Assalamualaikum!
Aku ni kalau bab makan memang pantang dipelawa dan orang introduce tempat sana sini makanan yang best. Setiap kali kawan kawan cakap restoran ataupun tempat makan yang menarik dan sedap pasti aku akan turun terjah untuk merasa makanan tersebut.
Baru baru ni di Facebook gamat memperkatakan Burger Bakar Hero pertama di Pulau Pinang dibuka di Astaka Stadium Bandaraya Pulau Pinang. Pembukaan rasmi pada Jumaat lepas, 15hb June 2012. Asalnya aku nak ikut serta pada majlis pembukaan perniagaan Burger Bakar Hero tetapi memandangkan badan pun letih hasrat aku nak join tu terpaksalah dipospon ke masa yang seterusnya.
Tadi, balik balik je kerja terus rasa lapar dan makan. Aku tak dok diam dah, terus aim nak pegi rasa burger bakar hero yang hangat dibincang. Response daripada pelanggan Burger Bakar Hero semuanya positif belaka. So, tambah lagi la keterujaan aku nak pegi kerasainya!
Sampai sampai je kedai, aku terus duduk dan pergi order. Taukey kedai amatlah mesra dengan pelanggan dan suggest aku untuk cuba Solo Beef with Egg and Cheese yang berharga RM8.50. Tunggu punya tunggu, lepas 15 minit Burger yang dipinta pon sampai.
[caption id="attachment_5069" align="aligncenter" width="361"] Stall burger yang terletak di tengah - tengah astaka yang sibuk tu[/caption]
Pergh! Rasa daging yang lembut dan empuk membuatkan aku rasa macam nak makan lagi. Nasib baik makan dengan pisau dan garpu kalau makan dengan tangan taubat belemuih!
So bagi aku kepada rakan yang nak cuba burger bakar ni, aku rekemen cuba burger daging terlebih dahulu. Kalau tak makam daging tu ceritanya cubalah burger ayam. Woot!
Tuesday, June 19, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment