Sunday, July 12, 2009

Artis, Peminat dan Mp3

Artis merupakan salah satu aset pada negara. Biasalah, kalau hidup tanpa lagu dan nyanyian dari penyanyi tak hidup mestila tak ceria. Tapi kena ingat, tanpa peminat dan pendengar, tiadalah artis tersebut.

Sama la macam aku, aku mendeejaykan diri di salah sebuah stesen radio internet di Malaysia nih. Kalau siapa yang pernah dengar aku mendeejay, ok la dan kalau sapa tak pernah dengar, dengarlah pada setiap malam jam 8 - 10 di Desa Fm.

Aku bukan nak buat entry promot diri sendiri, tapi entry kali ini berkaitan artis, mp3 dan peminat. Aku terlintas nak tulis dalam blog sebab ada seorang artis telah men-twitt aku di twitter pada tiga malam yang lepas dan mengingatkan aku pasal karya mereka dan download.

Artis zaman sekarang kena sedar, realitinya mereka menghadapi masalah cetak rompak ataupun secara jelas pengeluaran produk mp3 dari hasil karya mereka. Aku tahu, bukan senang nak hasilkan lagu, muzik dan banyak masa serta wang dilaburkan untuk sebuah album. Tapi, mereka kena sedar yang bukanlah artis Malaysia sahaja yang menghadapi masalah yang sama, ia merupakan trend dunia!

Aku pelik, kalau file berformat mp3 tu produk haram, tak la banyak gajet pemain muzik mp3 dilancarkan seperti I-pod, mp3 player dan bla..bla..bla oleh syarikat elektronik gergasi dunia. Kenapa keluar file berformat mp3 dan gajet untuk mainkannya? Pelik?

Jangan salahkan pendengar yang mana mendownload lagu artis kegemaran mereka di laman forum ataupun di torrent ataupun secara direct download di media kongsi, sebab file tersebut mudah didapati dan senang didownload. Kenapa tak beli saja album original? Erm, kalau aku nak beli album original, mungkin sekali atau dua saja album yang aku akan beli. Itupun, tengok artislah juga. Setakat ni, album artis gempak Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza pun aku tak pernah beli.

So, bermula dari mendownload mp3 artis, aku harap korang terbuka hati membeli album original dari artis yang anda suka. Harap begitulah tapi aku tak kot. Tengoklah macam mana. Teruskan sokong artis tempatan, dan artis pun teruskan keluarkan lagu berkualiti dan bermutu tinggi dan insyaallah peminat akan beli album anda.

22 comments:

  1. aku tau sapa artis tu

    kalau sapa2 nk tau artis tu, boleh tny kat aku

    auwww :P

    ReplyDelete
  2. tula.slalu terpk bila lepas tgk artis promot album kat tv. dok pk skang org still beli ke album ori ni.

    ReplyDelete
  3. hahaha diorang tu poyo jer lebih..walawaeh..MCR sendiri ckp pirate tu mmg tak leh bendung..diorang kutip duit melalui tour..so kasi famous la wei artis..wat duit melalui tour..nak harap original korang mmg payah la...nak bgtau..piracy copy originals..theft alter completely..kiteorang amik ori jgk..damn so funny la artis..hu3

    ReplyDelete
  4. hebat la deejay luth.

    kalau ckp pasai artis mmg aku supprt la tp kalau ckp pasai mp3, aku pasti mostly nak yg free je kn..

    ntah la..

    ReplyDelete
  5. spe tak nak benda free kan? even cetak rompak lagi murah..

    ReplyDelete
  6. huhu.. industri jual beli album skrng ni tak mcm 10 tahun lps.. sbb 10 tahun lps, segala bagai gajet ni tak berapa nk femes malah byk yg x wujud lg.. sbb tu album 'terpaksa' menjadi pilihan.

    apa2 pun, pilihan ditangan anda. hahaha..

    ReplyDelete
  7. Last week dlm melodi Edrie Hasyim sendiri ckp artis perlu cari duit melalui show..dh xboleh harapkan jualan CD dah..Standard la..org mesti mau yg free, sebab kalau beli tau sendiri la kn harganya kn..Aizat pun jd jutawan melalui org download je..so kena pandai2la kn...ni pendapat aku je la..

