Friday, July 10, 2009

Alahai PPSMI!

Akhirnya, setelah diasak dan diasak, kerajaan telah mengumumkan pemansuhan pengajaran mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris yang akan berkuat kuasa pada tahun 2012. PPSMI yang dijalankan hampir tujuh tahun bermula dari tahun 2003 semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir.

Aku sendiri pada mulanya berasa amat rugi pada awal perlaksanaan PPSMI kerana aku merupakan batch yang terakhir belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda berbanding junior aku yang mana  telah diajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris pada awal kemasukan mereka ke sekolah menengah. Tetapi, selepas setahun dua perlaksanaan PPSMI, aku lihat akulah batch yang bertuah kerana aku dapat lari dari azab belajar sains dan matematik yang didakwa oleh junior aku susah dan mencabar.

Mungkin kita lihat pada awal perlaksanaan PPSMI prestasi murid merudum dan banyak pelajar dari luar bandar tidak dapat score dalam subjek matematik dan sains, itu tidak menjadi pengahalang bagi sesorang itu berjaya. Mahu atau tidak, kalau seseorang mahu belajar sesuatu ilmu dan bersungguh - sungguh, dalam bahasa apa sekalipun dia belajar, dia pasti akan berjaya dan aku lihat bukan semua junior aku gagal dalam Matematik dan Sains, tapi kebanyakkan darinya yang gagal disebabkan kurang berminat dengan subjek tersebut kerana tidak mahir bahasa Inggeris.

Tidak timbul kegagalan PPSMI dari tenaga pengajar yang mana tak fasih dalam berbahasa Inggeris tetapi kebanyakkan guru (guru lama) yang mengajar subjek tersebut gagal menguasai bahasa itu. Abang aku sendiri yang mana mengajar subjek kimia disekolah menengah mengakui cabaran untuk mengajar dalam bahasa Inggeris, tetapi dia tidak mengajar 100% dalam bahasa tersebut, tetapi dia campur bersama bahasa ibunda untuk mengelakkan pelajar bosan dan tidak minat dalam kelas itu. Ala, korang pun tahu kan belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Lecturer aku di politeknik pun tak lah mengajar dalam bahasa itu 100%.

Banyak orang nampak kegagalan daripada kejayaan dan ramai orang takut gagal daripada berjaya. Sama la tu. Aku nampak, pemansuhan PPSMI ni didorong desakkan sesetengah pihak yang mana mahu menunjukkan kepada rakyat mereka berkuasa dan membela rakyat dan pihak yang melaksanakannya pun dari belakang tabir juga ada yang tidak menyokong pengajaran ini 100%. Biasalah, benda baik bukannya semua orang sokong.

Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih, sekarang ni serius aku rasa susah nak belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di peringkat politeknik. Yelakan, pengajaran subjek teknikal dalam bahasa Inggeris baru sahaja dimulakan pada semester lepas (Julai 2008) dan pada permulaannya memang susah nak faham. Tapi, bila dah lama - lama tu, bolehlah nak catch up sikit dan mujurlah pada semester tu pointer aku tak jatuh terutamanya pada subjek yang mana perlu hafal fakta dan faham konsep tu.

Ramai dikalangan kita sedih PPSMI dibubarkan dan juga ramai dikalangan kita bersorak gembira PPSMI dimansuhkan. Yang mana dah berbasah baru dan pedih mata berjuang diatas jalan raya tu, puas hatilah kan. Tak perlulah nak buat demo lagi, berpuas hatilah dengan keputusan kerajaan.Janganlah kita jadi seperti pepatah orang tua, yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.


Baguslah Tan Sri Muhyidin jadi Menteri Pendidkan dan tak terkata Dr.M bila anak emas buat keputusan sedemikian :D Pergilah mengundi pendirian anda di blog Che Det

35 comments:

  1. mgkin gak sume ada kaitan dgn politik..yela, xlama lg kan nk ngundi kt manek urai..hoho

    ReplyDelete
  2. kesian kwn2 aku yg stdy perguruan mate n sains dalam BI, penat2 blaja akhirnye ngaja dlm BM gak..ermm

    ReplyDelete
  3. biasala.. dah nak buat macam mana..
    terima sahajala.. :S

    ReplyDelete
  4. aku dah mengundi dah semalam..


    aku memang penyokong PPSMI

    ReplyDelete
  5. memang dah boleh agak PPMSI ni nak dimansuhkan. banyak sangat kelemahannya.. aku pun bacth terakhir gak sebelum PPMSI ni.. hehe.. adik2 aku sume kena belajar dalam BI, tapi time exam jawab jugak dalam BM..

