Friday, July 18, 2014

Tragedi pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur 17 Julai 2014

Salam,

Belum pudar lagi dari ingatan rakyat akan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014, tragedi malang melanda penerbangan Malaysia kerana kehilangan pesawat MH17 yang baru sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam pada 17hb Julai 2014 (semalam).

Secara peribadi, aku mula tahu akan tragedi berkenaan apabila mula menyelusuri garis masa di Twitter, dalam fikiran “Apa pula yang jadi kepada pesawat MAS?” dan berharap keajaiban berlaku. Manalah nak tahu, tiba - tiba mereka dapat cari semula pesawat MH370 yang hilang tersebut.

Menurut berita AstroAwani501, pesawat malang MH17 dipercayai ditembak oleh militan di Ukraine, dan terhempas disempadan Ukraine-Rusia. Pesawat malang tersebut membawa 298 orang (termasuk 15 anak kapal dan 3 kanak - kanak) dipercayai kesemuanya maut dalam insiden yang amat menyedihkan berkenaan.

Masa aku tulis entry ni, tak ada pihak yang bertanggungjawab atas serangan keatas pesawat komersial Malaysia Airlines MH17. Tunggu dan lihat…

Berikut merupakan kenyataan media dari @Mas

The B777-200 aircraft bearing registration no. 9M-MRD that operated MH17 on 17 July, 2014 had a clean maintenance record. The aircraft’s last maintenance check was on 11 July 2014. The next check was due on 27 Aug 2014. The maintenance was conducted at Malaysia Airlines’ hangar at KLIA. The aircraft had a clean bill of health.
The aircraft was manufactured in July 1997, and so had 17 years in service.
The aircraft had recorded 75322 hours with a total of 11434 cycles.
All communication system on the aircraft were functioning normally.
The B777-200 uses the Rolls-Royce Trent-800 engine and has a 282 seat capacity.

Luthfi
Jumaat, 18.07.2014

Tragedi pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur 17 Julai 2014

Salam,

Belum pudar lagi dari ingatan rakyat akan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014, tragedi malang melanda penerbangan Malaysia kerana kehilangan pesawat MH17 yang baru sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam pada 17hb Julai 2014 (semalam).

Monday, July 14, 2014

Wednesday, July 09, 2014

Pengalaman berpuasa di luar Malaysia!

Salam,

Tahun lepas, aku diberi kesempatan untuk berpuasa diluar negara. Untuk pertama kali, aku keluar dari Malaysia di bulan Ramadan yang mana kebanyakkan daripada kita menyambutnya dengan kawan dan keluarga. Aku berlepas ke Italy pada tanggal 30hb Jun 2013 dan mula berpuasa seminggu selepas itu.

Rupanya, perasaan berpuasa di luar dari Malaysia tak seindah khabar.