Friday, July 17, 2009

Bahayanya Laman Sosial Networking!

Kalau kita singkap kembali, kenapalah wujud laman web sosial networking ek? Yelakan, kalau nak difikirkanla, adakah ia suatu laman web yang agak bodoh menghimpunkan kawan dialam maya.

Tapi itu dulu, pada permulaan aku mendaftarkan diri di Friendster tapi sekarang aku dah tak fikir macamtu. Dari alam maya, aku dah jumpa pelbagai ragam orang dan rupa bentuk. Ada yang jujur dan ada yang tidak.

Permulaannya dengan meletakkan nama dan gambar, bila kita tambah dia disenarai daftar rakan, dia terus dianggap kawan. Aduhai, senangnya mencari kawan diinternet.

Dengan gambar kita dapat mengenali seseorang. Gambar memang pelaris seseorang tersebut. Erm, kalau orang tu lawa, letak dua tiga keping je gambar, mesti ramai nak tambah sebagai kawan dan kalau disebaliknya, mesti kurang. Ala, ini semua mainan semata - mata.

Aku sebenarnya terbaca posting seorang rakan blogger yang mana gambarnya yang dipamerkan dilaman sosial networking disalah gunakan oleh orang lain. Dia tidak pernah mendaftarkan diri di Friendster, tapi bagaimanakah ada akaunnya di Friendster dengan menggunakan gambar yang diletakkan di Myspace? Tengoklah disitu, dah ada salah guna gambar kita.

Pada permulaaan umur aku nak meningkat, bila ada je gambar baru, saja je nak tambah dan letak dalam Myspace atau Friendster. Sekarang ni bila dah umur semakin meningkat, aku hanya letakkan beberapa keping gambar dan gambar tertentu saja. Entah.Dah tak ada mood nak jaja muka. Kenapa ek aku kata fotogedik di laman sosial networking membahayakan? Hah, tengok kat bawah nih:

Inilah gejala yang berlaku dalam laman web sosial. Betolkan?
  1. Letak gambar banyak - banyak di situ nampak macam nak tayang/ jaja diri je.Yelakan. Nak pakai lawa - lawa, bajet hensem, Nak cantik - cantik belaka.
  2. Nak menunjuk apa yang ada. Yelakan, aku ada pakwe, hampa takdak. Pakwe aku hensem. Awek aku cun. Hampa takde kapel. Aku je yang bercinta, hampa takdak orang yang hampa sayang.
  3. Nak membandingkan kecantikan diri pelbagai cara. Gambar yang bertudung ada, tengok - tengok ada je gambar yang tak pakai tudung. Macamnilah katakan, aku lawa bila bertudung dan dalam masa yang sama, bila aku freehair pon lawa jugak!
  4. Mencari populariti murahan. Eh, banyak betol kawan awek tu, dia cantik sebabtula banyak orang add dia. 
  5. Menjual maruah diri. Tudia badan, bengkak sana sini. Huh, nasib baiklah peraturan kat sosial networking kena pakai baju. Kalau takdak syarat tu, mesti semua nak tunjuk kat orang. 
  6. dan banyak lagi. Hampa sendiri cakap dan tuliskan.
Kenapa aku cakap bahaya? Ha, aku rasa yang ni la sebab bahayanya tuh:
  • Dedah gambar badan, mungkin ada orang yang tak puas hati dengan korang, gambar korang yang cun dan seksi tu diedit dan digunakan untuk perkara yang boleh memalukan anda.
  • Timbul fitnah. Yelakan, orang kenal si minah tu baik je kat luar, tak penah nak buka tudung. Tapi, dalam FS, MS dia Ya Allah, penuh gambar gedik. Pakai baju adik pun ada! Yang laki plak, dalam kelas memang alim, tapi gambar dengan awek laga - laga pipi lagi. Kan orang pandang serong?
  • Jatuh maruah. Maruh seseorang boleh jatuh kalau ada gambar anda yang tak senonoh beraksi dengan si balak atau si awek dijadikan modal orang ketupat anda?? Tak ke haru tu?
  • Gambar anda akan diguna pakai oleh pihak - pihak tertentu tanpa minta izin dari anda.Yela, dah anda tayang di akaun anda, bererti anda berkongsi kecantikan anda, keseksian anda. Kalau digunakan untuk benda baik takpa, kalau benda yang tak baik? Fikir sendirilah.
Sebenarnya, penggunaan gambar - gambar dari laman web sosial telah digunapakai sesetengah pihak untuk tujuan peribadi mereka.  Contohnya, masuk blog ini. Kalau gambar anda ada dalam tu, jangan marah. Anda yang letak di FS dan MS anda. Tertarik pada komen yang dilontarkan diblog tu
AINNA EMYRA said...
hey2. i jz wanna ask. u take those pic with or without their permission? could you pls think of ur manners. tayah nak jatuhkan maruah gadis bertudung. if they wear g string or wtsoeva, let them la. if u create this blog sb dengan niat konon nak sedarkan diorg, it's not worth it ok. tp rude gile








Masalah ini dapat diatasi dengan kesedaran dari "pengupload" itu sendiri. Yelakan, kalau tak pamerkan kecantikan wajah dan lain - lain, masalah ini tak akan terjadi. So, fikir - fikirkan dan selamat beramal!

P/s: Minta maaf kepada anda yang mana terasa apa yang aku tulis. Kalau rasa tu, baik berubah untuk diri sendiri. Saja tulis untuk inform rakan - rakan juga.




57 comments:

  1. aduuuhhh....
    bahaya tui zaman la nie..
    gua pun da gak ltak gambar lam friendster/myspace yg tak pakai kasut..hehe! luth,jgn dok heboh2 lak....
    seksi ka?
    tk kutt...mintak2 la tkdak kann,kalau da jahanam...

    ReplyDelete
  2. @panglima..
    Erm, ada ke orang nak tengok laki yg tak pakai kasut? hahahha, buat lawak betul pagi - pagi nih.. hihii..

    ReplyDelete
  3. cek nak tunjuk gambaq kat kawan2 ja....

    beringatlah nak post gambaq lqm fb fs ms ... jangan sampai gamba kita jadi saham dosa sudah

    ReplyDelete
  4. hehe.. laki pmpn same je.. zmn skg dh brubah.. ramai yg slh guna bnde ni..

    de yg berani tnjuk gabo bromen n cm2 lg knon nye.. "xde spe bleh amek 'sekian' 'sekian' dr aku"..huhu cm la awek o bf 2 sndri cun o ncem sgt.. haha

    bnde ni mmg blaku..as luth katakn..

    mby niat dowg juz nk share gabo2 je.. tp b`pada2 la..

    pmpn n laki sama je.. juz pmpn nmpk kjhtn nye bbndg laki..huhu

    ~~ngee

    ReplyDelete
  5. @Lila..
    aah.. jaga2 la.. kami takdak gambar yg tak pakai baju kt ms/ms/fb..hahhaha..

    @aien..
    btol2... tadak awek la.. mcmne nak tayang.. hukhuk..

    ReplyDelete
  6. huhu, bleh bagi url blogspot yang tulis post pasal bende nie? Aku suka tengok orang gaduh2 nie..

    Bukan tue jer bahaya dia, bagi laki cam aku, social network nie memudahkan untuk mengintip gadis2 ayu.. hehe, mintak jauH!

    ReplyDelete
  7. Haaaa...betul kata luth... bahaya lebih banyak dari kebaikan. Sebab tulah kak tirana tak letak gambar diri sendiri di blog. Di FB ada album gambar tapi hanya family aje yang boleh review. Apa tujuan orang yang pampang gambar banyak2 di sosial networking tu agaknya? Kalau tujuannya menyimpang dari kebaikan, tentulah hasilnya pun buruk kan?

    ReplyDelete
  8. Btul tu luth, aku sokong banget! Sapa suruh taruk gamba sexy-sexy..memang la jadi 'bahan'..

    lagi satu, ada sesetengah insan yang niatnya "nak bagi no phone kat member dia, senang nak contact" dekat kotak komen..tapi depa tak fikir panjang..dalam masa yang sama, depa dah 'menjaja' no tipon depa..

    ReplyDelete
  9. da lame tol aku x bkk fs ker ms ker....giler nyampah..skang fs n ms di kuasai.. bebudak..umo 12 taun, 13 taun..huh..gamba aku pon da tggal sekeping jer.

