Sunday, November 30, 2008

Photoshop Tool Basics - Part 2

Magic Wind (W)

Magic Wand Tool (W)
Magic Wind adalah salah satu peralatan untuk memilih bahagian yang kita kehendaki. Ia lebih senang digunakan untuk memilih bahagian yang besar.
Untuk pengguna baru, anda seharusnya belajar menggunakan Magic Wind terlebih dahulu kerana ianya peralatan basic didalam photoshop.
Crop Tool (C)

   
Crop Tool ialah sebuah alatan yang amat mudah digunakan. Ia digunakan untuk memilih kawasan  yang kita kehendaki sahaja. “crop” bermaksud memotong. Pada kebiasaannya, crop tool digunakan pada langkah terakhir. Penggunaanya adalah sama seperti Rectangular Marquee tool. Anda hanya perlu menekan butang [enter] untuk memotong mana-mana bahagian pilihan anda.
Untuk pengguna baru, peralatan ini tidak berapa perlu. Ia menglibatkan kawasan dan size sesuatu projek.
Slice Tool (K)



Peralatan ini biasanya digunakan untuk membuat website ataupun mengecilkan gambar yang besar. Ia merupakan peralatan yang amat sukar digunakan.
Untuk pengguna baru, peralatan ini tidak diperlukan.

 Healing Brush Tool (J)



Peralatan ini amat berguna. Ianya tidak terlalu sukar untuk digunakan. Penggunaanya ialah sama seperti Brush, tetapi ia digunakan untuk membaiki kerosakan pada gambar. Hanya pilih cursor yang dikehendaki, tekan [Alt] dan arahkan pada tempat yang anda kehendaki. Ia biasanya akan menyalin dari satu tempat ke tempat yang lain.

1 comment: