Friday, December 19, 2014

Ushar Wayang : The Hobbit - The Battle of the Five Armies

Salam,

Semalam aku berkesempatan untuk menonton wayang, sudah sekian lama tak tengok wayang dan filem yang aku pilih adalah The Hobbit - The Battle of the Five Armies.


Bagi mereka yang telah mengikuti jalan cerita The Hobbit sebelum ini, mesti peminat dan pengikut movie The Hobbit menanti nanti sambungan cerita The Hobbit - The Desolation of Smaug yang telah ditayangkan pada tahun lepas.

Yang paling best, aku tengok filem kegemaran aku ni dalam versi 3D. So, memang gempak habis lah bila tengok filem ni!!

Sedikit sipnosis tentang filem The Hobbit - The Battle of the Five Armies :

Pada episod yang lepas, rombongan Kaum Kerdil yang diketuai oleh Thorin Oakenshield telah berjaya memasuki kawasan gunung bernama Lonely Mountain yang selama ini dikawal oleh seekor naga berapi yang bernama Smaug.
Kemudian, si pencuri Bilbo Baggins telah memainkan peranan beliau untuk mencuri Arkenstone dari Smaug dan berjaya mendapatkan batu tersebut. Ekoran insiden tersebut, naga Smaug telah menyerang pekan yang berdekatan iaitu Lake-Town. Habis kesemua bandar Lake-Town telah terbakar akibat serangan daripada naga Smaug.
Ketika Smaug tengah rancak menyembur api kearah Lake-Town, Bard the Bowman si pemanah telah berjaya membunuh naga Smaug dengan bantuan anaknya Bain dengan menggunakan panah hitam Black arrow tepat ke arah hati Smaug. Panah biasa tidak dapat menembusi badan Smaug yang sangat keras tu.
Lepas Bard membunuh Smaug, cerita akan kematian naga Smaug telah tersebar kemerata tempat dengan pantasnya lalu, menarik perhatian pelbagai pihak untuk menawan Lonely Mountain termasuk penduduk Lake-Town yang diketuai oleh Bard. Oleh kerana Thorin sudah pun berjanji untuk memberikan harta karun yang dikawal oleh naga Smaug apabila Bard berjaya membunuhnya, Bard dan orangnya terus menuju ke Lonely Mountain untuk menuntut janji Thorin.
Sebaliknya, Thorin yang telah berjaya memasuki dan mengawal semua harta yang berada dibawah Lonely Mountain bertukar menjadi seorang yang tamak dan terdesak. Sikapnya telah berubah menjadi kejam dan tak menunaikan janjinya akibat “rasukan Smaug”. Sebelum ini, dinasti Ayahnya dan Datuknya telah pun jatuh akibat ketamakkan dalam mengumpul kekayaan.

Okey, aku rasa dah banyak sangat menulis ni. Baik hampa tengok sendiri trailer dia yang sangat menarik dibawah. Nak tahu lebih lanjut, baik ke panggung wayang berdekatan!


Luthfi9:15 pagi19 Disember 2014

0 Komen:

Post a Comment