Saturday, August 06, 2011

Sedetik hati

Terdetik hati bila dapat bungkusan kurma dari seorang untie yang mana dah berhenti kerja kat company aku. Dia seorang receptionist yang dah bekerja dengan company lebih kurang 15 tahun. Kiranya antar orang lama yang telah berhenti oleh sebab masalah kesihatan.

Aku suka panggil dia Untie sebab dia macam mak aku. Suka sangat senyum, beri salam setiap pagi dan juga sangat suka beri nasihat kat aku. Sejak aku join B.Braun hampir setahun lepas, dia lah orang yang paling mesra dengan aku. Setiap pagi, sampai je office aku akan pergi ke kaunter reception di tingkat atas untuk berjumpa dengannya. Tak pun, aku akan telefon untuk bertanyakan khabar.

Apa yang membuat aku lebih terasa, Untie Nor ada seorang anak lelaki yang juga bernama Luthfi. Nama penuhku Mohammad Luthfi tetapi anaknya Ahmad Luthfi yang kini belajar di Uitm Kedah. Masa detik perkenalan kami, dia begitu terkejut dan gembira kerana tahu nama aku sama seperti nama anaknya dan berkata Wah, untie ada Luthfi kat tempat kerja. Satu lagi Luthfi kat rumah. Aku hanya senyum.

Oleh kerana dia terlalu baik denganku, kadang kadang aku ada berikan dia sarapan pagi. Dengan tugas dikaunter reception tu, dia mana sempat nak tinggalkan tugas. Sentiasa nak kena layan tetamu dan panggilan masuk. Kesian. Dalam jam 10 pagi baru Untie dapat makan pagi.

Dua bulan selepas aku masuk kerja dulu, dia ada belikan kueh kegemaranku iaitu kuih tat nanas gulung. Katanya kueh tu ditempah khas untuk mak dan saudara maranya di Singapura. Untie Nor dapat status Penduduk Tetap (PR) yang asalnya dari Singapura.

Awal tahun ni, dengar cerita Untie Nor sakit dan dapat cuti dua bulan. Aku nantikan berita tentang Untie sebab aku tak tahu macam mana nak kontek dia. Lalu, dah tiga bulan dia tak datang kerja, aku terus minta nombor telefonnya dari kawan kawan sepejabat dia dan terus telefon.

Dengar dengar je suara Untie di talian telefon terus aku rasa sebak, dengan suaranya yang bertanyakam khabar aku, kerja dan company. Aku bertanyakan khabarnya yang mana dia ketika itu dalam proses untuk mengantar surat berhenti kerja atas sebab masalah kesihatan.

Dalam perbualan telefon, dia nasihatkan aku supaya kerja sungguh sungguh dan cuba dapatkan pengalaman dan ilmu dari kawan kawan di B.Braun. jangan sesekali mudah mengalah dan selagi kerja ok dan boss pun ok, dia kata janganlah tinggalkan company yang kekurangan orang orang kita.

Semalam, selepas aku terima bungkusan kurma daripadanya, aku sekali lagi telefon Untie dan ucapkan terima kasih atas bungkusan kurma tersebut. Mendengar suara Untie di talian telefon, air mata terus berada ditebing tebing kelopak mata yang aku tahan untuk terus jatuh. Sungguh terharu atas tanda ingatannya kepadaku

Luthfi.. Luthfi..

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

0 Komen:

Post a Comment