Friday, January 02, 2009

Kenangan Pesta Penang

 
image credit to Flickr 


Pesta Penang memang salah satu acara Wajib bagi setiap rakyat Pulau Pinang. Ia merupakan salah satu tarikan pelancong untuk datang ke negeri pulau mutiara ini setiap hujung tahun, bermula pada 1 December hinggalah 31 December. Seumur hidup Luth, baru dua kali Luth pegi Pesta Penang, iaitu pada tahun 2007 sebanyak dua kali.

Kali pertama menjejakkan kaki ialah bersama Cik Sephia dan kali kedua Luth pegi bersama Faiz , Apit dan Mamat X.

Kali pertama Luth menjejakkan kaki di Pesta ni, Luth rasa macam ada kat tempat lain, orang betul - betul ramai. Luth ingat pesta ni macam SureHeboh, urm.. Ada la jugak persamaan SureHeboh dengan Pesta Penang, konsep dia berniaga, dan yang penting hiburan kat tapak pesta ni memang keterlaluan!



Luth bukannya nak share kat sini pasal kemeriahan pesta penang ke apa.. Tapi, lepas je kali kedua Luth ke Pesta Penang pada 2007, tahun lepas Luth langsung tak menjejakkan kaki kat sana. Meluat dan benci sebab ada satu peristiwa yang memang menyakitkan hati.

Luth dah ada ceritakan pasal Mamat X dalam posting yang lepas iaitu Part 1,Part 2,Part 3, Part 4 dan Part 5
Tolong jangan kata Luth bongkak, perasan baik, or etc k..


Pada kali kedua Luth pegi ke Pesta Penang, Luth rancang nak pegi dengan Apit dan Mamat X. Kami dah set masa, nak bertolak dari seberang dalam pukul 630pm. Bila dah cukup time, Luth dan Apit dah sampai ke rumah Mamat X dan kami tunggu dia nak gerak sekali. Lepas tu dia kata dia takleh gerak sekali kerana ada masalah dan dia akan pegi sendiri. Masalah bukannya masalah besaq tera mana pun, kecik ja. Dia yang buat - buat teruk!

Kami janji nak tunggu Mamat X kat Bukit Jambul (BJ) dan akan gerak ke tapak pesta sungai Nibong menaiki kereta Faiz. Faiz orang Penang, rumah dia kat BJ je.. Sesudah sampai kami di BJ dalam pukul 715pm, kami terus kontek Faiz dan 15minit kemudian, dia sampai dan terus ajak kami masuk dalam kereta dia..

Dia takmau keluar dari kereta mahal dia tu, Merc Benz Compressor dan ajak kami terus ke tapak pesta. Luth bagitau dah kat dia, kita kena tunggu Mamat X sekali, dia on the way kemari ni. Lepas tu, Faiz call Mamat X dan tanya dia ada kat mana dan dia masih ada di seberang tak bertolak lagi. Mungkin lewat sikit dia akan keluar dalam pukul 8 cam tu..  

Faiz dah kalut nak pegi tapak pesta, sebab dia takmo lambat nanti jalan jammed. Penang tau la kan, jalan kecik dan kawasan tapak pesta tu mamang susah nak cari parking. So, kami bertiga gerak meninggakan BJ tanpa menunggu Mamat X.


Gila! Takkan nak tunggu dia kot, kami dah ada sana pukul 715pm.. Nak tunggu dia mai, keluar rumah pukul 8, pukul berapa nak sampai? Nak mampus jadi tokong kat BJ tu..



Masa dalam perjalanan ke tapak pesta, Mamat X ada mesej ke phone Luth dan tanya lokasi kami. Masa tu jam dah pukul 815. Luth tanya dia ada dimana dan dia bagitau yang dia baru nak bersiap - siap nak keluar. Luth pun mesej bagitau kat dia 

"Wei, hang kena mai sendiri kat tapak pesta ni. Aku dah gerak dengan keta Faiz, hang datang sini k. Kami tunggu hang"
 
Dia balas mesej "Aku tak tau la jalan nak ke tapak pesta wei. Aku tak cam jalan"
Yeke tak tau jalan? sebelum nih dia dah datang dengan awek dia, takkan la tak tau jalan kot? Kata dah duduk kat Penang lama, cakap besaq yang dah teror jalan sini sana, tapi awat malam ni dia tak tau lak jalan nak mari sini? Pelik.. Alasan.. Luth yang baru pindah Penang pun tau jalan mai tapak pesta.
Dalam seminit dua kemudian, dia balas mesej Luth balik dan kata macam ni 

"Haram jadah betul, tak guna punya member. Nak tunggu aku sat pun tak boleh ka?" "Masa hang eksiden dulu, kalut cari aku mintak tolong, sekarang ni, aku suruh tunggu sat pun tak boleh"

Luth dah bengang dah sebab dia mesej macam tu. Tak patut la nak tunggu. Luth bukannya bawak kereta sendiri. Kami (Luth dan Apit) naik kereta Faiz. So, segala keputusan Faiz la yang berhak putuskan. Kenapa dia nak ungkit macam tu sekali? Luth diam..

So, kami sampai di tapak pesta dalam pukul 830 dan terus beli tiket. Hari tu, Faiz dia belanja kami tiket masuk yang berharga RM7 tak silap untuk Luth dan Apit. Lepas dia bagi tiket kat kami, dia dah pesan siap - siap, nanti kalau Mamat X tanya pasal tiket, hampa semua kata tiket tu hampa beli duit sendiri. Tu pesanan Faiz kat kami. Setelah beli tiket, kami bertiga masuk kedalam tapak pesta dulu sementara tunggu Mamat X neh nak mai. Kalau dia dah sampai nanti, kami keluar la. 

Mamat X sampai ke tapak pesta 15minit lagi  nak pukul 9. Luth tak cakap langsung dengan dia masa dia datang ke kami. Mulut dia dok sebut cilaka sebab tak tunggu dia. Luth diam. Kami nak masuk kedalam tapak pesta dan Faiz suruh Mamat X beli tiket. Kami semua dah beli tiket dah. Dia berdolak dalik nak beli ke tak mau. 

Faiz          :"hang beli la cepat tiket.. Kami semua dah beli tiket. Tunggu hang je"
Mamat X : "Faiz beli la"
Apit         : "Kami semua guna duit sendiri la beli tiket masuk, bukannya Faiz belanja"
Muka mamat X macam tak puas hati sebab Faiz tak belikan tiket kat dia dan dia terus cakap 
"Wei Fie (panggilan biasa kepada Luth) , aku ingat ! Aku ingat. Dah lama aku sabaq dengan hang!"
"Tak guna punya kawan" 
Luth lawan cakap dia balik dan perli sesedap kat dia. Lepastu, Mamat X terus meninggalkan kami bertiga dan nak balik sebab Faiz tak belanja dia tiket masuk

Faiz telefon Mamat X banyk kali dan dia tak angkat. Apit call baru dia angkat dan beberapa kali dipujuk Apit, dia patah balik dan Faiz belikan kat dia tiket untuk masuk ke tapak pesta. Kami semua masuk untuk berjalan - jalan didalam tapak pesta. 

Luth betul - betul terasa apa yang dia kata kat Luth. Kita kawan, masing - masing ada kelemahan dan kelebihan masing - masing. Lagi satu, kita kena saling tolong - menolong antara satu dengan lain. Tolonglah dengan IKHLAS. Kalau tak ikhlas, maknanya jadi macam Mamat X la. 

Perlu kah dia ungkit balik segala apa yang dia tolong Luth dulu? Luth kalau nak ikutkan, lebih banyak nak ungkit dari dia yang baru sikit saja tolong, nak mengungkit. 

 1st time di Pesta Penang. Bersama maskot

Cerita kat atas nih bukannya Luth nak share dengan niat untuk memburukkan mana - mana pihak

10 comments:

  1. Cara lu komen dalam artikel politik, nampak sangat lu ni zero knowledge. Berhibur je yang awak tahu. Sudah-sudah lah tu...

    ReplyDelete
  2. weh mmg gk kurg aja gak mult dy 2 eh?
    sp la kwn ko 2 kn?
    mult bau longkang betl...
    klo ak pn ak skt hti 2...
    tp klo da mmg perangai dy cm 2,trima je la...

    ReplyDelete
  3. ada gak member camni ek..kekadang serupa tak payah ada..tak rugi pun nyakit kan hati lagi ada

    dah lama siot tak sampai pesta penang

    ReplyDelete
  4. bro, kisah lame. jgn lepak ngan org cenggitu lg. Ada ramai lg pilihan rkn lepak. huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. ee... jahatnye mulut dia... meh shaye cili mulut dia bley tak??

    ReplyDelete
  6. sabar... jadikan ini satu pengajaran.. kawan luth tu bukan seorg yg boleh dijadikan kawan apatah lg sahabat.. ignore jer.. xde pekdah pun kawan camtu..

    ReplyDelete
  7. mamat X tuh patut tuko jantina jd pompuan ...
    ak igt pompuan jer kuat ngungkit ...
    org laki pn ad gak erk ...
    x senonoh tol ...

    pesanan cik antoo : wat bodo jerk ngan beliau ... bkn mati pn klu x kwn ngan der ... tp klu der tegur , wat jer cm biasa ... nnt der ngungkit lg lak klu ko wat2 sombong ...

    ReplyDelete