    ReplyDelete
  10. aku memang memilih mana yg aku nak guna~

    MySpace aku memang dah lama kena delete..udah 2 tahun~ hahaha~ sbb tgk je lah, bebudak umor cam sekolah menengah pun menggila dalam tu..semacam je aku tgk~

    ReplyDelete
  11. salam luth,

    mmg bahaya luth, akak dh lama dh tau, sbbtu x join mana2 social network nie, akaun ada tp x penah nk aktifkan diri..hehehe..tp adalah gmbr kt profile tu muka aje..sekeping je..heheehe

    ReplyDelete
  12. aku lawa bila bertudung dan dalam masa yang sama, bila aku freehair pon lawa jugak!

    yang ni paling best skali..haha

    aku sokong...

    mmg agak bodoh di situ..

    maap kalau sape2 terase~

    ReplyDelete
  13. xley open r cik ainna nye page
    hehe
    nak bace blog die


    gambar di letak bukan menunjuk
    nak soh org kenal kan?
    tp ramai yg da xtau n buat2 xtau da

    ReplyDelete
  14. apa kes main fs dgn ms
    sgt childish, dulu2 ok la blh diterima fesbuk ok lg kot

    ReplyDelete
  15. Akak pun ada ler a/c fesbuk tapi tak berapa aktif ler pasal bukak pun sebab kawan2 yg soh. Ye ler..nak tengok gambo family dia..kena ler masuk situ. Tp ok gak ler fesbuk tu pasal akak leh jumpa balik kengkawan dari sekolah rendah bagai. Semua rakan2 dlm fesbuk akak tu mmg kawan2 sekolah2 je.

    Tp mmg akak setuju ngan artikel Luth kali ni. Ramai yg salah gunakan teknologi.

    psst; betul ke Luth ni takde awek?? blogger populer wehhh!!!

    ReplyDelete
  16. isshhh..bahaya jugak kan..sekarang ni ramai penipu, akak dah malas nak layan FS.

    ReplyDelete
  17. betul luth.
    dunia tanpa sempadan la katakan.
    badan tanpa benang la katakan.

    ReplyDelete
  18. actually aku pun stuju sgt... kalau xnak dilambung ombak..jgn berumah ditepi pantai..

    ReplyDelete
  19. semalam aku blogwalking..ada 1 blog..xyah la sebut..die bertudung.. tp bila aku srollbawah.. die ada buat 1 entry tuk pakwe die.. die wear..baju bebek..alayg tali halus tu..serta membuat aksi2 muke gedik (nak goda laki die x).. haa... em..susah nak kate....

    ReplyDelete
  20. bdk2 belasan thun kat MYSPACE sangat parah aku tengok...

    sadis2...

    ReplyDelete
  21. betul jgk aper kamo ckp luth
    kalo kite join social network...niat hati mesti betul
    kalo just meet frens its ok
    tp jgn la teragak nk buat lebih dri itu...


    tepuk dada tny selera
    nk mat salih or melayu tulinn
    eh..xder kene mengena plak..hehe

    ReplyDelete
  22. bermula dengan papar gambar, lepas tu main kata-kata, lepas tu berjumpa. dengan cepat dah jadi kawan. lelaki dan perempuan dah jadi pasangan, bebas ke sana sini, ada yang ambil kesempatan puaskan nafsu, sedangkan Islam melarang kita 'menghampiri zina' walaupun perbuatan itu belum lagi zina.ini semua adalah usaha Yahudi untuk merosakkan Umat Islam yang kuat berpegang kepada agama.

    ReplyDelete
  23. honestly, aku pun kadang2 x ikhlas main myspace nie...da motif asal pown ngarut jer....
    jaja muke everyday ngan kawan and bet saper lagi famous in terms of rating, most visit and comment picture...hahahhahaha

    member aku giler macam nak beat siap main suruh2 org komen...ceh...

    aku hanya gelak...
    HAHAHHAHA...

    so, beralih ker facebook and hopefully serious networking..but, BS...x abes2 bagi makan kek, have you ever been to paris lar, hong kong lar, are you a fan of rain lar...phhhrr..

    lastly, sume x minat...tapi still on, kadang2 bukak ader jer org add....

    hahaha...kusut2

    sori, just tell the truth...maybe someone might get offended...

    ReplyDelete
  24. teringat zaman2 frenster myspace dulu.....huhuhu.....

    ReplyDelete
  25. kuang..kuang...kalu takt gmbr kn cilok or pape..jgn bkk akaun fs..myspace...fb..pape je lah kan.sng..

    org lau nak wat jht takyah tgu amik gmbr kat laman sosial luth..bile2 n di mn2 pon boleh...depend pd individu tu sndri..

    tp bgusla..entry ni.mnyedarkan byk org..yg mn tersedar la..lau yg tk sedar tu Wallahualam...

