Sekejap je masa dah berlalu. 2010 dah meninggalkan kita semua. Saat ini, aku masih merindui setiap detik yang dilalui sepanjang tahun 2010. Segar. Masih segar dalam ingatanku apa yang telah berlaku, umpama baru semalam ia berlaku. Itulah realiti hidup sekarang ni. Masa 2009 berlalu, terlalu singkat catatan yang aku tulis kerana 2009 tahun yang amat sedih bagi aku. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 2010 aku mengharapkan keseluruhan tahun ini akan lebih baik dari 2009 menjadi kenyataan.
Tahun 2010 tahun yang memberi 1001 makna buat aku dalam hidup. Dalam tahun ini aku bergelar pelajar di institusi awam dan pada tahun ini juga aku bergelar seorang pekerja di sektor swasta. Great Isnt it? Meh aku nak berkongsi apa yang best dalam tahun 2010.
Januari 2010
Setiap awal tahun, aku akan meraikan bulan Januari dengan sebaik baiknya. Yelah, aku akan menyambut ulangtahun kelahiran pada setiap bulan Januari. Pada setiap tahun, aku akan memotong kek dan ulangtahun kelahiranku akan diraikan bersama keluarga dan rakan tetapi untuk tahun ini tak sama dengan tahun tahun yang sebelumnya. Alhamdulillah, tahun ini diraikan oleh kawan yang paling rapat (pada ketika itulah) di empat tempat yang berlainan, iaitu di Shah Alam, Kuala Lumpur, Putrajaya, Port Dickson dan juga Melaka.
23 Januari 2010 memberi sinar baru buat aku. Gurney Drive menjadi saksi bertemankan sepapan coklat Cadbury pada malam itu membuatkan hati gembira tak terkata. Kenapa? Biarlah cerita itu kekal dihati ini.
Febuari 2010
Macam biasalah, kalau bab berjalan ni aku memang no.1. Bulan Febuari aku dapat jejakkan kaki di bumi Langkawi. Best siot. Ni kali kedua aku jejakkan kaki di pulau lagenda tu. Macam biasalah, masa student dulu duit pinjaman banyak. So, bolehla nak gunakan ia untuk berjalan jalan.
Bulan Febuari memberikan aku masa untuk berjalan jalan lagi. Aku turun KL, ronda ronda Shah Alam dan Putrajaya. Setiap saat disana aku gunakan sebaik-baiknya. Mana taknya, masa itu emas. Bulan Febuari bulan yang sangat sangat bahagia Hahaha
Mac 2010
Bulan Mac, aku memang struggle gila gila dengan projek final. Sibuk gila dengan projek. Tambahan pula aku ni ketua kumpulan. Kalau aku tak gerak, member group aku pun takkan gerak dan kalau aku tak gerak takkan siap la semua kerja kerja yang perlu diselesaikan. Struggle.
Macam biasalah, tiap tiap bulan aku turun Shah Alam. Berjalan jalan. Dalam kesibukkan dengan study dan project aku tetap boleh luang masa. Hahaha
April 2010
Bulan yang terakhir aku dapat berjalan jalan di sekitar tengah semenanjung Malaysia. Seperti biasa, Shah Alam dan tempat yang sama waktu dengannya dijajah lagi. Alhamdulillah, dapat juga ronda ronda masa ni. Yang penting sekali, aku manfaatkan masa dengan sepatutnya. Hah, tak boleh lupa masa ni pergi Sepang, Banting, Port Dickson secara tak sengaja. Kemudian, esok hari boleh terlajak sampai ke Genting Sempah gara gara idea gila nak ke Kuantan. Hahaha. Adoi. Tak boleh lupa.
Mei 2010
Start bulan Mei, no more Shah Alam, KL dan lain lain. Tak perlu dah turun sana tiap tiap bulan kerana orang tu dah pindah balik Penang. Betul la orang kata, lebih baik jauh dimata kerana ia akan lebih dekat dihati. Ni bila dah dekat dimata boleh pulak terasa jauh dihati? Hehe Taktau nak kata apa. Si PEJ excident, kemudian PFA pun excident jugak. Aih bulan yang penuh dengan kemalangan dan permulaan bagi permasalahan. Permasalahan?
Akhirnya, lepas struggle dengan final project, dah present dan lepas pun. Lega rasanya. Lega sangat sangat. Huh!
June 2010
Kakak bersalin. Dapat anak buah lagi seorang namanya Muhammad Faiz Zakuan. Walaupun tak cukup bulan tapi dia sempurna. Alhamdulillah, tambah lagi seorang cucu tokwan. Rezki, ajal maut ditangan tuhan. Setiap apa perkara yang terjadi semua ada hikmahnya. Kita kena sabar menghadapi dugaan dan cabaran. Masa getir macam ni la tuhan nak tengok kita kuat ke tak. Genap sebulan dia pindah balik Penang, dapat pula surat ke PLKN. Aih, tua tua pun kena pegi PLKN jugak.
Masalah yang kecil makin lama makin besar. Entahlah, hidup kita ni bukannya sentiasa gembira. Bukan namanya kehidupan la kalau tak ada langsung cabaran. Dalam keadaan macam ni, emosi mempengaruhi segala galanya. Cukup penting bagi kita mengawal emosi supaya segala tindakan tidak melebihi batas. Bulan June, tiba tiba awan mendung datang. Rupanya tak panas sampai kepetang.
Julai 2010
Keadaan bertambah teruk. Serabut. Aku dah habis belajar. So, sempat la turun KL. Lama tak turun KL.
Ogos 2010
Keadaan masih tak berubah.Masih mendung. So, tak tahu nak tulis apa. Her father was admitted. Keadaan makin tenat. Kesian aku kat Munie, duduk kat PLKN tu tertekan. Tak dapat nak konsentret sebab risaukan bapak dia.
Oh ya, 31 Ogos 2010 secara rasmi aku buka blog Luthfi.my tapi pada masa tu blog ni berkonsepkan gosip artis, berita terbaru, panas dan bermacam macam lagi. Aku tak cadang pun nak buat blog Luthfi.my ni sebagai blog personal.
September 2010
Entah nak kata macam mana masa bulan tu. Keadaan masih tak berubah tapi better dari bulan bulan yang sebelumnya. Munie habis PLKN. Bulan tu raya. Ingatkan raya boleh sambut seronok seronok. Since bapak Munie sakit teruk, aku tengok keadaan Munie sangat tak tenang. Bapak sendiri sakit, sapa yang nak duduk rilex lagi? Dulu aku dah rasa apa yang Munie rasa. So dah dapat memahami. Kena banyak sabar je. Raya? Best la jugak. Nak banding raya tahun lepas, raya tahun ni macam hambar sikit. Faiz tak datang rumah pun. Ntah bz sangat dia tahun ni.
Bulan September ni, aku dapat temuduga di B.Braun. Kemudian dapat dan terus masuk kerja lepas raya. Huhu, pengalaman bekerja di tempat baru. Secara rasmi, aku dah tinggalkan dunia student, menganggur dan masuk kerja!
*oh, secara rasmi aku bukak blog jomphotoshop.com di wordpress.
Oktober 2010
Mula serius bekerja di tempat baru. Macam macam benda baru aku dapat belajar. Pelik tapi benar, dua tiga minggu kerja kat sana motor Jaguh aku banyak kali masalah. Sanggup aku tinggal motor kat sana di Bayan Lepas dan balik rumah kat Seberang naik bas! Tension punya pasal. Lepas motor buat hal, kereta pulak yang buat hal! Haihhhh macam macam benda jadi. Sepanjang bulan Oktober aku berulang pergi kerja naik kereta. Tak sanggup aku nak naik motor dengan keadaan motor yang meragam.
Dah tukar beteri pun masih lagi ada masalah. Takpalah, nasib ada kereta. Kalau tidak taktau la nak kata apa. Getting better, Alhamdulillah.
*1st time dalam hidup, tayar kereta kena kunci dek majlis perbandaran.
November 2010
Alhamdulillah, awan kelabu dah keluar. Matahari dah kembali bersinar.
Aku nekad jual motor Jaguh dan beli motor baru. Tak tahan sakit hati terperangkap dalam jem dan kena keluar awal untuk elak dari jem. 6hb aku dapat motor baru. Senang sikit urusan aku pergi dan balik kerja. Itu je tujuan aku beli motor.
Bulan November aku bertambah tambah sibuk dengan kerja. Baguslahkan.
Disember 2010
Cukup tiga bulan aku kerja. Dah confirm pun. Hidup rasanya makin bahagia dan lancar. Tak perlu nak serabutkan diri untuk fikir akan orang lain yang tak pernah nak fikir akan kita. Baik aku serius dengan karier lagi baik. Cepat je kan masa berlalu. Masa aku tengah taip entry ni dah jam 2:52 pagi, hari terakhir di bulan Disember dan hari terakhir di tahun 2010.
Sebenarnya, banyak benda yang aku telah capai tahun ni. Lebih baik dari perancangan aku pada awal tahun haritu. Biasalah, kita boleh merancang tapi tuhan yang menentukan segala galanya. Alhamdulillah percancangan dan target untuk 2010 70% mencapai terget dan selebihnya akan aku bawak ke tahun 2011.
Pembinaan karier dan fokus pada kerja amat penting. Selain itu, masa juga perlu diberikan kepada keluarga. Muda muda lagi aku dah dipertanggungjawabkan oleh hal keluarga. Syukurlah aku masih ada keluarga yang lengkap dan aku beruntung sangat ada keluarga yang bahagia macam sekarang.
Kalau nak cerita bab cinta, dah semak kepala kot nak cerita, nak tulis dan nak luahkan perasaan yang terbuku dihati. Biar je la dia meresap masuk dan akan pudar macam tu je. Bukannya pudar kasih dan sayang tapi cerita cerita cinta yang berlalu sepanjang 2010 akan ku simpan.
Target 2010 yang tak terlaksana tu masih on track, akan foward ke tahun baru. Apa azam tahun baru?
0 Komen:
Post a Comment