Salam,
Aku rasa, kebanyakkan pengguna Facebook yang "like" laman FB Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tahu akan pengumuman jabatan itu tentang operasi yang diadakan pada bulan Oktober 2014 dan perlaksanaan undang undang pada bulan November 2014 kelak :
Bagi pengguna jalanraya di Malaysia, JPJ akan menguatkuasakan undang undang kesalahan memasang cermin gelap pada kenderaan dan juga aksesori lain berbentuk lampu tambahan "stobe light" atau lampu LED.
Untuk bulan Oktober sahaja, JPJ akan menjalankan operasi mendidik pengguna jalanraya akan spesifikasi cermin gelap baharu dan kesalah dalam penggunaan stobe light.
Berikut merupakan spesifikasi terbaharu penggunaan cermin gelap kenderaan di Malaysia
Bagi pendapat aku, spesifikasi cermin gelap baharu ini amatlah bersesuaian berbanding undang undang lama pemakaian cermin gelap bagi cermin sisi daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala cermin hadapan daripada hanya 50 kepada 70 peratus!
Walaupun undang undang baharu ni tak sehebat spesifikasi cermin gelap negara jiran yang mungkin "lebih mesra rakyat" dan "lebih sesuai dengan iklim panas" tapi aku tabik kepada keseriusan JPJ sebab update undang undang lapuk mengikut kesesuaian zaman.
Lagipun, bagi pendapat aku rakyat Malaysia dah makin melampau kerana menggunakan cermin gelap yang tak memenuhi piawaian JPJ. Memanglah banyak kedai yang jual cermin gelap yang tak lulus JPJ, tapi sebagai pengguna kita kan boleh memilih untuk "beli" atau "tidak beli". Kuasa ditangan anda.
Berkaitan dengan strobe light, aku memang setuju 100% tindakan menyaman pengguna yang memasang lampu ni sebab mereka pun dah melampau. Tak boleh beza antara Kereta dengan Tapak Pesta Pulau Pinang.
Selain dari tu, aku harap JPJ terus tegas dalam mengambil tindakan atas pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran yang tak mengikut undang undang yang ada.
Rata rata pengguna jalanraya menyalahkan JPJ sambil menyatakan nombor pendaftaran bukannya penyumbang kepada peningkatan kemalangan jalanraya kerana JPJ mengambil tindakan saman kepada pemilik kenderaan yang gagal memenuhi spesifikasi.
Bagi aku, kita ada undang undang. So ikut saja lah.
Luthfi,
12 Oktober 2014
0 Komen:
Post a Comment