Saturday, January 03, 2015

Selamat Tahun Baharu 2015!

Salam,

Cepat betul 2014 meninggalkan kita. 12 bulan umpama setengah tahun rasanya. Kecepatan masa berlalu mempunyai dua makna, iaitu anda terlalu sibuk ataupun anda terlalu leka membuang masa. Tapi bagi aku, 2014 berlalu sangat pantas kerana kesibukan yang aku lalui sekarang ini.

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada teknologi kerana membolehkan aku merekodkan segala yang berlaku pada tahun 2014. Baik, buruk, pahit dan manis yang dilalui sepanjang tahun 2014 aku hadapi boleh diulang dan direnung kembali untuk dijadikan iktibar dan panduan untuk tahun 2015.

Ringkas saja nukilan aku pada entry ini, harapan aku untuk tahun 2015 yang telah melangkah masuk genap 3 hari untuk hari ini agar segala silap dan salah yang aku lalui pada 2014 tidak berulang kembali. Selain itu, harap aku matang, sabar dan tabah melalui tahun yang boleh dikatakan sibuk juga bagi aku.

Harap segala perancangan yang diatur pada tahun 2015 diredhai dan berlangsung dengan jayanya. Ditahun baharu ini, doakan segalanya yang terbaik dari segi kesihatan diri, tersayang dan keluarga, baik rakan rakan. Tak lupa juga kelancaran kerja serta dibukakan pintu rezeki seluas - luasnya!

Azam tahun baharu? Biarlah aku sahaja yang tahu :)

Salam Tahun Baharu 2015

Ikhlas,
Luthfi

Guar Perahu, Pulau Pinang
3 Januari 2015
12:00

0 Comentarios:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Comments

Recent

Bottom Ad [Post Page]

Contact Form

Name

Email *

Message *

Labels

Full width home advertisement

Keep Traveling

Featured Grid Widget

Travel everywhere!

Author Description

Hey there, We are Blossom Themes! We are trying to provide you the new way to look and use the blogger templates. Our designers are working hard and pushing the boundaries of possibilities to widen the horizon of the regular templates and provide high quality blogger templates to all hardworking bloggers!

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi

Advertisement

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

Post Page Advertisement [Top]

Advertisement

Follow Me On Instagram