Wednesday, January 11, 2017

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia

image

(UTUSAN ONLINE) KUCHING 11 Jan. - Rakyat Sarawak dikejutkan dengan berita sedih hari ini, apabila kehilangan pemimpin paling disayangi, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Menteri Sarawak kelima itu dilaporkan menghembus nafas terakhir pada pukul 1.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan dekat sini.

Walau bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai kematiannya dikeluarkan oleh wakil dari Pejabat Ketua Menteri setakat ini.

Namun, seorang pegawai dari Unit Protokol di pejabat berkenaan mengesahkan berita kehilangan pemimpin berusia 72 tahun tersebut dan kenyataan rasmi mengenainya akan dimaklumkan nanti.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Ambrose Cheng memberitahu, pengumuman tentang pemergian Adenan akan dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada pukul 3.30 petang ini.

Adenan yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 pada 27 Januari ini meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anak.

0 Comentarios:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Comments

Recent

Bottom Ad [Post Page]

Contact Form

Name

Email *

Message *

Labels

Full width home advertisement

Keep Traveling

Featured Grid Widget

Travel everywhere!

Author Description

Hey there, We are Blossom Themes! We are trying to provide you the new way to look and use the blogger templates. Our designers are working hard and pushing the boundaries of possibilities to widen the horizon of the regular templates and provide high quality blogger templates to all hardworking bloggers!

Designed by OddThemes | Distributed By Gooyaabi

Advertisement

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

Post Page Advertisement [Top]

Advertisement

Follow Me On Instagram