    ReplyDelete
  26. Saya menyertai FB hanya sekadar sebagai tempat berhubung dengan teman2 lama dan bekas2 pelajar yang dah kuar dari sekolah..

    ReplyDelete
  27. out of topic--> tue la...xramai lelaki yg sedar pasl bnde nie..last2 jd kat anak2 sendiri nnt... ke dorg sendiri pun xde kesedaran nk beranak kot..

    entah2 dorg pun slah seorang yg akan menjadi haruan makan anak...

    buat wanita pulak.. mybe dorg dah malas nk jaga kot.. tue yg rela je sape2 nk rase..enth la... yang pasti setan mmg ade disekeliling mereka

    ReplyDelete
  28. social site nih baiknya utk cr kwn2 lm jerk ... yg buruknya , byk ... ikut kita lh mcm mn nk manfaat kn nya ... nk tahu naper ak mls nk lyn social site ??? sbb ak x suka upload pic ... huhu ... mls nk lyn org asing yg add kita sbb ak bkn suka pn knl dgn org yg x tentu asl usulnya ...

    lg 1 , ak x sanggup dgr org ckp cemn lh mk bapak der didik der nih ??? kwn2 ak ms sekolah agama dulu , ak tgk byk trk bila dlm social site ... dulu ms sekolah , mcm malaikat memasing ... ak jerk yg pelajar b'mslh disiplin ... bila dh abes sekolah , ak x tahu naper kwn2 ak b'lagak mcm org yg x pnh belajo pendidikan syari'ah islamiah & pendidikan al quran & as sunnah dlm social site dgn pic laga2 pipi , baju feet & tudung mcm x payah pki pn x per ...

    P/S : luahan hati t'akhir s'tlh m'nyerbu ... hahaha

    ReplyDelete
  29. salam saudara^^

    aiyak. dush2.
    awat kami rasa terkena kat batang idung kami ja.. kami akui kami suka edit gambaq kami letak kat byk2 web (even kami sedaq kami xcantik lgu mana) - sebab kami takdak modal nak mik oghang lain jadi model. lalala. <-- alasan!;p

    glup2.^bernafas dalam air^^

    p/s: semoga dri kami dberi hidayaNYA:)

    ^^

    ReplyDelete
  30. tek semua org dlm social network begitu kan? :D

    ReplyDelete
  31. btol tu Luth..

    hurmm.. xtau ape yg difikirkan oleh dak2 zaman skang..
    org kate dah terlalu open..

    skang ni da kurang aktif ngan laman sosial.. move to forum plak..

    ReplyDelete
  32. out of topic--> xdenye untuk 5tahun tue.. tgl satu sem je nie... dah start wat..tp dftr thesis nie sem depan he..23x malas nk pening kple sem depan nie

    ReplyDelete
  33. ehehe..setuju..lgik byk keburukan dr kebaikan
    sebab tu krg ni takut nk buh pic yg nmpak muka secara direct..lebih2 lgik yg ramai org asing...tp slalunya kalo mcm fesbuk, ngan frenster..mostly..hanya kenalan yg betul2 rapat..tp kalo maispes..sgt open...tgk je la pic2 dlm tu..

    chii slalu dok kata kat adik..dorang ske wat muka bajet kiut..=)

    ReplyDelete
  34. setuju sgt ngan entry nie.. dl sy letak gak gmba sendiri dlm blog sbb pk tu blog kite so nk gak ade muke kite tp bile dh letak skali, ade org slah gune..die leh amek pic sy ngn kwn2 tu n crop muke sy jer.. then wat superimpose n letak kt profile pic die kt skype..die ckp die wat cmtu sbb sy xlayan die kat skype.. mmg xth nak kate ape.. tergamam n nngs2 je..nsb bek th dat thing happen.. last2 laki tu mtk maaf n ckp dh buang gmba tue..pastu tobat xnak letak gamba dh.. ~ape la salahku padamu wahai lelaki itu~

    ReplyDelete
  35. dah byk aku tgk mcm ni terjadi.. with or without permission ke sama aje... dah pandai upload pandai la tanggung... mcm aku daftar kat fs ke ms ke fb ke utube ke blog ke, just utk berkongsi gambar ngan kwn² yg dikenali shj... byk gambar private supaya yg dibenarkan shj dpt tgk.. haha... tapi aku tak la gila kwn² mcm org yg main add aje tapi tak penah kenal n tak penah jumpa.. wtf... itu gile glamer... tambah² aku slalu usha gambar ppuan yg tak cukup kain dlm sosial network ni.. bangga sgt ape? poyo ada la..

