Thursday, April 23, 2015

Hilangnya semangat untuk berblogging

Salam,

Sebelum hadirnya media sosial yang pantas dan berpengaruh, blog merupakan salah satu medium untuk berinteraksi antara satu sama lain, menyampaikan maklumat dan juga berkarya. Ada banyak benda yang boleh dilakukan di platform blog yang mana sangat menarik tapi, momentum blogging dah makin lama makin berkurangan (ke aku je yang rasa macam tu?)

Dengan adanya platform yang mudah, pantas dan ringkas seperti Facebook, Twitter? dan juga Instagram untuk dua tiga tahun kebelakangan ni, aku rasa fokus aku pada blog sangat merudum, buktinya boleh lihat dengan ketara bilangan posting yang aku tulis berbanding hampir lima tahun lepas, rindu berblogging dan kembalinya aku ke platform blogger ber-domain-kan Luthfi.MY.

Aku nak senaraikan punca kenapa aku tak boleh nak berblogging!

1. Faktor masa

Sebenarnya, faktor masa tak boleh dikatakan punca aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Kalau nak dibandingkan dengan masa student dulu, masa tengah bekerja ni aku ada banyak masa free yang mana aku tak perlu nak struggle untuk belajar dan fokus pada perkara yang penting.

Kalau nak kata aku sibuk sangat masa kerja, tak sangat sebab dalam masa yang sama aku boleh je update Instagram, Facebook dan kadang kala tweet kat Twitter. So, alasan "sibuk" tu bukan jadi penghalang. Mau dengan tak mau je.

2. Tak ada internet dan tak ada komputer

Alasan ni memang sangat tak boleh pakai. Lima tahun lepas, aku sanggup beli pass internet RM3 untuk setengah hari, aku sanggup pergi ke cyber cafe untuk berkarya di blog tapi kenapa bila aku dah ada segalanya masih tak boleh nak update blog?

So far, dua je alasan yang aku boleh senaraikan kat sini kenapa aku tak boleh nak berblogging macam dulu. Apa pun, satu perkara yang utama ialah "mau atau tak mau" itu je. Kalau mau, semua benda boleh buat walau sesukar mana sekalipun.

Aku kena ubah mentaliti, kurangkan buang masa di Instagram dan curahkan semua idea tu dalam bentuk penulisan yang lebih bagus. Dalam masa yang sama, aku nak optimize interface blog aku ni untuk jadi lebih menarik, seperti yang aku buat lima tahun lepas.

Bukan susah mana pun nak berblogging. Mau atau tidak.

Luthfi
2015-04-23
18:00

1 comment:

  1. selamat kembali la.. dulu hang rajin singgah blog aku...
    jadi aku pun samakan

    ReplyDelete