    ReplyDelete
  8. ahahhaha~

    smalam aku baru nak beli cidi. yng original la. pastu lama cikit g letak balik kat rak sebab pikir macam rugi je beli. download free je.

    lagipon sebab aku nie jenis cpt boring dgn sesuatu. dgr 3, 4 kali pastu x bukak dah.

    :p

    ReplyDelete
  9. aku cam pena terbaca mana2 ipod leh mainkan mp3 yg ori je (donlod dr itunes), tp kalo betol xkan la member aku suma guna, xkan derang beli kot lagu2 tu suma. ahahha

    ReplyDelete
  10. Aku gemar dengerin musik... tapi tak bisa bermain musik....

    from PROCESSOR in http://1001processor.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Dhada akan beli album yg mana artis tu dhada minat gila2 & lagu-lagu dia gempak .

    ReplyDelete
  12. pernah beli CD lagu artis..
    rs berbaloi beli coz suma lagu bes..tp klu kena artis yg lagu hit je yg meletup,tp lgu len cm hampeh..x bes gak..huu

    ReplyDelete
  13. aku tak kisah artis nak ckp pe2 pun, lntk diorg la nk ckp kita ni apa2 pun..satu je la aku nk ckp, klu diorg mrh kita download lagu2 dr tenet n bkn beli album, sruh diorg g hapuskan tenet dlu..tu je cara nak hapuskan aktiviti mendownload...slama aku hdup, aku xpenah pun beli album..wat bazir duit je..hoho

    ReplyDelete
  14. Luth.. aku nye prinsip plak lain.. kalu artis tu berkualiti dan betul2 aku suke, aku akan beli yg ori.. klu lagu2 yg setakat tangkap muat, aku akan donlod je.. hehehe..

    Nasyid Hijjaz aku paling suka dan aku ada koleksi ori dan klu ada yg trbaru je, sanggup beli album original.... :)

    ReplyDelete
  15. @ Onggon..
    kalau mcmtu bro, sy beli nasyid, memang tak rugi bro.. tapi kalau lagu takat aku cinta kamu, i lap u, u lap me, rugi saja lo..


    @ Surewi..
    salam kenal..

    @ xpo..
    memang tol.. say no to artis yg takdak kualiti..

    @ zack..
    tak pe kalau beli album yg tak jemu2 dengar.. berbaloi..

    ReplyDelete
  16. Salam..Tuan Rumah.....

    Semuanya FAKTA yang betul sebenarnya........

    Dunia semakin lama semakin maju....dan semakin mudah!!!!

    Gua rasa tertipu dengan Diri sendiri....kirannya Gua tidak membuat sesuatu yang BAIK / MUDAH terhadap dirik sendirik..!!! ITU PENDAPAT GUA ar.....

    Masaalah Cetak Rompak adalah masaalah yang patut diselesaikan mereka sendiri yang menggunankan Format ini... untuk Bisnes!!

    Itu kata Gua...lain orang Gua tatau!!!!

    TQ Luth ...
    Dj Epoi Walaweiiiiiiii

    ReplyDelete
  17. kena cetak rompak... rugi

    tp ramai gak nak jd artis

    ReplyDelete
  18. erm, munkin patut harga pasaran brg2 yg ori diturunkan...

    kat luar negara murah2 jee kat... kat malaysia nie kos hidup tinggi. ke ape ntah.

    ReplyDelete
  19. betul sgt la tu. beli ipod tp tak boleh guna ibarat beli strawberi takde cream. ahaha

    ReplyDelete
  20. nk soh rakyat mesia beli album artis ??? kerajaan kena wat eksperimen dengan menjual CD album tuh dgn harga RM5 ... klu laku , maknanya rakyat mesia still sanggup support artis mesia tp kena jual album murah ... klu 1 album RM 29.90 ++ mcm harga baju , percayalah bahawa mereka akan membeli sehelai baju ... huhu ... album artis mesia ak x pnh beli tp klu international ak pnh beli ... huhu

    P/S : koleksi mp3 ak nk dkt 2000 file ... cuti ri tuh ak update ... lagu2 90-an smpi skang ... malay english sumer ak cekau ... hohoho

    ReplyDelete