    ~~saya pun dah undi..

    ReplyDelete
  6. elok la dlm bhs inggeris...
    nengok aku neh 19thn dah belaja bahasa inggeris tp still broken enlish lg...hehehhe

    ReplyDelete
  7. mgkin utk bdk sek, better gne BM, utk mudah difahami..sbb diorg pon baru nk blaja..
    tp utk student universiti or matrikulasi, sy rse lebih baik dlm english..
    sy pon blaja dlm bm, smpi spm, tp bila masuk matrik, trus blajar dlm BI..
    kt universiti p0n kebanyakan dlm BI..
    references pon dr buku2 yg diimport.

    ReplyDelete
  8. murid2 jugak yg jadi mangsa keadaan & pemikiran pihak atasan...bkn sedikit kos melaksanakan PPSMI dulu..

    ReplyDelete
  9. saya x brapa stuju pemansuhan PPSMI..
    ramai yg x sdar tentang kepentingannya..
    biarlah..kita kna ikut ckap menteri kn..

    =P

    ReplyDelete
  10. PPSMI bnyk pro dan kontranya..kt sini yg kontranya tu boleh 'menghapuskan' minat pelajar yg xmahir dlm English utk belajar S&M..jd elokla dimansuhkan..dan sgt bernas diorg menumpukan penambahbaikan dlm subjek English tu sendiri..kalau kita sakit perut, kita ubat kt perut kn..begitu juga ngan English..kalau skt nya english..kita rwtla English..Wallahua'lam

    ReplyDelete
  11. secara peribadi, anak2 sy selesa dgn pembelajaran dlm BI
    tapi bila balik kampung..dgn sepupu2 mereka yang lain rasa simpati

    tak apalah...kita ikut suara majoriti, utk kepentingan BERSAMA

    ReplyDelete
  12. Mungkin orang hanya nampak kebaikan PPSMI tu dimansuhkan sekarang, tapi masa akan datang nanti, anak2 bangsa kita yang jadi mangsa. Bangsa asing mmg guna BI walaupun bkn di seklolah, so tak ada masalah! Yang masalahnya nanti anak2 org Melayu! Bila study kat matrics atau poli dsbnya, mulalah mengelabah! Sedangkan kat sekolah pun subjek2 yang diajar dlm BM pun setakat cukup makan je, macamana? Patutnya subjek2 dlm BM tu la boleh score A! Yang gagal BM pun ada! So, nak kata apa? Ikut je lah! Nanti tukar menteri, tukar lagi! Buat pulak dasar baru! Yang jadi mangsanya cikgu dan budak2 sekolah!

    ReplyDelete
  13. aduh....
    isu populer skrng...
    cian kt adik2...
    png la jap2 men tkr2 bhasa...

    ReplyDelete
  14. Better tumpukan kepada subjek Bi yang tahapnya masih sgt rendah lagi..

    ReplyDelete
  15. Kes ibu bapa complain anak mereka ta dpt score . Apalaa masyarakat sekarang, berfikiran cetek . Langsung tanak maju .

    ReplyDelete
  16. saya sedih kerana masa depan anak2 akan jd mangsa dasar ini

    (TUN MAHATHIR)

    ReplyDelete
  17. aku pun tak taula mane satu,tapi bg aku,aku sokong PPSMI...

    bukan sume benda sains,math kite leh translate bodo camtu jer...

    ReplyDelete
  18. em...kasihan kakakku...belajar penat2 dalam BI sat g kena ajar dalam BM...huhu..apa pun masih ada lagi 3 tahun sebelum PPSMI dimansuhkan sepenuhnya.....

    ReplyDelete
  19. bahasa bukan probnya..semua atas diri sendiri ^_^

    ReplyDelete
  20. Bodoh bagi siapa yang vote untuk mansuhkan Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik.

    Sekarang puas hati lah kan.

    Masalah yang saya lihat ialah ibu bapa sendiri yang tak tahu Bahasa Inggeris. Lepas tu buat propaganda Bahasa Melayu bahasa rasmi lah, takut Bahasa Melayu hilang di sekolah lah. Pelik betul. Bukannya sampai tak ada langsung mata pelajaran yang diajar dalam Bahasa Melayu. Cuma dalam Matematik dan Sains.

    Pelik betul.

    Sebab tu ramai graduan yang bangang Bahasa Inggeris.

