuk beredar pulang.

Rato chomel kelas kami

3 Makhluk lain hilang dalam gambar ini

abang-abang hensem

Ekoran ajakan Muhammad Shahril tadi, rakan-rakannya Luthfi, Hadi, Amirul, Endi, Syamsul, Ijoy dan XXX (identiti tidak diketahui) nekad meninggalkan bengkel tersebut pada jam 845 pagi tersebut.

Pelajar kumpulan 8 tersebut dikesan memenuhkan tangki perutnya di Kafeteria Politeknik Seberang Perai. Ketika sedang asyik mengisi tangki perut, tiba-tiba segerombolan pelajar DTP3A dari kumpulan 1 turut ke Kafetaria Politeknik Seberang Perai.Kedatangan segerombolan kumpulan 1 mencetuskan keadaan yang amat tidak menyenangkan, mereka menimbulkan kekecohan yang menggangu orang lain dikafetaria untuk mengisi tong perut mereka.
Kemudian, 4 dari pelajar kumpulan 8 terbabit melakukan kesalahan yang besar iaitu menyalin tugasan matematik milik rakannya. Mengikut akta assignment politeknik, pelajar yang dikesan menyalin tugasan rakannya, akan dikenakan hukuman setimpal, iaitu markah PB nya tidak akan dikira/lupus. Nampak sangat pelajar DTP3A amat berani meniru tugasan rakan-rakanya secara terang - terangan. - LUTH TEXTILE

1 comment: