Monday, January 04, 2016

Selamat Tahun Baharu 2016!


365 hari untuk tahun 2015 dah berlalu pergi dengan jayanya. Masih rindukan tahun 2015? Ya, sedar tak sedar tahun 2015 dah berlalu pergi. Aku rasa macam baru je mula tahun 2015 (cehhhh cover macam ayat tahun - tahun yang lepas).

365 hari bukannya hari yang singkat, ia penuh dengan pelbagai pengisian dan makna. Apa detik terindah dan tak indah pada tahun 2015 yang boleh dikongsi bersama? Aku akan tulis entri yang seterusnya tentang perjalanan tahun 2015. Tunggu ya.

Sambutan tahun baharu

Tahun ni, 2016 meraikan detik masuknya tahun baharu dan penukaran angka dari "lima" ke "enam" hanya di rumah bersama isteri. Masa yang ada kami manfaatkan untuk tengok movie sampai pukul dua - tiga pagi. Rasanya, tak ada pun keperluan nak keluar semata- mata nak tengok bunga api dan bersorak ramai ramai tapi kena harung orang ramai, kesesakan lalulintas yang maha-sesak dan juga peningkatan harga barangan yang dijual disana (contoh air mineral kecil RM2.00, kacang satu pek RM2.00 dan lain lain)

Tahun untuk berubah


Setiap tahun, umur makin meningkat. Rasanya tak perlu nak bergantung kepada aktiviti yang tak releven. Semua orang tahu yang tahun 2016 merupakan tahun yang mencabar. Kebarangkalian tinggi krisis ekonomi global, penurunan harga minyak, peningkatan harga barangan dan juga kenaikkan kos sara hidup akan terus mencengkam kita. Rasanya, molek kalau kita tenung dan imbau kembali apa yang kita lalui selama tahun 2015 dan boleh rancang tahun 2016 untuk kesejahteraan bersama.






Selamat Tahun Baharu Masihi 2016!

0 Komen:

Post a Comment