Monday, June 08, 2009

Taiping, My Love

Semalam aku singgah ke pekan Taiping. Sebenarnya ada kenduri kawan ayah di Simpang Empat Semanggol. Lepas sahaja selesai berkunjung ke rumah Ustaz Hamzah, kami sekeluarga (Mak, ayah, kakak dan dua adik) terus pergi ke Kuala Gula.

Aku tak pernah menjejakkan kaki ke Kuala Gula, yang terkenal dengan pusat transit burung - burung berhijrah. Kami hanya singgah di masjid melayu disana, yang tak berkubah. Masjid dah lama, tapi nampak gayanya macam jarang diziarahi oleh penduduk disana.

Pukul 6 kami sampai di pekan Taiping, bandar yang penuh dengan kenangan. Aku lahir, membesar, dari kecil hingga mengenal dunia di bandar ini. Segala kenangan manis dan pahit semuanya berada disana. Memang menyentuh hati.

Tahun 2004, pertama kali aku menjejakkan kaki di pekan Taiping dengan kaki aku sendiri. Perjalanan pertama bersama rakan - rakan yang menempuh segala suka duka menaiki bas dari Ijok (kampung kawan), iaitu kawasan pendalaman yang amat amat dalam! Tahun 2005, perjalanan tersebut berulang kembali, tapi ia sudah melangkah setapak dari bas ke motorsikal. Aku tidur pada mulanya di Ijok dan kemudiannya bermalam di Taiping.

Empat tahun kemudiannya, aku sendiri memandu ke Taiping. Dari bas, aku menaiki motosikal dan kemudiannya memandu kereta. Dari kecil, aku bersama rakan - rakan mengayuh basikal ke pekan Taiping dan kini semuanya dah makin maju.

Setiap tahun, pasti ada perancangan kami kawan - kawan dari Bukit Mertajam ke Taiping. Tak tahu apa keistimewaan Taiping yang boleh menarik kawan - kawan aku berkunjung kesana.

Walaupun sudah 7 tahun aku dan keluarga telah meninggalkan Taiping. Sekejap betul masa berlalu. Walaupun kami dah ada di Bukit Mertajam dah lama, hati dan perasaan kami seolah - olah berada disana lagi. Kadang - kadang, ayah ada tersasul menyebut tempat sekian - sekian di Taiping. Contohnya macam kat bawah ni :

"Pi, jom kita pegi market taiping sat. Nak p tengok ikan dengan sayoq" kata ayah..
"Ha? Market Taiping? Apasai jauh sangat?" aku terkejut
"Tadak aih, market Penanti, tah tiba - tiba je bleh sebut market Taiping" jelas ayah

Semalam, aku termenung sendirian di pekan yang mempunyai 1001 makna dan kenangan dalam hidup aku. Segala detik yang berlalu dipekan ini, aku ingat kembali satu persatu, dan ia menjadi salah satu kenangan yang terpenting dalam hidup aku.

21 comments:

  1. taiping a breathtaking place to be
    so full of memory and interesting equivalent to history

    ReplyDelete
  2. Taiping bandr bersejarah yang penuh dengan cerita dan keindahan tersendiri.

    ReplyDelete
  3. dkt je ngn kampung aku smpang 4 tu..haha..kuala gule best...byk burung2..ko xsnap ke ?

    ReplyDelete
  4. pergh....
    ak pn x pnah g taiping lg....
    ko g sner wat pe?
    pe ad kt sne luth?

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak merayau di pekan taiping..tentu dah banyak berubah.. Pekan parit buntar pun dah banyak berubah..

    ReplyDelete
  6. me x penah sampai taiping lagikks.. ihiks

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum Luth;

    Wah..seronok laa mai singgah Tpg no? Tak meronda abes ke? Tak sempat laa tu nak jogging kat Bukit Larut, ekekeke..

    Taiping Bandar Warisan...hehe..

    ReplyDelete
  8. samalah mcm org rindu kampung halaman

    sebab di situ ada kenangan zaman kanak2

    ReplyDelete
  9. tempat jatuh lagi dikenang....

    "pasti byk kenangan"

    Pinknya kamu!!!! ;D

    ReplyDelete
  10. suka taiping. lagi2 tasik dia dekat2 ng zoo tu. memang best!!

    ReplyDelete
  11. salam kenal jugk.. pergh..xble tahan blog pink kaler.. outstanding!! cayalah

    ReplyDelete
  12. taiping...my love toooooo.taiping mmg terbaik.huhu

    ReplyDelete
  13. taiping ade ape eah?
    aku tak pena smpai sne..tp yg aku dgr ade banyak limau barli,kat sne ke?

    ReplyDelete
  14. taiping kampung ayah saya
    kat simpang. ;)
    mee udang kuala sepetang sedap kan?

    ReplyDelete
  15. dulu penah p taiping. naek ketapi put puut.. ms tu baru 5 tawun..rindu la pulak. huhu

    ReplyDelete
  16. lama sudah tidak singgah ke perak...
    hehhehe

    ReplyDelete