Sunday, February 03, 2013

12 jam penerbangan terus Malaysia Airlines KUL-FRA!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Aku nak kongsi pengalaman kali pertama aku menaiki penerbangan terus selama 12 jam dengan Malaysia Airlines pada semalam. Ini merupakan business trip ketiga aku dan pertama untuk tahun ni (dengan harapan ada lagi la trip heheh). Ini jugak kali pertama aku naik Malaysia Airlines berbanding Oktober dan Disember lepas ke Munich dengan menaiki Emirates.

Mula - mula macam tak boleh bayangkan, betul ke aku nak naik penerbangan terus atau direct flight dari KL ke Frankfurt ni? 12 jam masa perjalanan tu. Dah la kena duduk dalam perut kapal terbang selama 12 jam, tergantung diatas awangan, dan yang paling "seriau" adalah perjalanan tu lama, risikoo!!

Tapi, atas niat nak mencuba sebab dah 2 kali aku ke Europe dengan Emirates yang perlukan berjam - jam masa transit, aku nak ke Germany cepat sebab aku tak ada masa lagi selain hanya seminggu. Perancangan dah buat, so dalam plan aku, aku dan kawan akan sampai di bumi Jerman pada pagi Sabtu. So, kalau sampai sana hari Sabtu mesti la ada masa untuk jalan - jalan masa sampai tu dan hari Ahad.

 

0 Komen:

Post a Comment