Wednesday, December 10, 2008

Faris dalam kenangan

Sedih dan menyayat hati mendengar pemergian seorang insan yang berada disamping Luth dan Keluarga.
Ahmad Faris bukanlah seorang yang asing dengan Luth. Dia sering kali bertandang ke rumah Luth setiap hari untuk mengaji Iqra dengan ayah dan mak Luth

Berpewatakan yang nakal dan banyak mulut, Faris memang selalu menjadi perhatian mak dan ayah Luth sebab dia amat bising ketika menunggu "turn" baca dengan ayah. Selalunya, dia lah orang yang awal datang kerumah berbanding budak budak mengaji yang lain. Selalunya, budak mengaji datang kerumah Luth lebih kurang jam 745ptg ataupun selepas solat Maghrib, tetapi si Faris datang selepas Azan Maghrib berkumandang. Begitu semangat dia nak mengaji. Padahal tak baca sangat pun

Pernah sekali Luth rotan Faris masa tengah ajar dia baca Iqra' sebab dia main - main ketika sedang baca Iqra'. Sakit hati pun ada dekat dia, sebab dia tak mau dengaq cakap. Bila ayah Luth balik saja dari Masjid, semua budak - budak mengaji yang bising macam market ikan, jadi senyap macam tunggui kayu termasuklah si Faris nih.. Masa tu semua cover - cover, buat macam baca. padahai tak tengok pon Iqra tuh..

Nasib baik si Faris neh ada seorang kakak yang agak cun dan mantap comel, nama kak dia tak silap, Fatin Fatihah kot.. Kak dia tu budak sukan, budak sekolah Guar Perahu banyak yang main sukan, aktif dalam hokey, bola baling dll. Kak Faris muda setahun dari Luth. Dulu, masa baru - baru pindah sini, ada la jugak perasaan nak tackel kak Faris, selalu jugak Luth suruh Faris kem salam kat kak dia, mintak no fon kak dia dia la, macam - macam dah buat, tapi apakan daya, orang tak hensem dan stylo, dia mana nak layan. Hahaha..

Semalam, terkejut Luth terima SMS dari kak, kata Faris dah meninggal. Apa sebab? Sakit? Tak dengar khabar pon dia sakit, sebab sebelum nih dia tu aktif, budak nakai la katakan. Mana la nak dok diam. Semalam, sebelum Luth pegi ke rumah sewa member untuk study, dalam perjalanan pegi tu Luth ada tengok satu kemalangan dalam taman Luth nih. Moto langgaq kereta. Tapi, takkan eksiden yang tu kot.

Balik - balik tadi, dalam jam 1 tengah hari selepas habis paper Kaji daya Mesin, Luth balik kerumah dan tanya semuanya dari ayah. Ayah kata, si Faris tu eksiden moto dengan abang dia dekat highway berdekatan Pasifi (Penang Megamall). Abang Faris bawak moto laju, tiba tiba ada sebuah kereta berhenti mengejut dan abang dia nak mengelak, tengok tengok kat depan pon ada kereta berhenti. Depa nak 135 LC, memang laju abang dia bawak moto..

Si abang tu terbang macam supermen dan jatuh menirap atas tengah jalan dan si adiknya yang ada kat belakang terbang melambung terkena divider dan terseret atas tar.Astaghfirullahalazim.. Dasyatnya.. Takut Luth dengar cerita dari ayah. Luth tak sempat nak pergi ziarah arwah Faris sebab dia dah dikebumikan pada pukul 1230 tghari tadi.

Tadi, lepas ambil kakak dari kerja, Luth dan kakak singgah sekejap di rumah Faris yang hanya berada dilorong belakang rumah Luth. Suasana sunyi dan sepi menyelubungi rumah dan kelihatan abang Faris duduk dikerusi di ruang tamu. Setibanya dirumah Faris,selepas bersalam - salaman dengan hadirin yang datang, Luth bersembang dan bertanya cerita yang sebenar kepada abang si Faris.

Berat hati nak bertanya banyak - banyak dan kesian melihat keadaan abang Faris tu. Tempurung lutut abang Faris pecah kedua - dua belah , bercalar dan luka. Mujur, alhamdulillah si abang tu tak ada patah atau cedera parah, hanya pecah tempurung lutut dan lenguh badan sahaja. Kejadian mengingatkan Luth kembali, ketika Luth juga eksident seperti abang Faris lalui. Tapi mujur ketika tuh Luth tak ada apa- apa, takda retak atau patah, just luka saja kat pinggang. Sekarang, hanya tinggal parut.

So, kepada rakan -rakan sekalian, ambil iktibar akan peristiwa ini. Seram bulu roma Luth dan kesian kepada keluarga Arwah Faris. Semoga dia dirahmati oleh-Nya. Amin.

ps: maaf, penulisan yang berterabur

16 comments:

  1. wahh entry fresh lagik ni. ehe..

    emm.. pilu-nya dpt cite kematian gni. lagik2 mati accident.

    smoga arwah faris tenang di sana. alfatihah~

    ReplyDelete
  2. takziah di ucapkan..siapa2 yg bawak motor tu..hati2 lah..

    ReplyDelete
  3. Sbb tu takut tul tgk org bwk moto laju2!!
    Al-Fatihah!!

    ReplyDelete
  4. takziah kpd keluarga faris ...

    ibu & ayh ak pn ajar ank org ngaji ...

    dh tahu dh nakal bebudak sbb ak pn nakal jugak ms kecik2 dulu ...

    tetiber ak t'igt kt insiden xcdent ak ... ak dh nk lupa kn tapi mcm mn erk nk ngadap tn hakim nnt ...

    sekian shj repekan saya , wallah hu a'lam ...

    ReplyDelete
  5. wargh... da tuka blog header yea...

    ReplyDelete
  6. insaf dan seram aku baca citer ko nih luth... esok aku start bawak moto slow2...

    ReplyDelete
  7. luth

    cammana kak nak gantung banner tuh?

    kak...menda menda mcm ni bukan terra sangat... tolong cepat!

    lagi satu...kat mana link nama akak nih? tak nampak pon!

    huhuhu

    www.cabai-kering.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. salam takziah buat keluarga arwah faris. erm...umo faris ni brape?

    ReplyDelete
  9. takziah... hidup ini kitaran... akan ada lahir akan ada mati... moga rohnya aman tenteram... salaam

    ReplyDelete