Friday, March 13, 2015

Proses dan Prosedur Perkahwinan di negeri Pulau Pinang


Salam,

Aku nak kongsi beberapa proses dan prosedur untuk berkahwin di negeri Pulau Pinang. Peraturan ni mungkin berlainan daripada negeri lain (bergantung kepada Majlis Agama Islam Negeri) masing masing.

Apa yang aku nak kongsi kat sini berkaitan dengan prosedur yang aku telah baca di laman blog kawan aku, si @Speedrider lebih kurang 2-3 tahun yang lepas. Dah la dia tulis macam mana prosedur nak kahwin tu, aku siap komen lagi tapi dia tak jemput pun aku pergi kenduri rumah dia. Takpa, takpa.

Kali ni giliran aku nak share pulak apa yang aku lalui sepanjang permohonan nak kahwin ni.

Urusan dia macam ni :


1) Ambil borang di Pejabat Agama 

Oleh kerana aku tinggal di Seberang Perai Tengah, apa apa urusan perkahwinan kena rujuk ke Pejabat Agama Bukit Mertajam (sebelah The Summit BM). Dekat borang tu ada cop diambil dari pejabat agama mana. So, aku sarankan lebih baik ke pejabat tempat hampa tu. Lagi senang. Apa apa semua boleh tanya kat sana.

Borang untuk berkahwin adalah percuma.

2) Lengkapkan Borang Permohonan untuk berkahwin

Borang untuk kahwin Lelaki dan Perempuan berbeza ok. Oleh kerana aku lelaki, dekat borang permohonan kahwin tu ada pengistiharan status diri sama ada bujang, beristeri, duda dan sebagainya. Kat situ sangat penting untuk menentukan aku betul betul tak berkahwin, dan perlu pengesahan dua orang saksi.

Bagi borang untuk berkahwin di Pulau Pinang, kena betul betul penduduk negeri ni ataupun pengesahan daripada qariah jika tinggal lebih dari 3 bulan. Untuk aku, memang ada alamat Pulau Pinang di kad pengenalan senang saja lah. Aku hanya perlu dua orang saksi untuk mengesahkan permohonan kahwin aku.

Oleh kerana aku ada cable besaq punya, aku dapatkan sokongan daripada Bilal dan Imam masjid di qariah tempat tinggal aku. Senang. Cepat. Mudah. Kalau hampa tak pernah nak pergi masjid ke apa ke, baik gunakan khidmat orang tua (bapa) sebab kita kan orang muda yang tak dok kat rumah, selalu merantau untuk mencari rezeki. Kan kan?

Lepas siap isi tu, kena lampiran beberapa dokumen yang diperlukan seperti :

  1. Kad pengenalan lelaki dan perempuan
  2. Sijil Kursus kahwin
  3. Keputusan Ujian HIV 
Untuk makluman, semua salinan diatas perlu pengesahan daripada orang yang berkelayakkan ya. Jangan pergi bawa salinan saja tanpa pengesahan. Nanti kena tolak pula permohonan kahwin tu. Bagi pemohon perempuan ada beberapa lagi dokumen yang perlu dibawa.

3) Temuduga Perkahwinan

Lepas siap, bawa je borang yang lengkap bersama salinan dan yang asal ke Pejabat Agama. Bayar RM5.00 untuk yuran pemprosesan (mungkin?) dan lepas bayar anda kena pi temuduga dengan Penolong Pendaftar.

Bab ni la orang laki paling takut. Yela, takut kantoi. Kih kih kih, alhamdulillah temuduga kahwin aku sangat sangat lancar dan cepat. Aku tunggu puya lama tapi temuduga sat ja. Nak tahu apa dia soalan yang akan ditanya? Klik sini.

Dengan pantas je Penolong Pendaftar tu ambil borang aku, cop dan sign. "LULUS TEMUDUGA & DISOKONG". Senyum lebar je aku turun kebawah jumpa kerani tu.

4) Ambil borang / surat kebenaran kahwin

Lepas je habis temuduga, bagi balik borang tadi dengan pengesahan daripada Penolong Pendaftar ke kaunter. Depa akan bagi tarikh bila surat kebenaran kahwin tu. Ingat, di Pejabat Agama Bukit Mertajam depa perlu 7 hari waktu bekerja untuk dapat borang dan surat kebenaran kahwin tu. Tempat lain aku tak tahu.

Untuk aku, bagi orang lelaki kena  bawa borang ni ke Pejabat Agama tempat si pengantin perempuan pula. Hmmm, macam aku kena bawa balik ke Terengganulah.

Kesimpulan :

Bagi pendapat aku, segala prosedur dan proses perkahwinan bagi orang Islam ni wajar dipermudahkan tapi jangan skip apa yang telah pun ditetapkan. Proses bagi belah pihak lelaki ni ambil masa yang banyak. Sebab tu lah aku nak cadang dan nasihatkan kat kawan kawan yang nak kahwin tu (terutamanya lelaki) kena sedia mental dan fizikal.

Kena rancang segala cuti dan persiapan untuk permohonan ni. Bagi aku, masalah masa je bagi semua prosedur ni sebab dari satu proses ke proses yang lain tu ambil masa dan tekanan. Ujian HIV tu kena buat awal, kalau boleh elakkan last minit walaupun pejabat agama boleh submit seminggu sebelum menikah.

Okey, ni saja yang aku nak kongsi pengalaman permohonan kahwin untuk kali pertama ni. Opssss!

Ikhlas,
Luthfi

13 Mac 2015
11:54 pagi

0 Komen:

Post a Comment