Thursday, April 09, 2009

Sudah setahun ia berlalu..

Sudah setahun tragedi yang amat menakutkan itu berlaku. Tak silap Luth, hujung bulan Mac 2008 dan ia masih segar dalam ingatan dan menjadi salah satu pengajaran semasa Luth naik moto dan juga masa bawak kereta.Tiba - tiba nak cerita pasal kejadian ni. Itu pun atas permintaan Cik Yaya yang bertanya kepada Luth. Gambar ini ada dalam salah satu gambar sharing di Myspace Luth.

Jangan tipu mak! Bila mak tanya, bagitahu benda yang betul. Luth tak ada niat nak tipu mak masa hari tu, tapi hari tu, Luth keluar tanpa bagitahu mak apa - apa. Luth keluar ke Sungai Petani pada hari tu. Tujuannya, nak amek Sephia dari kolej dia. Jarak antara rumah Luth ke Sungai Petani tak jauh mana pun. Dalam sejam ataupun 45 minit.

Luth keluar amek dia lepas bangun tido. Masa tido, ada la mimpi pasal kemalangan. Kemalangan tu tak tunjuk sapa dia yang kena. Luth ada masa kemalangan tu. Lepas je solat Asar, Luth terus ke Sungai Petani dan lebih kurang 3km dari bandar Sungai Petani, ada sebuah kereta Wira keluar dari stesen minyak dan terus masuk ke line tengah.

Masa tu, speed motor tak laju, dalam 100km/j je. Dan Luth kekok masa tu terus langgar bontot wira tadi tu. Kedebabom. Moto yang ditunggang jatuh keatas kaki Luth dan tak dapat nak bergerak.Kejadian tu berlaku begitu cepat dan tak sedar.Kemudian, ada orang angkat moto Luth dan Luth berlari ketepi.

Mujur tak ada patah - patah. Sorang abang runner tu ada hello member dia "ada eksiden kat sebelah esso, moto langgaq kereta. Moto takdak papa, orang ni boleh makan nasik lagi". Owner Wira tu terkejut dan dia pun tak sangka ada moto nak melintas. Motor Luth, dibahagian depan memang hancur, tapi yang pelik tayar tak bengkok langsung. Yang kena repair hanyalah fog depan saja.

Petang tu, lebiih kurang RM400 dibayar kepada owner Wira tersebut dan motor Luth dalam RM300 dibaiki. RM50 untuk duit ubat. Memang banyak habis duit haritu dan cukuplah sekali ianya berlaku. Luth terpaksa balik rumah malam tu juga sebab esoknya ada Kuiz. Mau tak mau kena la balik.

Luth hanya luka di siku, muka sikit dan pinggang. Gambar diatas tu merupakan luka dibahagian pinggang. Lama juga nak baik tu, lebih kurang dua minggu sebab dalam la jugak. Luka tersebut baik dengan jayanya. Tak perlu dijahit. Macam tu saja dia kering dan sembuh.

Sephia salahkan diri dia ekoran kejadian ini. Dia kata, kalau tak suruh Luth pegi ambil dia petang tu, mesti kejadian ni tak berlaku. Luth tak mahu nak salahkan dia. Luth terima ini sebagai salah satu pengajaran yang tuhan tunjuk kepada diri ni. Cukup sekali ianya berlaku. Sekarang, biarlah parut luka ini menjadi sejarah dan kenangan dengan dia.Parut ini mungkin akan hilang menanti hari dan mungkin, ia akan tetap berada sehinggalah hari penamat nanti.

11 comments:

  1. kejadian yg penah menimpa kt hg membuatkan aku berasa insaf jap...
    sbb aku bwk moto mcm gila2

    ReplyDelete
  2. dah kene baru nak beringt
    biasa la 2
    ku pun sama

    ReplyDelete
  3. Parut ini mungkin akan hilang menanti hari dan mungkin, ia akan tetap berada sehinggalah hari penamat nanti.

    macam double meaning je..parut dihati sukar diubati

    anyway luth, biarkan masa lalu sebagai satu memori, jangan bergantung hidup dengan masa lalu

    ReplyDelete
  4. Rasanya berangan tak masa bawak motor masa tu?

    ReplyDelete
  5. permintaan cik Yaya. aku ke tu? hihi~

    thx fie.

    jgn nyesal dgn apa yg tjadi cz kita dapat belajar + ambik pengalamn dr situ.

    t8 care fie. =))

    ReplyDelete
  6. Pandang sekali macam bibir berlipstick! Pandang dua kali.....

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah.. luth sihat smpi sekarang. tu jdkan pengajaran atas apa yg dah berlaku..

    ReplyDelete
  8. member rumah aku pun selalu kemalangan moto dulu...

    ReplyDelete
  9. weh!!! seram sejuk wal fening kepala aku tgk luka kamoo tu dj luth.. tutup weh tutup!! seriau!!!

    ReplyDelete