Kalau tak, hari ni (Sabtu, Oktober 11) aku akan pegi kerja, tapi tahla apa nak jadi hari ni. Malas betul. Semalam, masa sekuar dengan Sephia, aku dah telefon Manager KFC Jusco, nak kerja hari ni, tapi aku tak pegi keja.. Mengamuk pe orang tua tuh.. Lantak hang la..
Tengah hari tadi, lebih kurang pukul 345pm, Sephia bagitau aku, kawan dia dah meninggal masa operation belah kepala. Dengar cerita, si kawannya tu sakit kanser otak kot, operation tu nak buang kanser dalam kepala. Innalillahwainnailaihirrojiun.. Dah nak buat macam mana, dah sampai masa dia nak pegi, kita mana boleh halang..
Dalam telefon, sephia sebak giler.. Menangis. Tapi aku marah. Kita ada agama, agama kita tak bagi kita macam tu. Pasrah dan redha saja la. Aku diam lepas cakap macam tu kat dia. Sephia sedih, sampai nak pegi tengok member dia kat KL. Aku marah dia lagi. Dah la besok dia ada kelas, ada hati lagi nak pegi tengok member kat KL.
Kalau KL tu belakang rumah takpe la nak pegi, 4jam jugak la nak sampai sana. Lepas tu nak balik lagi. Kalau nak pegi sangat, jom pegi dengan aku. Aku drive.. Sephia diam..
Hari Malas Sedunia..Hujan.. Aku tak ada mood nak tulis blog tadi. Aku malas nak on YM, dan malas untuk buat semua-semua tuh. Nasib baik cuti kali ni tak dak assignment.. Hari ni aku nekad,dah tak mau keja dah. Kalau nak kerja pon, aku nak cari kerja yang rilex sikit daripada kerja sekarang.
Azan maghrib kedengaran.. Baru aku bangun dan harapkan mood datang kembali...
Saturday, October 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment