Tuesday, August 09, 2016

Dr. Mahathir masuk IJN

image

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini untuk menerima rawatan kerana masalah jangkitan kuman di dada.



IJN dalam satu kenyataan berkata, Dr. Mahathir, 91, dijangka diletakkan di bawah pemerhatian doktor selama beberapa hari.



“Buat masa sekarang, Tun (Dr. Mahathir) sedang dirawat di Wad Am IJN dan berdasarkan atas nasihat pakar perubatan, hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan melawat beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Dr. Mahathir pernah dimasukkan ke IJN pada 16 November 2013 atas penyakit sama tetapi beliau dibenarkan keluar beberapa hari selepas itu setelah mendapat rawatan.



Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan koronari di Hospital Kuala Lumpur, 27 tahun yang lalu pada 24 Januari 1989 dan pembedahan pintasan koronari susulan pada 4 September 2007 di IJN. - UTUSAN ONLINE

0 Komen:

Post a Comment