Sekarang ni dah jadi satu keperluan untuk semua orang untuk memiliki gajet pintar didalam poket. Harga sebuah teknologi yang ada didalam poket makin lama makin murah, sesuai dengan bajet masing masing. Bukannya didalam poket sahaja, lambakan pelbagai jenis tablet dari semurah murah jenama dan semahal mahal yang anda mampu. Tak ada masalah, janji ada wangnya.
Bila cakap pasal mampu, semua orang dah ada smartphone. Tak ada lagi telefon 3310 ataupun Nokia Torchlight yang jadi idaman setiap remaja pada tahun awal 2000. Jauh sekali teknologi yang telah ketinggalan zaman seperti Nokia "sabun", Nokia "sembilu" dan macam macam lagi. Sekarang ni nak cakap pasal telefon, bagitahu saja bajet berapa. Mereka akan tunjukkan kepada kita macam mana rupa dan gaya.
Oleh kerana setiap orang mampu memiliki gajet pintar bersama sama, semua informasi yang dipinta pasti akan berjaya. Sejauh mana pun kita berada pasti bukan alasannya, tiada sempadan janji kena ada sambungan Internet. Lambakan pelbagai aplikasi yang semestinya percuma boleh buat rambang mata dibuatnya. Tak tahu nak pilih mana satu, tapi yang trending dan popular akan tetap berada didalam senarai 10 aplikasi wajib untuk dipasang.
Hubungan makin erat
Bercinta pada masa dulu (dalam awal tahun 2000) memerlukan bajet yang tinggi. Untuk komunikasi saja pun kosnya tinggi sebab hanya guna SMS yang berharga 20sen per SMS.Sekarang? Tidak lagi, dengan langganan internet semurah RM10/seminggu atau RM18 sebulan dah boleh berbalasan mesej tanpa jemu.
Yang jauh rasa dekat, yang dekat makin rapat. Kita mudah mendekati satu sama lain. Kita mudah berhubung tanpa rasa terhalang. Indah kan?
Bila dekat rasa jauh
Sekarang ni hampa semua ada rasa macam tu tak? Bila berjauhan, bukan main lagi minta untuk berjumpa. Minta untuk bertentang mata dan bersua muka. Bila jumpa je, masing masing senyap. Tak gunakan masa dan kesempatan yang ada untuk betul betul bersemuka. Kalau berjumpa tapi telefon tak lekang dari tangan. Sentiasa ada bersama. Mulut saja bercakap tapi mata di kaca telefon.
Aku pun tak faham kenapa situasi ni berlaku dan makin meruncing. Bila kata, mereka salahkan perkataan "generasi". Masa kita dulu dulu tak macam ni, zaman ni zaman depa. Macam ni la gaya depa bersosial dan bersama sama? Macam inikah dikatakan manusia?
Kembali ke lumrah manusia sebenar
Aku rindu zaman kita manusia yang sebenarnya. Yelah, kita tak ada satu alat penghubung pun yang menghubungkan sesama kita sedekat sekarang. Bila kita dah mudah untuk didekati dan dihubungi, nilai perhubungan itu dianggap remeh dan kadangkala disia siakan.
Teringat pada masa dulu, kita gigih untuk berhubung. Guna apa cara sekalipun, lambat tak jadi masalah tapi nilai "pesanan" atau mesej sangat penting. Kita gigih ke pondok telefon untuk bertanya khabar, dengar suara dan ghairah untuk bersama didepan mata.
Masih belum terlambat untuk mengubah gaya hidup kita. Target tahun 2015 untuk kurangkan masa dilaman sosial, bersama dengan telefon bimbit dan nak luangkan masa bersama teman dan keluarga didepan mata.
Bila keseorangan tak kisah, boleh gunakan teknologi yang ada untuk buang rasa "kosong" dan "sunyi" untuk mencari teman. Tapi kena lah hargai bila ada didepan mata.
Ikhlas,
Luthfi
17 Disember 2014
7:24 pagi
0 Komen:
Post a Comment