Friday, August 15, 2008

P.44 Parlimen Permatang Pauh

1:30pm
Hari ni hari Jumaat, aku bersiap siap nak ke Masjid untuk menunaikan solat jumaat. Setelah bersiap, aku pun berjalan kaki menuju ke masjid. Hari ni bukan hari jumaat yang biasa. tah hari ni ramai pulak orang pegi masjid, tak macam selalu. Tiba tiba, ada sorang makhluk Allah naik moto 135LC dengan bawak bendera skali, pecut depan aku, sikit lagi nak kena aku. Pelaq betul.. lepastu datang lagi sebijik RXZ, tapi orang tua yang naik, dia pun bawak moto punya laju, lepas tu dia sesedap rasa ja blok jalan yang bertentangan dengan aku. Tah pehape.. Aku wat donno..

1:35pm
Sebuah kereta BMW, BJC6 tah siri keberapa tah masuk perkarangan masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq, Taman Guar Perahu. Dibelakang BMW tuh, ada sebijik lagi kereta, tapi kereta ni lagi mewah, Merc Benz, tah apa jenis tah, kaler gold bernumber plate WJC 6000 masuk ke dalam perkarangan masjid dan parking betul - betul depan pintu masjid. Tah, sawan ke apa depa ni parking depan pintu masjid. Kemudian, Seorang lelaki berumur 60an berpakaian baju Melayu lengkap bersampin keluar dari kereta mewah tersebut dan melambai kearah hadirin jumaat dimasjid tersebut. Lepastu, dia masuk kedalam masjid yang diiringi oleh rakan-rakannya.

1:40pm
Kedengaran khatib membaca khutbah pertama yang memuatkan perjuangan seorang pemimpin, yang sanggup dipenjara, dihina, dimaki dan dicaci hanya kerana rakyat. Khatib tersebut juga mempersoalkan kemerdekaan negara kita. Rakyat dihina dan ditindas oleh undang undang dan kerajaan yang zalim, mengutuk pemerintahan kerajaan sekarang yang lemah dan tidak berkaliber. Khatib juga ada menceritakan sebuah cerita dulu, cerita sejarah la kot, yang mana ada sebuah kerajaan yang lemah akhirnya dijatuhkan oleh rakyat dan rakyat menaikkan sebuah kerajaan baru yang kuat dan terkenal. Kenapa eh khatib cerita bab sejarah pulak r? Pelik pelik la..

1:55pm
Sekarang dah masuk khutbah yang kedua. Aku tak dapat nak masuk dalam masjid sebab ramai sangat. So, macam biasa, aku berdiri kat luar sambil mendengar khutbah dan melihat suasana perkarangan masjid yang semakin lama, semakin meriah. Aku tengah kehairanan sekarang. Kenapa orang-orang yang datang kemasjid tempat aku ni tak hormat akan khutbah dan tak diam semasa khatib sedang berkhutbah? Depa ni rilex ja sembang-sembang, buat donno saja. Nak cakap siam bukan. Depa semua orang Melayu. Tah pehape. Aku tengok ja depa. Tiba - tiba ada sepasang orang cina yang memakai tag MEDIA ditengoknya masuk diperkarangan masjid. dibelakang depa ada seorang lelaki cina yang muda membawa kamera. (ish, dia ni mesti kameraman). Masjid hari ni macam ada something yang menarik ja, sampai orang cina rilex masuk dalam perkarangan masjid pasai pa.. ah.. lantak la..

2:00pm
Iqamah dah dilaungkan. aku pun masuk kedalam masjid untuk solat. Selesai saja solat 10 minit kemudian, setengah daripada jemaah keluar meninggalkan masjid. Tinggal berapa kerat sahaja jemaah yang tinggal. Orang tua yang datang ke masjid kami tadi sedang memberi tazkirah. Aik.. Setahu aku, orang tua tu bukannya ustaz, cikgu pun tak. Kenapa dia hari ni diberi platform untuk menyampaikan tazkirah didalam masjid yang mulia ni? Betul ke tazkirah? Aku meragui apa yang ingin disampaikan oleh orang tua tersebut. Aku keluar dari masjid dan berdiri memerhatikan kereta BMW keluar daripada perkarangan masjid sambil mendengar orang tua tersebut menyampaikan tazkirah.

2:20pm
Adakah orang tua terbabit menyampaikan tazkirah yang mengajak manusia kejalan yang diredhai-NYA? Tazkirah orang tua tuh adala berbau politik. Tapi, beliau pandai membuat ayat yang berbunga bunga. Memang hebat dia bersyarah. Asyik juga ucapannya. Bersemangat dan penuh dengan tenaga.

2:30pm
Kameramen tadi bersama sama sepasang wartawan cina menyerbu orang tua terbabit. Suasana ketika itu hangat. Hadirin masatu semua pakat nak salam dengannya. Orang tua terbabit tersenyum simpul kepada hadirin dan wartawan yang datang. Glamornya.. Kan best kalau aku jadi macam tuh.. Orang tua tuh berjalan menuju ke keretanya yang berkilau dek cahaya matahari. Driver dia dah siap bukak pintu. wa.. hebat. hebat.Setelah beliau bersalaman dengan hadirin, beliau masuk kedalam keretanya dan memecut laju meninggalkan perkarangan masjid.

So, apa yang aku nak simpulkan disini adalah kekesalan terhadap sesetengah 'pemimpin' yang menyalahgunakan masjid untuk tujuan politik kotor. Aku tak suka dengan politik. Aku tak suka masjid dijadikan sebagai salah satu platform untuk berkempen tentang politik. Aku tak suka akan perpecahan masyarakat akibat penyalahgunaan masjid oleh sesetengah pihak.

Masjid harus dijadikan sebagai tempat berkumpul dan menjalinkan ikatan silaturrahim antara satu sama lain dan bukanlah tempat untuk menunjuk hero dan mencari publisiti murahan. Apa yang aku nak sampaikan ini bukanlah sebagai protes kedatangan 'orang tua' terbabit, tatapi aku kesal penyalahgunaan masjid yang dijadikan sebagai platform politik.

Wallahualam.

Aku tak pandai sangat bab bab mengarang ayat nih, tapi aku cuba nak menyampaikan isi hati aku melalui penulisanku. terlebih terkurang minta maaf

6 comments:

  1. erm.. orang tua tu penah menjadi juruliwat ke?

    ReplyDelete
  2. oittt esok la aku bace yer pakcik luth!! muahxxxxxx

    ReplyDelete
  3. sori. aku terfitnah awal2 td. xde bukti die liwat saiful. doktor yg wt laporan pn kne tangkap polisi. tp diepas balik. tata~

    ReplyDelete
  4. aku nak cakap skit..
    kalu xtau sgt bab2 politik nie..
    kita jangan dok tulis sebarangan..
    duduk diam2 n kaji selidik dlu..
    jgn pakai tulis ja ikut sedap mulut..

    ReplyDelete