Tuesday, June 19, 2012

Review : Layan Burger di Hero Burger Bakar, Astaka Stadium Bandaraya!

Assalamualaikum!

Aku ni kalau bab makan memang pantang dipelawa dan orang introduce tempat sana sini makanan yang best. Setiap kali kawan kawan cakap restoran ataupun tempat makan yang menarik dan sedap pasti aku akan turun terjah untuk merasa makanan tersebut.

Baru baru ni di Facebook gamat memperkatakan Burger Bakar Hero pertama di Pulau Pinang dibuka di Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Pembukaan rasmi pada Jumaat lepas, 15hb June 2012. Asalnya aku nak ikut serta pada majlis pembukaan perniagaan Burger Bakar Hero tetapi memandangkan badan pun letih hasrat aku nak join tu terpaksalah dipospon ke masa yang seterusnya.

Monday, June 18, 2012

3 blog bersatu dibawah MohdLuthfi.com!

Setelah banyak masa aku berfikir panjang, bagaimanakah caranya nak mencantumkan 3 buah blog yang aku telah tulis sebelum ini iaitu LuthTextile.com (Ditulis sejak tahun 2008), blog Luthfi.My (ditulis sejak tahun 2010) dan blog terbaru aku MohdLuthfi.com yang baru beroperasi sejak November 2012.

Sebenarnya aku sayang nak meninggalkan dunia blog kerana inilah satu satunya dunia yang mematangkan aku dan memberikan inspirasi kepada aku untuk terus berkarya didalam dunia maya. Nak dibandingkan masa kegemilangan blog luthtextile.com dengan kehidupan sekarang memang tak boleh sebab dulu lain sekarang lain. Zaman belajar sangat sangat best nak dibandingkan dengan zaman bekerja. Hidup penuh dengan komitment yang menghalang aku untuk terus aktif didunia blogging.

Alasan memang banyak alasan yang boleh diberi. Kalau dahulu aku tak boleh nak update entry blog sebab sambungan internet yang tidak memuaskan, tambahan pula dengan laptop yang daif pada masa itu dan pelbagai lagi alasan yang diberikan tetapi sekarang tidak lagi. Nak cakap tak ada internet dirumah, tiap tiap bulan aku bayar. Nak cakap laptop tak elok, aku ada Galaxy Tab yang menyokong aplikasi WordPress for Android dan juga telefon blackberry yang menawarkan WordPress for Blackberry. Tambahan pula, boleh saja nak online guna PC dan laptop yang company berikan!

Alhamdulillah, kesemua entry dan komen telahpun disatukan kedalam sebuah blog. Harap harap aku dapat terus aktif dalam dunia blog selepas ini.

Nanti aku akan kongsi bagaimana nak cantumkan 3 buah blog dalam 1 blog.

Luthfi, 2:23 pagi 2012-06-18