    ReplyDelete
  36. kadang2 kite xterpiki bende2 camni nak jadi and bile dah terjadi baru nak bukak mate.. so bagus jgk adekan entry mcm ni utk memperingati diri masing2... kite ingat org tu berfikiran macam kita.. tp diorang pk lbh dari tu and will take advantage la ape yg ade dpn mate... kan?

    ReplyDelete
  37. social networking ada baik n buruknyer. im glad cuz study in this field. so, mmg tau nak setting itu ini sket2.privacy mane yg bley lah kan...tp,for those yg tak tahu how nak control itu ini..last2 terkene sendiri. uhuhuhu

    ReplyDelete
  38. hohoho..
    setuju dgn pendapat kamu..
    buh gmbr dn awek berjuta2..
    laga sana sini..
    ish3

    ReplyDelete
  39. rasanya sosial networking ni ade pro and cont die.
    kena tgok orang yang mengunakan nye.
    kadang2 benda yang baik pun orang boleh salah gunakan juga.
    tu la namenye manusia kan?
    huuu~

    ReplyDelete
  40. Facebook cam ne plak?

    Zaman skrg segalanya berkemungkinan, semua boleh jadi tak mustahil...

    ReplyDelete
  41. facebook , ak ad dgr2 yg pic yg kita dh delete pn blh trace blk ... ak x tahu lh kn ...

    cer try buang 1 pic ...
    then refresh blk URL pic yg kita dh delete tuh ...
    dgr2 pic tuh kuor blk ...

    tlg betol kn klu ak salah sbb ak x men mender2 nih ...

    ReplyDelete
  42. hehe..
    ada yg panas jek kan bila tgk entry ni?
    kikiki..

    ReplyDelete
  43. satu bende yang orang jarang tahu.

    apabila kamu meletakkan gmbr kamu didalam internet, itu sudah bermaksud kamu sudi utk letak gmbr kamu di internet.

    kalau tak mahu, jangan letak. ini memang undang2 internet. lagi2 social net tu.

    huhu.

    ReplyDelete
  44. dunia nak kiamat dah.segera bertaubat. hindarilah dari semua-semua ni. Wallahualam.

    ReplyDelete
  45. shit, setuju gile ngan ko mmg ramai yang gedik :)) tapi aku bukan aku letak pemandangan2 je :)

    ReplyDelete
  46. Bila diorang letak gmbar gedik2, miang2 dekat MS, FB & baper byk lagi social networking, diorang dah pun HILANG HAK ke atas gmbar tu wlaupun tu gmbar diorang.. Nasib lah klau ada orang guna untuk tujuan x elok..

    ReplyDelete
  47. aku tayang bulu kaki pn ada orang komen...hahahah

    ReplyDelete
  48. aku penah mengalami peristiwa ngeri pasal SN ni, ni sume sebab letak gambar dalam myspace, ada satu ari tu tetibe aku takleh gerak mcm lumpuh,dan biji mata aku pun kuning, ingat ke sakit, rupenye aku kena santau ngan sorang minah perak ni, aku dapt jumpe minah tu dgn petologn seorg ustaz ni,rupenye minah gune gambar aku die bomohkan aku, die ambik gmbar aku kat myspace,die bomohkan aku supaya aku akan saggup tanggup hidup die, sampai mcm tu sekali penangan SN ni kat aku, sekarang sgala,myspace aku frnster dll, aku tak letak gmbar aku lg, INI PESAN AKU< KALAU KORANG LETAK GAMBAR KAT MYSPACE dll, JGN LETAK GAMBAR PENUH DARI RAMBUT KE HUJUNG KAKI sbb bahaya pada diri

    ReplyDelete
  49. gejala2 di laman sosial yang u sebutkan tu disebabkan mereka itu adalah narcissist
    u blh baca komen i tentang narcissist di tehsafiah.com

    ReplyDelete
  50. This is exciting, nevertheless it is vital for you to visit this specific url: navigate to this website

    ReplyDelete