Atas permintaan ramai, aku repost kembali cerita aku dengan mamat x tiga tahun lepas. Erm, entry ini diambil bulat bulat dari blog lama aku, luthtextile.blogspot.com
Luth nak cerita satu benda kat member suma.. Luth ada kenal ngn sorang mamat nih, Luth namakan dia sebagai X. Si X nih Luth kenal secara tak sengaja, dia (si X) nih budak taman Luth jugak la. Dulu, masa time skolah, dia sekolah lain. Luth skolah teknik. So, bila hujung minggu, Luth akan balik umah dgn si Apit, member baik la jugak, satu sekolah ngn dia masa form 1-3.
Bi;la time balik jew, Kami dua (Luth & Apit) selalu balik sekali, naik bas. Dah naik bas, kami budak2 ostel nih akan pegi The Summit Bukit Mertajam (dulu masa skolah,summit mmg port yg sempoi).Dekat summit tuh, ada skali stesen bas, kira tempat transit dari skolah nak ke rumah Luth..
Diringkaskan cerita, Luth selalu terjumpak ngn mamat X nih masa balik.. Dia skolah lain, skolah orang2 pandai (kononlah pandai sangat) dia sorang2 ja balik naik bas. Tengok lagak skema. Rambut selalu sikat tepi, kemas ngn pendek. Tak macam kami dua (luth ngn apit) slekeh, rambut panjang, seluaq carrot (tapi tak gengster pon)..
Dalam bas tuh, Luth tgur2 la dia, kira saja la nak kenal2 kan.. Kami jumpak tak kerap, mamat X nih bukan kaki ronda mcam luth. Dia dok umah ja, tak pernah pon nampak dia ronda-ronda naik beskal, main bola. terperap ja dia.. Kekadang jumpak dia kat masjid, dia pegi masjid dari rumah jalan kaki jer.. Kesian.. Rumah jauh, paling koman naik la beskal, tapi dia tak dak apa-apa, jalan kaki jela..
So lepas Luth abis SPM, Luth ada mintak kerja kat kilang DELL di Bukit Minyak. Masa tuh Luth pegi ngn member, kami pegi berdua. Tah tersempak si Mamat X nih, dia mai dengan awek dia. Orang ada ngn awek masa tuh, hensem gila. Macho, bergaya tuh. Dia pon nak mintak keja jugak, nak kerja ngn awek skali. Tup tup seminggu pas tuh Luth diterima masok kerja DELL, dia tak dapat..
Masa Luth keja DELL, Apit keja Kedai runci ala.. mini market lebih kurang. Apit dia ada cerita, dia boring keja sorang-sorang, so dia tanya Luth sapa dia yang mau kerja ngn dia. teman, boring sangat. Terjadilah kesah, Luth ada jumpak si mamat X nih, dia tak dak kerja. Masa tuh Luth tanya kat dia, nak tak keja ngn Apit. Dia kata nak kerja, masa tuh mamat x nih takdak transpot. Dia pon menumpang lah dengan Apit. Apit dah ada moto.
2bulan berlalu, kontrak Luth di DELL dah abes. bulan 3, Luth nak cari kerja lain. Bosan dok umah, then Luth try mintak kerja kat Kamdar BM. Mintak2 dapat. Kerani tuh tanya, ada tak member2 nak keja, sebab diorang perlukan pekerja g. Luth sebenarnya kesian tengok Apit ngn mamat X nih, keja kat kedai cina tuh, kena hina, maki, kutuk.. Luth panggil diorang kerja ngn Luth kat Kamdar. Akhirnya kami 3 orang kerja kat Kamdar, satu department, iaitu Textile.
Apit dia ok. Baguih. Tapi si mamat x nih cam budak2. Main2 masa keja. Oleh disebabkan dia buat kerja main-main, sale kurang, sebab si mamat X nih la kami staff-staff baru (Luth ngn Apit) kena marah. Geram betol.. Masa kerja tuh, dia ada komplot ngn staff lain, korek seat supervisor then balas telefon yang ada kat situ. Pelaq punya perangai. Mamat x nih dia berhenti kerja, cabut lari macam tu saja. tak da surat2 takdak apa apa pun info kat company. Last skali. Luth ngn Apit berhenti kerja masa dapat tawaran masuk Poly, bulan 7.
BERSAMBUNG DI BAHAGIAN DUA
Sunday, December 05, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment