Saturday, September 24, 2016

Sudah enam tahun

Cepat betul masa berlalu. Kalau ingat ingat balik, rasa
macam tak percaya yang aku dah kerja dekat sini selama 6 tahun. 6 tahun tu
lama, dari seorang bayi baru lahir sampai dah masuk tadika. Ya, tu la tempoh
aku bekerja dekat sini.

Dalam tempoh 6 tahun dah banyak perkara aku tempuh. Buruk,
baik, suka dan duka dah dilalui.

Sejak kali pertama aku jejakkan kaki kat tempat kerja,
segalanya berubah. Terutamanya diri aku sendiri. Perasaan masuk kerja ditempat yang aku sendiri tak tahu macam mana keadaan dan tak tahu apa yang aku perlu buat. 

Monday, September 05, 2016

Solat asar di Masjid Westermoskee Aya Sofya, Amsterdam

Ahad lepas masa aku ke Amsterdam, aku dan kawan singgah di Masjid Westermoskee Aya Sofya di Piri Reïsplein, Amsterdam. Masjid ni terletak di tebing Sungai Schinkel, terletak di bahagian Chassébuurt in De Baarsjes, Barat Amsterdam. Kami singgah nak mandi dan solat. Nak tau jugak macam mana masjid-masjid di Amsterdam ni.

Menurut Wikipedia, Masjid Westermoskee Aya Sofya ni adalah masjid yang terbesar di Amsterdam dan boleh memuatkan 1,700 jemaah pada satu - satu masa. Woh, memang besaq masjid ni. Rekaan dia macam masjid Aya Sofya di Turki. Masjid ni adalah masjid orang Turki.