GST : Apa Luthfi kata?
Salam,
Topik GST merupakan satu topik yang agak panas yang menjadi satu topik bualan rakyat Malaysia untuk beberapa minggu ni. Mana tidak, semua benda yang berkaitan dengan duit dan bayaran lebih mesti akan jadi rungutan semua pihak termasuk diri aku sendiri.
GST bermaksud Goverment Service Tax yang akan dijalankan pada 1 hb April 2015, akan dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan tertentu sebanyak 6%. Kerajaan kata dengan GST ni akan menurunkan harga barang dan perkidmatan yang selama ni dikenakan cas sebanyak 11%.
Untuk kerajaan, GST ni bagus sebab boleh trace segala pendapatan peniaga dan juga boleh ambil balik semua cukai yang sepatutnya hak kerajaan.
Tak faham
Bagi pendapat aku, bukan semua orang paham 100% akan konsep GST.
Apa yang aku paham, pengeluar kena bayar 6%, pemborong 6% dan peniaga 6% kemudian pengguna pun kena bayar harga termasuk cukai 6%. Tapi, pengeluar, pemborong dan peniaga boleh ambil balik duit 6% tu daripada kerajaan. Pengguna? Yilekkkk, tak boleh nak claim.
Bila tak faham, tak ada ilmu mula lah nak marah itu ini salah itu ini padahal dia tak faham konsep GST tu yang sebenarnya. Bagi aku, sampai sekarang ni kempen GST oleh kerajaan tak begitu efektif dan tak sampai kepada masyarakat. Sepatutnya, media kerajaan ni kena agresif sampaikan maklumat. Buat masa ni tak berjaya.
Ambil kesempatan
Semua angka dan claim oleh pihak kerajaan tidak dipercayai oleh rakyat terutamanya pengguna. Bagi aku, GST lebih disukai oleh para pemborong dan peniaga. Sebab? Haaaa, masa ni la ramai diantara mereka boleh ambil kesempatan untuk menaikkan harga barang disebabkan GST.
Baru ni aku ke kedai emas, saja lah sembang dengan peniaga emas tu. Dia cakap, lepas GST dilaksanakan, harga upah akan naik RM100 manakala harga emas akan naik 6%. So, selain daripada naik 6%, dia kena naikkan lagi harga upah RM100. Bermakna, RM100 + 6% dah berapa banyak harga tu naik.
Nampak sangat peniaga saja nak naikkan naikkan harga untuk mendapatkan untung lebih.
Mau tak mau terpaksa
Sebagai seorang rakyat Malaysia, mau ke tak mau terpaksa juga setuju dengan GST ni. Baik untuk masa depan negara tapi kerajaan kena telus untuk sampaikan maklumat kepada rakyat kemana semua duit cukai ni digunakan.
Aku harap selain ada sistem yang bagus, kerajaan kena jalankan perlaksanaan undang undang dengan lebih baik. Pengalaman aku dinegara luar terutamanya di eropah, IVA (di Itali) dan VAT (di Jerman) lebih tinggi berbanding di negara kita.
Kalau kat Jerman walaupun dah ada VAT harga barangan depa jauh lebih murah. Aku harap satu hari nanti kita pun boleh jadi macam tu...
Luthfi
26 hb Mac 2015
14:00
0 Komen:
Post a Comment