    ReplyDelete
  21. PPSMI nih memang baik utk kesihatan, tapi diorg tentang gila2.. buat macam bahasa kebangsaan kita terhakis dek PPSMI.. ni semua politik, mainan politik

    ReplyDelete
  22. politik, oh politik. semua perkara berkaitan dengan politik. apa-apa pun aku sokong dengan pemansuhan PPSMI. ini dapat kurangkan jurang antara pelajar luar bandar dengan pelajar di bandar. huhu

    ReplyDelete
  23. Encik MohdIsa,

    Jurang? Jadi yang maju perlu dimundurkan? Bukankah patut yang mundur dimajukan dengan pelbagai cara?

    Sampai bila Malaysia perlu jadi negara membangun? Bila yang nak jadi negara maju?

    :)

    ReplyDelete
  24. @Brian
    bro, klu nak improve english ni ada pelbagai cara. bkn membuatkan org yang minat belajar jadi tertekan. cuba bygkan, ada budak yang faham dalam bahasa melayu dan dia boleh score dalam bahasa melayu. tp dia tak boleh score dalam bahasa inggeris. bknkah itu satu kerugian, nak belajar english ni bukan dalam semua subjek. di ipt nnt akan di ajar dalam bahasa inggeris. so apa peluang dorang klu dorang tak boleh score dari awal? bagaimana dorg nak masuk ipt klu result yg teruk akibat dari PPSMI ni? dlu aku belajar dalam bahasa melayu juga. aku juga ada diploma, skg ni aku buat ijazah. final year lagi. serius english aku takdalah hebat mana. tp boleh je score. nak seribu daya bro. beri peluang, nanti di ipt dorang akan diajar dalam english juga. dari situ dorang akan sedar betapa pentingnya english. peranan kita masyarakat sekeliling perlu memahami keadaan budak2 sekolah. bkn buat mereka rasa terpaksa. kita timbulkan minat dorang. jgn lakukan pembaziran. mundurkah kita kalau kita agungkan bahasa melayu sendiri? majukah kita kalau bahasa orang diagungkan? fikir-fikirkanlah bro.

    ReplyDelete
  25. suka mam nasik kandarr..kat teluk intan...nyam2 sedap...da lme x g...waaaaaa

    ReplyDelete
  26. Maafkan semua. Melayu dah 'LAYU' sekarang ini. Bahasa Melayu sudah dirojakkan. Bahasa Melayu semakin kurang dituturkan, kurang dituliskan. Kalau ada pun dicampur adukkan dengan bahasa Inggeris. Bangsa Melayu sudah hilang ke 'Melayuan'nya. Budaya Melayu dah hampir pupus. Seni Melayu dah hampir hilang. Semakin ramai yang gemar menghina 'Melayu' bangsaku. 'Melayu' darah dagingku, keturunanku. Yang masih tinggal ialah... KTM (Keretapi Tanah Melayu), Askar Melayu dan tak ada apa lagi mengenai Melayu.
    Berikan hakku untuk mempertahankan 'Melayu' ku. Bukan kerana politik, bukan kerana PRU13, bukan kerana Manik Urai.. bukan semuanya, tapi kerana 'Aku Seorang Melayu'!

    ReplyDelete
  27. Serius ape guna kerajaan convert ppsmi ke BM.. Jadi teruk adela.. Kalau setakat sayang bahasa ape gunanya...Maruah BANGSA MELAYU perlu didahulukan... semakin lama makin hancur.. Mereka hancur bukan disebabkan bahasa

    Saya sebagai pelajar SPM taun ni tak de masalah pun belajar BI dalam subjek Math and sains. Walaupun sya takdela pandai sangat tapi still boleh catch up ape yang cikgu ajar..

    Sepatutnya Kerajaan perlu beri latihan insentif kepada guru dalam memperkasakan BI untuk mereka mengajar subjek math and science.. Kerjaan seperti melarikan diri dari masalah...

    Kerjaan sanggup mengeluarkan belanja yang banyak untk menukar sukatan dri BI ke BM.... Seperti membazir duit rakyat... Lebih baik digunakan utk bantu orang miskin...

    Saya walaupn beljar sains dn math selama 5 tahun, ENGLISH sya masih tk perfect .. Istilah SC dn Math bukan rumit pun.. Sekarang ramai yang menentang.... Kerajaan suka menyusahkan rakyat...

