Wednesday, October 15, 2008

Bengkel Minggu Ini : MOOD RAYA.. Bengkel terasa suram!

 
BUKIT MERTAJAM, 13 OKTOBER -  Bengkel minggu ini agak suram ekoran semua pelajar DTP3A masih lagi berada didalam mood raya. Bengkel minggu ini merupakan bengkel kedua untuk kumpulan Granding, Milling, welding, Plastic dan Metrologi..

Nasib kumpulan Grinding minggu ini amat malang ekoran seorang pelajar kumpulan ini bertindak memulaukan bengkel dan masih tidur dirumah.. Pelajar tersebut
ialah Syamsul Qamar,19 yang dikesan melakukan aktiviti kongsi gelap disekitar WangsaMaju gagal hadir pada bengkel kali ini.

Kumpulan Grinding yang dipecahkan kepada dua kumpulan lagi diketuai oleh Nor Amirul dan Syamsul Qamar bersaing untuk merebut gelaran juara, siapakah yang dapat menghasilkan produk dengan cepat dan cantik..

Buat masa ini, kumpulan Nor Amirul yang disertai oleh Mohammad Luthfi, Abdul Hadi dan Muhammad Shahril berada ditangga yang teratas. Mereka sudah berjaya menghasilkan produk yang cantik dan licin..

Amat malang sekali pada kumpulan Syamsul Qamar kerana mereka kehilangan seorang lagi ahli kumpulan, iaitu Cik Nurul Ain kerana beliau gagal membawa kad identiti pelajar dan seterusnya menyebabkan kumpulan mereka agak lengai dan lembap berbanding kumpulan NorAmirul yang sudah berjaya menyiapkan produk mereka..

Sumber : Luth Textile Day Life


Berikut ialah keratan dialog Nurul Ain dan Pensyarah ketika dia sedang disoal siasat dalam kes "datang lewat" pada 13 Oktober 2008


Pensyarah: 
Apasal awak datang lambat? Asyik-asyik muka awak je.. 
Ain : 
Sorila cik, saya datang lambat sebab cari kad matrik tadik, cik. Kad MATRIK saye hilang. Satu rumah saya carik, tapi still tak jumpe.. 
Pensyarah:
Banyaknye alasan awak.. [sedang menanda kedatangan pelajar]
Ain:
Cik, kad matrik saya takder, boleh tak guna IC?
Pensyarah:
Mana boleh guna IC.. 
Ain:
Kelas lain boleh je cik.. Naper cik takleh?
Pensyarah:
Tu kelas lain. Kelas saya tak boleh. Kalau awak duk gune IC je, nanti awak akan selalu bagi alasan yang sama, lewat datang kelas sebab carik kad matrik. Saya tak terima IC..
Ain:
Ala cik.. Boleh la.. 
Pensyarah:
Saya terima kad matrik saje. Kalau awak gagal bawak kad matrik, attendent awak saya akan kira kosong.
Ain:
Habis tu macam mana cik? Tak kan saya nak kena buat kad matrik baru kot?Mahal la cik, saya mana ada bawak duit
Pensyarah:
Tu saya tak tau, yang penting awak pegi isi borang dan mintak sign ketua HPP. Awak takde duit, pegila gadai pape, gadai jam ke, gadai baju ke, gadai body ke..
Ain:
........ [muka cebik]

Pensyarah:
Ok, kali ni, saya maafkan awak lagi. Awak pegi unit HPP, isi borang. Lepas tu awak pegi je mintak sign ketua HPP. Tak de duit, esok awak boleh buat lagi. Untuk hari ni, awak pegi isi borang.. Tunjuk kat saya, then saya mark attendent awak untuk hari ni..

Ain:
Baik..

[nota kaki] : berikut adalah pergaduhan sebenar antara Cik Pensyarah dengan Ain. Artikel diatas tidak bermaksud untuk menghina ataupun mengeji mana-mana pihak. Ambil iktibar dan peringatan daripada apa yang terjadi. Harap maklum!

1 comment: