Thursday, April 02, 2009

Ada apa pada tarikh 1 April?

Pertama sekali, 1 April merupakan hari ulang tahun kelahiran Kak Ixora. Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 29. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. AMIN! Hihii. Semoga kekal bersama abang tersayang.

1 haribulan April, merupakan titik akhir dan titik mula Luth untuk bernafas selega - leganya. Tiada lagi keluh kesah yang menyebabkan jiwa terseksa dan derita. Tiada lagi cinta agungku. Selamat tinggal cinta. Biarlah memori dua tahun bersamamu menjadi kenangan dalam hidup.

Aku tak perlu mengasihi dan menyayangi insan yang tak menyayangi aku. Aku tak perlu simpati kepada insan yang tak menyimpati kepada diriku dan aku tak perlu insan yang tak menzalimi diriku dengan perasaan simpati itu. Aku tak perlu.

Cukup setakat itu kita bersama. Jika nama kita sudah ditulis bersama disana, sejauh mata kita berlari dan kita berjauhan, jodoh itu tetap akan sampai kepada kita. Dan jika nama kita tidak ditakdirkan berdua, tak guna kita berusha untuk mencapainya, kerana Dia tak meredhai kita berdua.

Itu saja dari aku untuk bulan ini, bulan April. Aku harap, memori Januari, Febuari dan Mac 2009 yang mana menyebabkan aku menjadi bukan aku akan lenyap begitu sahaja.

Aku tak megharap dan memberi harapan kepada apa yang aku ada sekarang. Kerana aku tahu, harapan itu menyebabkan kita kecewa. Tak perlu harapan.

21 comments:

  1. "If you LOVE her, leave her. If she come back to you, that is your TRUE LOVE"

    buat pengetahuan hang, aku sentiasa pegang ayat ni sejak aku "jadik aku yang bukan aku" selama setahun lebih sejak peristiwa hitam menimpa aku. Walaupun aku dengan gadis sekarang ni, aku akan terus berpegang ayat ni sampai bila-bila :D

    InsyaAllah, Dia akan bagi lebih dari yang apa yang kita pernah dapat. Selagi tak 'ikat', sahabat adalah yang terdekat selepas keluarga. Tapi bila dah 'ikat', lebihkan dia dari sahabat :D

    ReplyDelete
  2. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Jangan selalu sakan melankolik. Ceria2 sikit. Hidup dalam kesedihan ni selalu menarik makhluk pelik2. :P

    ReplyDelete
  3. huhu..

    jgn bersedih..x elok bersedih..ceria2 slalu..walaupun cinta dunia nie x membawa kemana2...jgn lupe..kita sume masih ade cinta Yang Esa yg kekal abadi...insyallah

    pegang pada cinta Yang Esa behagia dunia akhirat..

    bersabar lae ngan dugaan dunia..

    ReplyDelete
  4. oohhh... gitu ya.. takpe la luth.. anggap tu suratan takdir.. seandainya betul dia utk luth.. jauh mana pun dia tetap akan kembali pada luth.. dan itu lah jodoh cinta sejati.. apapun teruskan perjuangan hidup..

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Luth highlight birthday akak tu...

    Sabar ye Luth..." Cinta itu tak semestinya bersatu. Cinta datang dan pergi...relakan ia kerana segalanya ketentuan dr Nya. Jika dia jodoh kita, berpisah jauh mana pun...insyallah bertemu kembali "

    ReplyDelete
  6. jgn risau ler luth... manyakkkkkkkkkkkkkkk lagi

    ReplyDelete
  7. sabar la luth,
    patah tumbuh hilang berganti..

    ReplyDelete
  8. Ada nada sedih pada hari 1 April..

    sabar luth.kehidupan tak berakhir di situ.masih ada jalan yang luas terbentang untuk jalani kehidupan dengan lebih sempurna lagi..

    ReplyDelete
  9. biarlah kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi,
    biarlah kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai,
    biarkan kegelisahan lenyap,
    jangan kita hilang semangat,
    biarkan penderitaan itu menyapa, agar kekuatan kita jana semula..
    byk2 kn bersabar fie..
    life must go on...
    klu ada jodoh xkemana kn..
    mgkin 1 hari nnti akn dtg yg lebih baik dari si dia..
    wallahualam...

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Pasal semua org dah tulis apa yg aku nak tulis, jadi aku pon x tau nak tulis aper..cuma aku teringat pesan seorang sahabat aku nih..dia cakap..

    " carilah sayang Allah sebelum mencari sayang sesama makhluk, kerana nescaya dengan sayang Allah sayang sesama makhluk akan terpelihara "

    Wallahualam..

    Stay cool..aku kan ada..aku kan abang..wakakakaka

    ReplyDelete
  11. Salam Luth,
    dah lama untie tak jengah blog Luth. Sedih aje bunyinya. Hidup memang ada masa suka, ada masa duka, namun kita perlu teruskan juga. InsyaAllah pasti suatu hari bahagia akan menjelma..

    ReplyDelete
  12. pompuan mmg menyusahkan! (emo tul komen nih... huhuhuhuhu)

    ReplyDelete
  13. sABAR Luth...
    Mungkin DIA ingin beri hang yg TERBAIK.....

    ReplyDelete
  14. dulu ubey ...
    ni ko lak ...
    neo ... ko jgn lak nk cerai2 ngan ery ...
    ratu lak harap dpt nikah ujong thn ...
    aku???
    ehehe ...

    luth ... yg buruk jd kn pedoman ... bunga bkn s'kuntom ... yakinlah allah dah sediakan pasangan ko ... jumpa ngan x jerk ...

    P/S : smpi skang ak x dgr2 lg sore ko kt desaFM ... tenet is too bad lh here ... menci tol

    ReplyDelete
  15. msk taun yg kedua mmg cabaran bercinta tu byk2.. kdg2 rase mcm x dpt nk selamatkan lg hubungan tu..

    ReplyDelete
  16. jangan kecewa


    tajuk baru filem seram la kot selepas :

    jgn pandang belakang
    jangan tegur..

    ahahaha

    ReplyDelete
  17. Yakinlah dgn janji2 Allah..Sesungguhnya Allah lebih mengetahui ape yg terbaik buat hambaNya..

    "antara dua cinta
    yg ingin kumiliki,
    cinta insan dan cinta illahi..
    pasti yg utama cinta illahi.
    krn cintanya cinta hakiki..
    antara dua insan yg ingin kumiliki..
    kekasih hati dan sahabat sejati..
    pasti yg utama shbt sejati.
    krn setianya sukar ditemui.."

    ReplyDelete
  18. kalu bukan die tulang rusuk luth...jgn risau....Luth akn jmp tulang rusuk luth tu nanti...
    don b sad....:)

    ReplyDelete