    ReplyDelete
  28. Anonymous, betul tu. Kalau macamtu, suh kanak-kanak yang nak masuk sekolah rendah. Ambik kursus bahasa inggeris 2 tahun dahulu. Mudah sikit dorang nak belajar nanti. Faham tak maksud saya, cuba bayangkan kanak-kanak yang menggunakan bahasa melayu dirumah, pastu baru masuk sekolah. tiba-tiba terus belajar sains dan math dalam bi. padahal bi baru belajar sikit.


    cam manalah nak terangkan ye, memang mudah kalau istilah english digunakan dalam math dan sains. tp fikirkanlah bagaimana nak fahamkan bdk2. apa kata kita guna bahasa cina pula. kat malaysia ni cina lagi kaya. senang sikit nak kerja dengan cina nanti. kita wat dasar baru PPSMC. apa macam.

    ReplyDelete
  29. Susahnya bila bab pendidikan dicampuradukkan ngan kuasa politik. Lagi susah bila yg baik itu nampak menyusahkan..

    Kesian pada guru2 yg terpaksa berubah2 pengajaran
    dan yg paling utama..anak2 yg telah jadi mangsa.

    Kesian kat anak2 melayu. Yg baik2 utk masa depan dikatakan menyusahkan diorang. Susah utk mencuba..Otak takleh nak catch-up..

    Tapi..mende2 yg tak baik seperti rokok, dadah dll yg merosakkan diorang..senang pulak diorang nak mencubanya!!!

    ReplyDelete
  30. Saffa tak faham betul dengan orang yang nak mansuh-mansuh ni! Masa benda ni di laksanakan.. tak ada plak dengar apa2..
    Lepas dah bertahun baru nak kecoh!
    Selamat Saffa dah habis belajar. Saffa syukur sangat-sangat belajar dalam BI.
    * Saffa 2st batch blajar dlm BI ni.

    ReplyDelete
  31. ak x setuju pd aslnya mender nih ...

    sbb , bdk2 kena belajo english ... at the same time , kena memahamkn subjek sc & math dlm english ... english x baik mn tp kena paham kn ilmu dlm english ... m'nyeksa murid & guru sbb murid t'pinga2 & cetgu mcm syok sndr bila ngajo ... tuh kt sek keb ... klu kt sek cina , blh lak ngajo dlm bhs cina ...

    lg 1 , kita buat mcm french ... tahu english tp bila org speak english , kita wat2 x paham krn ego mrk yg m'anggap bhw bhs mrk adlh lbh bagus dr english ... apa guna U kt mesia lahir kn graduan linguistik dgn begitu rmi tp x d'manfaatkn ... p'ciptaan p'kataan br utk term2 t'tentu blh d'lakukn ... saper lg nk anggap bhs kita bagus klu bkn kita sndr ...

    klu korang nk tahu , p'nerima2 anugerah nobel sumer dr negara yg ego dgn bhs ibunda mrk & ilmuan jepun adalah ilmuan yang setiap thn memenangi nobel ... mrk x faham , x akn faham , x pnh nk faham , x pnh mahu utk faham english ... d'sbb kn itu , hasil kajian mrk adlh sgt asli ... tulen ... mrk kaji dgn teliti kerana mrk x rujuk bhs inggeris ... penulis scolarly journal jg rmi t'diri drpd japanese ... tinggi tau nilai org tuh klu dpt tulis scholarly journal ... menariknya , journal2 mrk dlm bhs jpn & d'perlu kn translator ke english sblm d'publish ...

    klu setakat nk sng kn komunikasi dgn org luar ... x per lh ... tp apa p'rasaan kita klu org asing cakap bahasa melayu ... ak sgt2 bangga klu ad org asing ckp bhs kita dgn fasih ...

    kita lihat negara India , ambil tauladan

    renung2 kn & slmt b'amal

    bahasa jiwa bangsa ... ke arah menuju negara bangsa (mungkinkah?)

    ReplyDelete
  32. vote 'no'.

    tk nmpk pon kebaikan ppsmi dimansuhkan. lgi bnyk keburukan, ade ah.

    ReplyDelete
  33. isu bahasa jgn dijual beli....
    cara sahaja yg tidak kena.....
    aku x sokong PPSMI......

    ini tindakan paksaan seolah bahasa ibunda diabaikan....

    megah2 kan la sangat bahasa english tu....

    klau nk belajar bi, belajar la sapa larang....

    tp jgn buat keputusan menyeluruh nak kasi tau semua org melayu bahawa bahasa bi ni sangat hebat!


    ahhhhh...bahasa ibunda lagi hebat!

    kot mana pun kita tetap blaja bi la kawan...

    bubarkan PPSMI TU...KAROT!!!

    ReplyDelete