Tuesday, August 04, 2009

Abadi Selamanya..

Tengah hari tadi, lepas je balik daripada pendaftaran modul di politeknik, aku diberitahu oleh mak yang mana anak kucing kami, kucing chi kelabu dah jumpa. Sudah dua hari chi kelabu hilang dan tak dapat dikenalpasti kedudukannya. Ayah, selaku baby sitter chi kelabu pon risau. Dua hari lepas, hujan lebat sangat. Aku ada parking kereta kat belakang rumah. Lepastu masa aku nak keluar dan hidupkan enjin kereta, kucing - kucing yang berteduh bawah kereta aku tu semua lari bertempiaran.

Kemudian, chi kelabu pun turut lari ke tempat berteduh yang lain. Dua hari lepas juga, chi kelabu ada masuk kedalam rumah dan berak cirit birit. Hmm, mak punyalah marah kat kucing tu dan terus letak keluar semula. Chi kelabu memang kami tak bagi tinggal dalam rumah sebab dia selalu berak cirit. Mak dia je, chi hitam putih tinggal dalam rumah. Yang anaknya tinggal diluar. Chi kelabu sebenarnya sakit. Dah dua hari dia tak makan. Mak bagi makan ikan segar dia tak makan. Ayah suap dia frieskis pon dia tak jamah. Ntah, memang ajal dia kot.


Tadi, aku pegi ambil bangkai chi kelabu yang dah kembung. Busuk. Perut dia dah buncit. Berat dari biasa. Selalunya kucing chi kelabu tu kecik dan ringan ja. Tapi bila mati jadi macam tu. Aku kesian sangat - sangat tengok bangkai dia. Teringat dia selalu gesel - gesel kat kaki aku, gigit jari dan macam - macam lagi.

Insan yang paling sedih, ayah sebab masa chi kelabu kecil dulu, ayahlah orang yang bertanggungjawab suap susu pada anak kucing tu. Selain tu, sebab kucing chi kelabulah, ayah sanggup pegi beli sangkar kucing untuk pastikan chi tak lari - lari dan tak berak merata. Mak pon nampak tabah je. Masa bela chi kelabu, berak chi semua mak basuh. Mak sayang kucing chi kelabu, sebabtu mak tak kesah.

Aku? Aku sedih sebab tak dapat nak main dengan anak kucing neh. Aku suka main dengan dia sebab dia lincah dan cergas. Pantang ada benda bergerak - gerak sikit, mesti dia nak terkam tangkap. Aku ada rakam aksi dia. Nanti aku upload kat sini. Yang dah pergi biarlah dia pergi. Best dia jadi haiwan, tak ada hisab semasa mati.Tak macam manusia, masa matilah nanti kena seksa.

Tribute to Chi Kelabu : Hari pertama dalam sangkar

Aksi Lincah Si Kecik Chi Kelabu


Chi kelabu, terima kasih kerana menjadi penghibur dalam rumah kami. Semoga kau tenang dan bahagia disana.

22 comments:

  1. sedey nye...
    sm la nasib kite..

    rip chi kelabu..

    T_T

    ReplyDelete
  2. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
    nk nages. ;(
    mira suka kucing .........

    ReplyDelete
  3. salam takziah, bro, setiap yang hidup pasti akan pergi beb. cool ok. hidup mesti diteruskan....

    ReplyDelete
  4. Takziah...kesian la pulak tengok bangkai kucing mati

    ReplyDelete
  5. sabar yer itu sudah semestinya pergi kita yg idup perlu teruskan kehidupan..

    ReplyDelete
  6. sedey nya rasa hati....

    sis tak leh tgk kucing cam tu....

    sabar ek Luth....

    ReplyDelete
  7. aiyo... aku pon suke kat kucing gak..
    nak2 yg kcik2 cam chi kelabu ni. cumil lorh...

    ReplyDelete
  8. Salam luth...
    akak dtg menyinggah, tanya kabar...

    takziah tuk kehilangan kucing itu...

    ReplyDelete
  9. oh, takmau bace entry ini sampai abis. im sad too cuz anak kuceng aku pun baru aje mati 2 ari lepas sbb xcukup susu. :(

    ReplyDelete
  10. mmg sedih kalau tgk kucing sendiri mati kan..ni yg malas nak bela kucing nih

    ReplyDelete
  11. sedey nye..
    my 1st cat mati sebab keracunan...
    tak sempat nak selamatkan...
    sedey gile..
    then my 2nd cat pun jd bende sama..
    tp sempat diselamatkan..
    mujur cepat bawak jumpe doc..
    tp skrg dah ilang...
    miss bangat sama my 2nd cat..
    manja & cerdik..

    ReplyDelete
  12. takziah utk luth ...
    patah tumbuh , hilang b'ganti ...
    nnt ad lerh tuh kucing br ...

    klu bela kucing , bg ak , frieskies & whiskas nih x bagus utk kucing ... d'buatnya kucing ko ilang ke , kucing tuh wat pangai pas2 ko buang kew , der susah nk terima makanan lain ...ko kasi ikan mentah pn kadang2 der x usik ... lg sian ... ak pn x tahu d'org letak apa dlm makanan2 kucing tuh ...

    P/S : ak x suka bela kucing tp klu takat bg mkn tuh , ak ok jerk

    ReplyDelete