Tuesday, October 28, 2014

Jalan - jalan bulan Oktober


Salam,

Kali ni aku nak kongsi perjalanan aku ke Pantai Timur. Erm, buat tahun ni dah 3x aku ke Terengganu. Almaklumlah, Mek orang sana. So, kali ni aku ke sana sebab undangan perkahwinan sepupu dia di Hulu Terengganu. 

Aku mulakan perjalanan ke Terengganu pada jam 11:30 malam melalui jalan Gerik - Jeli. Badan ada sikit letih la bhai, sebab aku kerja siang tu. Ini kali pertama aku drive pada waktu malam guna jalan tu. Selalunya guna jalan tu masa petang ataupun tengah hari. 

Perjalanan aku dari rumah ke Gerik, memakan masa lebih kurang sejam lebih. Sebelum tu berhenti isi minyak di Kulim. Aku isi minyak RM83 penuh bagi Alza aku minum. Setibanya aku di Gerik dah jam 1,  berhenti sekejap makan malam dan rehat sekejap. Yelahkan, kalau tak berhenti kat situ, mana lagi nak cari tandas ataupun gerai makan di tengah banjaran hutan?




0 Komen:

Post a Comment