Tuesday, April 07, 2009

Enjoy Gila [ Part 2 ]

Dah puas berjalan - jalan semalam, rasanya macam nak keluar lagi la. Hahaha. Ok, esoknya, pada hari Ahad, Luth bertiga bersama kakak dan pipi tembam ke Kuala Kangsar. Pada permulaannya, kak la nak sangat makan laksa Kuala Kangsar (KK), sebab tu la dia ajak pegi sana.

Alang alang kereta luas, Luth ajak si pipi tembam pegi ke sana. Dia pon orait je. Ok la mcmtu kan. Hahaha. Kami bertolak dari Bkt Mertajam pada jam 1130 dan sampai ke tol Changkat Jering pada 1215 kalau tak silap. Yang pastinya, perjalanan dari BM ke Changkat Jering tak sampai sejam.

Luth nak tengok sangat suasana hangat pilihanraya kecil P.59 tu. Dulu, kat tempat sendiri dah ada dah. So, nak la tengok kat tempat sendiri pulak. Memang hangat. Nasib baik la masa kami sampai tu, jalan di Changkat Jering - KK tak jem. Perjalanan lancar bak iklan penggunaan minyak Petronas.

Kami melawat pekan KK dan singgah ke muzium diraja Sultan Azlan Shah. Hensem siot bangunan kat sana. Memang puas hati bila dah dapat masuk didalam bangunan tersebut. Tambah tambah kagum bila lihat koleksi peribadi Sultan Azlan. Yang paling Luth suka, persalinan baju Yang Dipertuan Agong. Cun! Lepas tu, perut dah lapar, dan terus kami mengisi perut yang menangis tu. Kesian kat perut.Hahaha.

Lepas solat Zohor di Masjid Ubudiah, kami terus gerak ke Ipoh. Macam tak caye je dapat drive sejauh ni. Sebelum ni, ada jugak nak pegi jalan - jalan macam ni. Tapi, tak berani. Perjalanan dari KK ke Ipoh tak lama. Lebih kurang 30 - 45 minit je. Ingatkan lama sangat. Ini merupakan kali pertama Luth drive di bandar Ipoh. Lebih kurang sama macam bandar - bandar yang lain seperti Georgetown, Alor Star, Kuala Terengganu dan juga Kota Baharu.

Semuanya "One way". 1st time kat sini, Luth langgar je jalan yang mana one way. Buat tak tahu je. Nanti kalau polis tanya, katala "1st time encik. Saya tak nampak signboard". Tak pun Luth nak lekat kertas kat belakang kereta, "AWAS, Pemandu Pertama Kali Memasuki Ipoh" so, nanti tak la orang nak hon Luth sesuka hati. Hahahhaa. Berguna juga bawa Cik Pipi Tembam tuu..

Di Ipoh, sempat juga Luth jumpa Daddy Cool yang sentiasa cool. Kami jumpa sekejap je, sebab masa dah maghrib. Minum air pun tak habis segelas. Thankx Daddy sebab sudi jumpa Luth. Nanti kita sembang panjang lagi. Kak Juzaidah pun tak dapat jumpa. Nanti, bila Luth turun Manjung, Luth kontek k?

Puas hati sangat dapat berjalan - jalan di bandar Ipoh dan dapat rasa pengalaman pertama memandu kat sana. Sesat - sesat Luth, jumpa juga jalan nak balik. Macam mana kita masuk, macam tu la kita keluar.Bukannya Luth nak bangga. Hihihi..

12 comments:

  1. takpe luth.. sekurang2nya sesat2 pun sampai gak kan.. wah seronok le luth..

    ReplyDelete
  2. waahhh...bestnyeee...dulu2 kmpung atok me kat blkng muzium tu jek...hik hik...;D

    ReplyDelete
  3. wahhh..enjoy giler ek kali ni hehe..bestnya dapat jalan2...

    ReplyDelete
  4. yaya duk senyum2x gan lcd monitor

    wwweeeee!!

    ReplyDelete
  5. haha.. klakar la hg boleh sesat.. bukan apa.. nak tergelak ayat hg nak letak signboard firsttime masuk ipoh yg xtahan.. haha..

    ReplyDelete
  6. Aktiviti yang menyeronokan luth..
    Lawa template baru nih

    ReplyDelete
  7. sesat tu la yg buat perjalanan lebih jauh..
    dpt explore tempat baru kan???
    kalau tak, tak sampaila kut tempat2 yg mmg tak plan nk gi kan???

    ReplyDelete
  8. salam adikk..tu la ari2 akak ada kem pengakap..kalu tak,sure dah jumpa adik dah..takpe..nanti turun manjung ek...bleh akak blanjer....

    ReplyDelete
  9. Salam..

    Ate kenapa tak singgoh rumah teman...wlupun teman xder, bleh jer pegi...mak n abah ader kat sana..hahhah..xper2..Raya nnt jemput datang k..

    ReplyDelete
  10. uh..

    luth dah sampei ipoh...umah lud nie kat ipoh lae...

    hahahaha...

    ReplyDelete
  11. masa kecik dulu bozzo slalu lepak komplek yik foong main game...skarang super kinta pon dah xde dah....

    ReplyDelete
  12. luth ...

    tgk ko g jengah KK , rindu lak ak sm sekolah ak yg kt dpn masjid ubudiyah tuh ( madrasah idrisiah ) ...

    msk iph bkn nk roger ... kn dh sesat ... padan muka ! hehe

    ak blk pn 12/4/2009 ri tuh ... huhu ... lain kali klu nk lepak iph , ajak abg ko si ubey tuh ...

    ReplyDelete