Monday, September 05, 2016

Solat asar di Masjid Westermoskee Aya Sofya, Amsterdam

Ahad lepas masa aku ke Amsterdam, aku dan kawan singgah di Masjid Westermoskee Aya Sofya di Piri Reïsplein, Amsterdam. Masjid ni terletak di tebing Sungai Schinkel, terletak di bahagian Chassébuurt in De Baarsjes, Barat Amsterdam. Kami singgah nak mandi dan solat. Nak tau jugak macam mana masjid-masjid di Amsterdam ni.

Menurut Wikipedia, Masjid Westermoskee Aya Sofya ni adalah masjid yang terbesar di Amsterdam dan boleh memuatkan 1,700 jemaah pada satu - satu masa. Woh, memang besaq masjid ni. Rekaan dia macam masjid Aya Sofya di Turki. Masjid ni adalah masjid orang Turki. 

[caption id="attachment_6445" align="aligncenter" width="815"] Keadaan di luar kawasan masjid[/caption]

Masjid ni terletak kat kawasan kediaman. Rumah orang kiri dan kanan kawasan masjid dan depan dia adalah terusan sungai.

Bersihkan diri dan solat

Masuk masjid terus cari toilet. Sebenarnya aku nak mandi. Tapi kat sini tak ada pun bilik mandi. So terpaksa mandi dalam bilik air. Dah la air sejuk gedik! Mandi je la. Kemudian nak masuk je dekat dewan sembahyang, tiba - tiba ada orang tegur aku dalam bahasa Belanda. Aku terkejut.

Dia tunjuk kat aku stokin yang ada dalam balang dekat pintu masuk, dan baru masuk ke dalam dewan solat. Aku tau dah kalau masjid orang Turki kena pakai stokin. Tu adalah salah satu ajaran depa.

[caption id="attachment_6443" align="aligncenter" width="460"] Pintu masuk ke dewan solat. Tengok tu tanda jangan pakai kasut. dan dilarang "berkaki ayam"[/caption]

 

[caption id="attachment_6444" align="aligncenter" width="815"] Kalau tak paham bahasa jugak tak tau la[/caption]

Masuk je dewan solat dia, fuh besar dan mengagumkan. Aku baca masjid ni baru je bukak awal tahun ni. So semuanya nampak baru. Luar nampak berwarna warni tapi didalam hanya warna putih je.

[caption id="attachment_6441" align="aligncenter" width="823"] Mihrab dan mimbar[/caption]

[caption id="attachment_6440" align="aligncenter" width="814"] Hiasan didalam kubah[/caption]

Lepas solat, aku ronda sat tengok keadaan sekeliling masjid. Rupanya ada jualan. Nampak macam tak ada orang kat sini tapi bila keluar je nampak ada orang tunggu. Ke depa mengintai aku?

[caption id="attachment_6442" align="aligncenter" width="459"] the pearl in the heart of Amsterdam[/caption]

[caption id="attachment_6439" align="aligncenter" width="819"] Pusat jualan[/caption]

Aku syukur dapat singgah solat kat sini. Sekurang-kurangnya dapat tahu yang Amsterdam ada masjid yang besar tersergam indah daripada kita tau Amsterdam ni tempat yang tuutt tuttt je.

Kalau hampa nak ke Masjid Westermoskee Aya Sofya ni, boleh la dapat informatio dibawah :

0 Komen:

Post a Comment