Friday, November 14, 2008

Jalan - Jalan Taiping

Salam semua! hari Sabtu yang lepas, lepas je balik dari kenduri pihak perempuan, Luth dan adik beradik singgah jap di pekan Taiping.. Rindu rasanya nak jalan-jalan kat Taman Tasik, pegi makan dekat Larut Matang, main air kat Burmese Pool, dan lain lain lagi. Rindunya..

So, akibat bajet yang tidak mengizinkan, kami semua just pegi Muzium je.. Bawak anak buah Luth yang dah lama tak jejak kaki kat muzium..

 
dari kiri: Cit Sephia, Syafiqah, Syafiq, Anis Aqilah dan Kak Tipah


Dulu Luth rasa, dah bawak Anis jalan-jalan pegi muzium nih.. tapi masa tuh dia baby  lagi kot.. sekarang umo dia dah 4 tahun.. so, baru first time la kot masuk masa besaq2 nih.. Dia pada mulanya excited nak masuk muzium.. 

Oh ya.. Muzium Perak tengah diubahsuai sekarang nih.. Galleri yang lain-lain dah ditutup, kecuali Alam Semulajadi.. Ala, yang binatang-binatang tuh.. Anis takut nak masuk.. Masuk je pintu kiri (pintu sementara) tuh, dia dah jerit jerit takut.. Dia kata ada hantu.. Haha..


 
wei.. wat keja leklok wei..
 
Pakcik guard muzium tuh jenuh pujuk si Anis nih.. Mana ada hantu adik.. Takdak, Pakcik dah halau.. Pastu ada 3 orang makcik cina yang datang 'satu kapai' rombongan mana tah tu, pon tegur si Anis.. Mana ada hantu adik. Untie duduk sini ok saja. Marila masuk. Tengok binatang. Hahaha..
 
cit sephia dengan model seksi..
 
 Muah muah bewak..

 
Adik syafiq ngn Syafiqah nak jadi tenggiling
 
anis sebenaqnya takot tengok binatang yang diawet tuh..
Keluar keluar je dari Muzium, hujan pulak dah.. kami semua pakat lari masuk dalam keta.. Nasib la masa tuh hujan tak lebat lagi.. masuk je dalam keta, huhhh hujan lebat..
 
  
 
Lepas hujan lebat, kami dah tak tau nak g mana.. So, kami terus je balik ke Bukit Mertajam menggunakan jalan lama.. Luth guna jalan Selama - Kulim.. Cukup dekat dan pantas..

9 comments:

  1. ku dah pegi last year!!

    hehehe....

    best gak...

    ku suka depan dia...ada patung org berdiri tu~

    ReplyDelete
  2. bagus betul... untung la depa..

    baik aok buat dokumentari haha

    ReplyDelete
  3. wah bestnya...dah lama aku tak bergambar sbelah kapal terbang tuh... aku ingatkan dah takde dah...kpala gajah kat dlm tuh ada lagi tak?

    ReplyDelete
  4. Bukan kat luar muzium tu ade kapal terbang ke... ade lagi tak kat situ...

    Latest blog Qemu: Komputer maya

    ReplyDelete
  5. zara - last year? urm.. kat muzium nih, pameran utama selalu ubah2.. bulan nih pameran lain, bulan depan pameran lain plak..

    alifmikail - urm.. takdak masa la nak wat dokomentari.. huhu..

    bozzobattousai - ada lagi kepala gajah tuh.. sebab tu la anak buah luth takut nak masok muzium tuh//

    19zim - ada lagi la kapal terbang tuh..

    ReplyDelete
  6. harap tak keberatan untuk menjadi salah seorang follower saya.nice blog

    ReplyDelete
  7. luth sahayana ...
    theme itam yg nih cm cun jerk ...
    muzium taiping tuh ak last g 2005 ...
    geng ak siap berkenalan lg dgn dak U ... hahah
    zmn remaja ak , ak byk gak g muzium kt seluruh prk & mlk ...
    tp ak dh lupa menatang per tah yg ad dlm tuh ...
    muzium negara ak igt dh msk @ x ...
    so nyanyuks lorh ak nih ha :)

    ReplyDelete