Salam,
Rupanya, perasaan berpuasa di luar dari Malaysia tak seindah khabar.
saya bagi amaran tegas. barang siapa yang tag gambar makanan kat saya, saya akan block di twitter, facebook, instagram n even in my phone!!
— Luthfi (@LuthfiMY) July 8, 2013
Perbezaan waktu
Kita sudah biasa dengan sahur pada jam 530 pagi, dan berbuka puasa pada jam 730 petang. Tapi, apa yang aku alami disini merupakan puasa yang luar biasa bagi diri aku sendiri!
Berpuasa pada musim panas (summer) merupakan tempoh puasa yang paling mencabar kerana matahari terbit pada awal pagi seawal jam 4 pagi dan matahari terbenam pada hampir jam 10 malam!
Aku kena bangun seawal jam 2 pagi untuk bersahur, dan lepas tu kena tidur balik untuk bangun pergi kerja pada jam 8 pagi. Lepas balik kerja, 530 petang ada lebih kurang 4 jam untuk berbuka puasa. Nak buat apa!?
Berpuasa di musim panas sangat panjang dan lama, lebih dari 20 jam! Dah la dekat sini Ramadan macam bulan biasa, hari hari biasa dan tak nampak langsung dimata masyarakat tempatan. Kalau ada pun, seorang dua perempuan muslim yang lalu lalang di hadapan kedai pada waktu hampir buka puasa dan tak ada lah benda macam "Bazar Ramadan" ke apa ke. Tak ada!
Keseorangan
Oleh kerana aku dalam misi possible, aku keseorangan dekat bumi Itali dan jugak puasa! Huhu sedih kan?Nak berbuka puasa pun tak ada semangat. Oleh kerana aku dah buat perancangan rapi sebelum berangkat kesini, aku dah bawak hampir kesemua barangan yang perlu especially bahan makan dari Malaysia. Tak lupa jugak induction cooker.
Dekat sini, selalunya aku berbuka puasa dengan masak sendiri. Tu paling sempoi dan boleh masuk tekak. Paling kuat aku beli lauk kat kedai Turki, balik masak nasi sendiri.
Selain dari tu, bila dah tak larat nak masak dan boring sangat, aku pergi cari kedai kebab yang aku tak pernah pergi lagi. Fuh… Tu ekspidisi mencari makanan berbuka puasa.
![]() |
Nasi, lauk daging dan air kosong untuk berbuka |
Errr, macam mana sembahyang tarawikh?
Hmmm, sukar aku nak cakap pasal ni sebab cuba bayangkan. Kalau maghrib masuk pun dah hampir jam 10 malam, Isyak lebih kurang 11 lebih dan Subuh dalam jam 3 pagi memang aku tak ada peluang nak join masyarakat tempatan tunaikan solat sunat tarawikh! Lepas je berbuka terus tidur untuk bangun awal pagi esok. Fuhhhh..
Masak
Oleh kerana aku keseorangan dan tak familiar dengan keadaan sekeliling, aku memang dah bawak siap siap semua bahan untuk masak. Sebelum fly lagi mak dah pesan untuk beli benda masak, nanti nak sahur dan berbuka senang. Aku pun tak nak cakap banyak, terus beli sahaja.Untuk rekod, aku purposely beli induction cooker untuk bawa ke Itali. Ala, untuk masak je. Bukan nak masak hebat hebat. Hanya masak masakan yang biasa je. Hehehe
![]() |
Induction cooker saya tengah beraksi bersama sama mee megi |
Oleh kerana aku ada banyak masa yang diluangkan sambil tunggu waktu berbuka puasa, aku suka betul jalan - jalan cari makan dan tengok keadaan sekeliling. Maklumlahkan, first time sampai Itali. Dah la seorang je kat sini, lepastu puasa pulak, nak buat apa pun tak boleh. Haha
![]() |
Sosej ayam Tunisia yang aku sangat suka! Sedap wei! |
![]() |
Pizza halal yang sama sangat macam pizza asal Itali |
![]() |
Permandangan langit maghrib masa otw balik ke hotel |
![]() |
Otw balik nak berbuka puasa, masa ni dari Brescia ke Caravaggio |
![]() |
Memandu di bandar Brescia dan terserempak dengan sebuah kedai runcit yang ada perkataan "halal". Apa lagi terus turun dan tengok lah |
![]() |
Ramadan ke 3 : Lepas je jalan - jalan cari makan, aku mencari Doener Kebab untuk berbuka puasa yang mana sedap untuk dimakan! |
![]() |
Lepas je bagitau aku nak makan untuk berbuka, dia siap bagi lagi buah buahan free. kurma aku beli di kedai bangla 1 EUR. Oklah, ada benda makan free disamping makan kebab! |
![]() |
LePiramidi, terletak di pekan Treviglio. Aku jumpak kedai ni masa ronda-ronda tengah cari makanan halal |
![]() |
Beli ayam setengah baharian di Le Piramidi 3.5€ je. Alhamdulillah, dapat bekalan ayam yang halal dan murah |
![]() |
Lepak lepas kerja di bandar Bergamo Citta Alta yang terletak di atas bukit banjaran Bergamo |
[…] Dah la aku fly ke sana lagi 2 minggu nak puasa. So, memang la mencabar bila aku siap beli barang makan untuk dimasak ketika bulan puasa. Tak mau tulis banyak – banyak, baca entry ni. […]
ReplyDelete