Tuesday, March 29, 2016

Gempar! Kecoh dilaman sosial gaduh pasal hantaran perkahwinan!


Aku nak refer ke muka depan laman KOSMO bertarikh semalam, 28 Mac 2016.

Kesian kat keluarga kedua dua belah pihak, kesian sebab tak mampu nak jaga emosi dan kesan dari tak sabar, jadi la semua ni. Kan baik duduk berbincang.Islam kan agama yang mudah.
Posted by Luthfi.MY on Sunday, March 27, 2016
Malu!

Itu je perkataan yang tepat untuk dituju kepada insiden yang terjadi disebuah majlis perkahwinan yang betempat di sebuah masjid di Kuala Lumpur. Apa boleh buat, benda dah jadi. Dah malu satu Malaysia, tak tau nak buat macam mana. Yang paling kesian adalah si keluarga dan specifically dekat si pengantin. 

Biasalah, kalau ada perkara yang kedeba bom kat laman sosial ni, semua pakat nak jadi jaguh dan hero. Semua pakat nak kongsi cerita yang terbaru dan tak mau kalah untuk jadi yang pertama dalam berkongsi isu semasa.



Aku dah tulis pasal laman sosial ni sejak tahun 2009 lagi, tapi masa tu banyak cenderung kepada perkongsian peribadi macam gambar aksi itu dan ini. Tahun 2016, bila masing masing dah mula mampu untuk ada capaian internet pada masa ni la jadi pelbagai perkongsian yang berfaedah dan tak berfaedah untuk kita semua.

Balik kepada isu pengantin tak jadi kahwin sebab duit hantaran tak cukup, aku cukup salute dekat pengantin lelaki yang berjaya kumpul duit hantaran sebanyak RM10,000 walaupun bekerja hanya sebagai seorang pengawal keselamatan untuk menjadikan buah hatinya yang berumur 21 tahun sebagai isteri.

Orang perempuan harus tahu dan hargai keseriusan seorang lelaki tu nak menikah perempuan yang di sayangi. Bila jadi macam ni, apa boleh buat?





Sebagai orang luar yang tak tahu kepala dan ekor cerita sebenar sebalik semua ni, aku tak tahu nak komen apa. Sebaiknya, berbincanglah untuk kepentingan bersama.

Sebenarnya, bab duit ringgit ni semua boleh dibincang dan diatur, yang penting kesempurnaan perkahwinan untuk memenuhi kehendak Islam dan adat serta material ni boleh tolak tepi. Kita ada cara untuk berbincang. Tak perlu gaduh. Tak perlu kekasaran dan tak perlu tegangkan keadaan.

Bagi aku, duit hantaran ni mungkin penting bagi pihak perempuan. Dengan duit hantaran ni lah depa mungkin nak buat belanja kenduri, persiapan dan macam macam lagi. Bukan senang nak kahwin dan banyak duit yang diperlukan untuk menjayakan majlis yang hanya memakan masa selama sehari. Siapa yang tak nak kenduri kahwin yang sempurna?

Semua yang terlibat dalam insiden tu harus bertanggungjawab, bukan kepada diri depa sendiri tapi imej seorang Muslim dan bangsa Melayu yang tercalar ekoran perbuatan yang tak sabar dan tak boleh dibawa bincang.

Akhir sekali, jauh disudut hati aku nak cakap aku tak tahu perkara yang sebenar dan aku sangat condemn rakan rakan di laman sosial yang terus menerus memviralkan insiden ni. Tolonglah jaga aib orang sama, mana tahu perkara yang sama mungkin terjadi pada diri anda sendiri, keluarga, jiran dan rakan terdekat? Mohon dijauhkan.

Untuk renungan, mai tengok sepotong aksi filem Bujang Lapok :

0 Komen:

Post a Comment