Tuesday, February 24, 2015

Setengah hari di bandar cinta Verona, Itali

Assalamualaikum
Baru baru ni aku berpeluang untuk melawat bandar Verona yang terletak di utara semenanjung Itali, lebih kurang 3 jam perjalanan dari Milan dan 45min dari bandar Venice.






Bandar Verona merupakan bandar ikon cinta selepas Venice, yang disebut sebagai bandar yang harus dilawati bagi pasangan yang berbulan madu. Bagi aku, setelah melawat kedua dua tempat “romantik” di eropah ni, aku lebih suka Verona kerana dua sebab.





Apa benda dua sebab tu?


Pertama : Verona mempunyai banyak bangunan lama dan senibina bandar seolah olah Venice (kerana Verona dikuasai oleh kerajaan Venice satu masa dahulu) dan Verona tak ada banyak air serta jambatan yang menyerabutkan macam Venice. Kat sini yang aku paling suka adalah Arena di Verona.

Sebuah stadium lama sejak zaman Roman lagi seolah olah Colleseum di Rom!

Harga asal tiket untuk masuk kedalam Arena di Verona ni ialah 10€ tapi masa kami datang sini semua muzium dan tempat pelancongan dikenakan sebanyak 1€ sahaja!! Dah jimat 9€ tu!

Aku tak lepaskan peluang untuk ronda sepuas-puasnya dalam stadium roman tu! Walaupun hujan renyai renyai, aku tetap berjaya melihat 360 darjah kawasan ni. Sungguh cantik.

[caption id="" align="aligncenter" width="640"] Berdiri berlatarbelakangkan Arena di Verona[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="640"] Menunjuk sikit tiket masuk Teatro Romano atau Arena di Verona nih![/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="640"] Yaaaaaaaaaaaaaaa saya sudah sampai![/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="640"] Duduk kejap kat tempat duduk batu yang diperbuat daripada blok marmar yang besar dan sejuk[/caption]

Sebab kedua aku suka bandar Verona ni ialah kepopularitiannya sebagai bandar romantik lagenda Romeo dan Juliet. Sebab keromantikan depa dua tu aku rasa banyak couple yang duduk kat sini dan dating. Perasaanya rasa macam kat Paris haritu. Menarik.

[caption id="" align="aligncenter" width="640"] Inilah Beranda Rumah Juliet yang popular tu. Ntah apa yang ada kat beranda ni sampai ramai sangat dok kerumun![/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="640"] Pelancong yang datang berpusu – pusu. Terpaksa berhimpit – himpit dengan depa. kat ruangan ni semua pakat nak tulis wish dan macam - macam lagi lah[/caption]

Punyalah banyak orang yang berpusu pusu nak masu kedalam Muzium rumah si Juliet tu. Bagi aku tak payahla nak masuk dengan keadaan yang bersesak, ambik gambar sekeping dua sudah cukup sebagai ingatan dan tanda aku dah mai sini.

Masa kami jalan balik ke tempat letak kereta, adalah ambik beberapa gambar disekitar Verona Centro


[caption id="" align="aligncenter" width="640"] Market di tengah Verona Centro[/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="640"] Di pintu masuk kota Verona yang masih kukuh[/caption]


Kat sini terletaknya kubur Juliet, pelbagai arca zaman roman dan hiasan dalam rumah Juliet yang dipindahkan kesini. Tak sia sia mai sebab tiket pun 1€ juga.

Walaupun trip kali ni sangat singkat, aku puas hati sebab dapat juga kesini. Alhamdulillah, rezeki dan dapat tambah pengalaman jalan jalan di bumi Itali.

Sehingga berjumpa lagi ..

Luthfi
24.02.2015
1:30 PM

0 Komen:

Post a Comment