Sunday, September 21, 2008

Tutorial Photoshop 5 : Buat image pop-out ( terkeluar)

Assalamualaikum rakan bloggers sekelian.. Maaf la dah lama tak update..
Ok. hari ni Luth nak share macam mana nak buat gambar pop-out.. atau dalam Bahasa Melayunya gambar terkeluar..


Langkah 1 - Pilih gambar anda. Gunakanlah Monitor Komputer, TV atau lain-lain ya..


Langkah 2 - Pindah layer "gemok hodoh" kedalam layer monitor komputer dan ubah opacity layout kepada 50%

Langkah 3 - Edit gambar tersebut mengikut kesesuaian anda. Bagi Luth, Luth lebih suka flip gambar tersebut kekanan. Kaki lelaki gemuk tersebut di-flip dari kiri ke kanan.


Langkah 4 - Setelah layer lelaki gemuk tersebut di-flip secara mendatar (flip horizontal), tekan CTRL + T untuk mengubah (free transform). Untuk image yang lebih baik, tekan SHIFT bersama sama ketika anda resize gambar tersebut. Kalau untuk rotate gambar, jangan tekan SHIFT, ubah macam biasa.


Resize layer lelaki gemuk tersebut mengikut skrin monitor komputer tersebut.
Langkah 5 -
Tekan aplikasi Pen Tool untuk memotong bahagian berkenaan pada layer lelaki gemuk tersebut.
Untuk sesiapa yang tidak pernah menggunakan Pen Tool, kaedah pemotongan menggunakan pen tool agak mudah jugak. janji kena tekan ALT bersama-sama masa tengah select bahagian tersebut.


Cantum titik mula dengan titik akhir.
Langkah 6 -
Apabila selesai select bahgian yang dikehendaki, pergi ke LAYER > PATH. Set FEATHER RADIUS kepada 1 pixels dan tekan OK.

Langkah 7 -
OK, bila dah siap semua langkah diatas, layer anda akan jadi macam gambarajah dibawah


OK, dah nak siap.. Pergi ke SELECT > INVERSE. Kemudian tekan DEL. Bahagian yang anda kehendaki dah siap dipotong. Set kembali LAYER OPACITY kepada 100% dan buat lah touch up.


Senang kan? Try n error k?

:-D 2;48am

0 Komen:

Post a Comment