Aku buat pilihan untuk bertukar ke Webe pada Disember 2016, iaitu bulan lepas setelah beberapa bulan menggunakan Celcom Gold 80 yang aku langgan sejak Mac 2016. Untuk rekod, setelah aku potong Celcom Gold 80, aku terus port out ke Digi Prepaid. Alasannya sebab nak cuba tengok coverage Digi dekat rumah aku.
Lepas je tukar ke Digi, aku dapati coverage Digi dalam rumah masih lagi macam biasa (mungkin ada baik sikit dari Celcom) dan untuk beberapa bulan aku bersama dengan Digi, aku buat keputusan untuk pindah ke Webe
Berpindah ke Webe
Antara sebab utama aku bertukar ke Webe adalah unlimited data yang ditawarkan oleh Webe.Sekarang ni dah tahun 2017, semua orang dah berpindah daripada membuat panggilan dan sms secara tradisional ke apps base yang memerlukan sambungan internet. boleh dikatakan kebanyakkan orang dah berpindah daripada membuat panggilan telefon dan sms ke apps kerana ia boleh dihubungi di mana mana sahaja dan ianya percuma. Buat apa nak bazirkan duit untuk bayar lagi bil telefon untuk membuat panggilan? Ya, mungkin ada buat panggilan biasa tapi mungkin tak sekerap macam dulu. kan?
So far, sejak mula guna Webe aku dah guna lebih kurang 40GB yang kebanyakkannya digunakan untuk menonton video atas talian. Kebanyakkan masa dengan Webe aku manfaatkan untuk tengok video sebab selama ni dengan telco yang lama aku kena hadkan penggunaan data sebab takut quota habis. Tapi, dengan Webe tak lagi! It’s a freedom!
Coverage
Antara masalah utama yang selalu di fikir bila nak bertukar ke telco baharu adalah kawasan liputan. Untuk Webe, aku rasa ia tak jadi masalah sebab Webe merupakan anak syarikat TM yang mendominasi telekomunikasi di Malaysia. Sepanjang sebulan, aku tak ada masalah tentang tak ada line, tak ada signal, panggilan terputus, data takdak dll. Segalanya macam biasa.
Aku pun dah cuba guna Webe di luar dari tempat tinggal aku di Pulau Pinang (pulau dan seberang), dalam masa sebulan ni aku ke Terengganu, Kuala Terengganu to be exact. Line Webe sangat steady dekat KT dan hampir semua tempat ada LTE! Kemudian, ke Kemaman dan sepanjang jalan balik ke Pulau Pinang melalui Jeli-Gerik pun tak ada masalah. Walaupun kat kawasan hutan tu tak ada data, tapi masih lagi boleh buat panggilan. Superb!
Phone compatibility
Bab ni aku tak berapa happy sikit sebab bukan semua smartphone boleh support Webe ni. Seperti yang digariskan oleh Webe, hanya smartphone yang menyokong Band 5 sahaja yang boleh guna line depa. Kalau tak support, maka tak ada la LTE. Check tengok kat sini kalau hampa nak tengok phone hampa support ke tak.
Aku pilih untuk self pick up sim card Webe baharu lepa buat bayaran secara online. Pick up dekat Queensbay dan aktifkan sim card lepas Digi hantar sms port-out berajaya. Masa tu aku guna Huawei Honor 6, kalau ikutkan memang tak tersenarai dalam senarai Certified phone tapi bila belek spec telefon tu ia support Band 5.
Masuk je simkad Webe yang telah aktif, line Digi aku yang selalunya full bar dan line 4G merata - rata dah jadi tenggelam timbul. Sekejap je 4G / LTE sekejap je 3G. Macam mana ni! Nampak sangat macam tak stabil. Aku kerap aktifkan air-mode untuk refresh sambungan internet. Rasa macam tak selesa gila bila line telefon macam kura kura.
Dulu bila kemana mana saja ada je line 4G tapi lepas guna Webe phone jadi panas sebab dok cari line kot. Finally, aku ambik keputusan untuk guna 3G sahaja dan tempat yang aku tau ada line 4G yang kuat baru aku aktifkan 4G LTE. Aku rasa macam nak port out Webe sebab tak enjoy guna phone sebab line hampeh tak seperti yang dijanjikan!
Tukar ke iPhone
Aku memang bercadang untuk tukar ke iPhone dan hanya mampu tukar phone yang aku guna (Honor 6) pada bulan 12. Oleh kerana phone tak kritikal sangat untuk ditukar dan nak ditukar diatas dasar “kehendak”, aku beli used iPhone 5s.
Nak dijadikan cerita, lepas je masukkan simkad kat dalam iPhone, line LTE/4G yang samar - samar dan tenggelam timbul tu terus jadi full! Aku terkejut, lepas tu keluar ke luar dan terus ronda - ronda Penang dengan iPhone 5s. Hampir kesemua tempat di Penang ni diliputi oleh LTE dan sangat laju!
Bila dah line LTE full, laju, mau tau la beteri telefon cepat macam mana! Hehe
Keburukan
Kemain semua cakap pasal kebaikkan je kan? Aku nak cakap yang Webe pun ada keburukkan yang semua orang tahu, apa guna ada data unlimited tapi tak boleh nak buat hotspot kan? Kalau hampa nak hotspot, kena bayar add-on RM6 untuk penggunaan 2 jam. Leceh kan? Sebab tu aku tak boleh dah nak online guna laptop bila ada dekat rumah sebab setiap kali nak hotspot kena bayar. Tak praktikal.
Selain dari tu, Webe pun macam telco - telco kecil yang lain, tak tawarkan perkhidmatan call forwarding, tak boleh nak aktifkan imessage & facetime dengan no. phone sendiri, dan banyak lagi. Nak tahu, hampa kena try sendiri.
Kesimpulannya, harap ada banyak lagi telco yang tawarkan plan data unlimited macam Webe ni. Dengan harga RM79 sebulan (tak termasuk GST) aku rasa ia salah satu pakej internet yang paling sempurna buat masa ni.
Harap tahun 2017 ni dapat tengok banyak lagi telco tawarkan plan atau pakej yang murah dan setimpal. Tak la terus mencekik duit rakyat dengan buat pakej yang penuh dengan tipu muslihat.
Caiyookkkkk Webe!
Saya baru bertukar kpd webe pada 22/08/17. Saya byr upfront 106 utk subscribe webe. 3 september 17 baru dpt bil bln ogos 2017. Dan pihak webe caj saya 110. Memang frust sesgt. Guna 9 hari ke kot, caj 110. Dah la line mcm hampeh. Drive dr tol sg besi sampai subang pun masih x dpt line internet. Ada di UM pun x boleh dpt internet.sedangkan LTE full.. mcm siang td. Drive dr seremban ke kl samapi ke sudah x dpt internet. Nk guna en. Wazeutk tgok jln yg jem pun x dpt.. ape lg nk guna whatsapp.. Walaupun ada byk cara nk contact customer servis saya lebih prefer call melalui fon dr menggunakan live chat @ email.. lebih cepat dpt selesai masalah. Tp customer servis hanya boleh call dr 7pg-7 ptg saja. Rasa macam kena tipu je. Ingatkan guna TM punye subsidiary boleh la nk jimat. Rupe2nye lebih teruk mentekedarah dr telco yg lain.
ReplyDeleteNak tau, awak guna phone apa ya?
ReplyDeleteKatanya imesage dan facetime boleh diaktifkan melalui email, bukan nmbor
ReplyDeletebetul tu
ReplyDelete