Tuesday, February 19, 2013

Seminggu di Hotel Sonnenhof, Melsungen, Germany!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Untuk trip kali ini, aku tinggal di Hotel Sonnenhof, di pekan kecil Melsungen di negeri Hessen. Sebenarnya, aku request dekat company untuk tinggal disebuah apartment yang mempunyai kemudahan memasak. Almaklumlahkan, pergi sana walaupun seminggu tetap nak makan makanan kita, makanan di Germany kesemuanya non halal. Depa selalu masukkan alkohol dan juga daging yang tak halal *ehem ehem, paham paham sendiri*

So, dengan adanya kemudahan memasak senanglah aku dan rakan makan makanan halal. Dekat pekan Melsungen pun ada sebuah kedai Turkey yang menjual pelbagai makanan dan juga bahan mentah halal untuk Muslim disana. Apa apa pun, jom tengok bilik!

Pada pendapat aku, kebanyakkan hotel apartment yang ada dapur ni semuanya cantik. Rasa macam nak duduk sini lama lama je tapi tak boleh nak duduk lama. Seminggu sudah!

Friday, February 15, 2013

Perjalanan kali ketiga ke Jerman!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Entry yang lepas pada bulan lepas, 12 haribulan Januari. Hehe nampak sangat aku sibuk dan pinggirkan blog ni.

Walaubagaimanapun sekarang aku tetap nak update blog kesayangan aku nih. Berkaitan perjalanan kali ketiga aku ke bumi Jerman pada minggu lepas, 1 hb Febuari 2013.

Alhamdulillah, dah tiga kali aku berpeluang ke negera Jerman, itu pun atas urusan kerja. Nak pergi pakai duit sendiri mungkin takkan sampai. Maklumlahkan, pendapatan tak mencukupi. Huhuhu.

Sunday, February 03, 2013

12 jam penerbangan terus Malaysia Airlines KUL-FRA!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Aku nak kongsi pengalaman kali pertama aku menaiki penerbangan terus selama 12 jam dengan Malaysia Airlines pada semalam. Ini merupakan business trip ketiga aku dan pertama untuk tahun ni (dengan harapan ada lagi la trip heheh). Ini jugak kali pertama aku naik Malaysia Airlines berbanding Oktober dan Disember lepas ke Munich dengan menaiki Emirates.

Mula - mula macam tak boleh bayangkan, betul ke aku nak naik penerbangan terus atau direct flight dari KL ke Frankfurt ni? 12 jam masa perjalanan tu. Dah la kena duduk dalam perut kapal terbang selama 12 jam, tergantung diatas awangan, dan yang paling "seriau" adalah perjalanan tu lama, risikoo!!

Tapi, atas niat nak mencuba sebab dah 2 kali aku ke Europe dengan Emirates yang perlukan berjam - jam masa transit, aku nak ke Germany cepat sebab aku tak ada masa lagi selain hanya seminggu. Perancangan dah buat, so dalam plan aku, aku dan kawan akan sampai di bumi Jerman pada pagi Sabtu. So, kalau sampai sana hari Sabtu mesti la ada masa untuk jalan - jalan masa sampai tu dan hari Ahad.