Bayi dibuang dalam tandas

image
BAYI ditemukan mati dalam sebuah tandas sebuah warung Tanjung Asam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang pagi tadi.-UTUSAN ONLINE

PULAU PINANG 12 Feb. - Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan dalam keadaan menyedihkan di dalam tandas sebuah warung di Pantai Tanjung Asam, Teluk Kumbar, di sini pukul 9.30 pagi tadi.


Bayi yang ditemukan itu masih cukup sifat serta mempunyai tali pusat dan uri.


Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Anuar Omar, mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Balik Pulau.


“Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kes ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Sumber : UTUSAN ONLINE.





Luthfi Suib

Abah Rizqi. 30 Tahun. Seorang yang minat menulis dan mengembara. Dah banyak sangat tulis blog, berpindah randah dari Wordpress ke Tumblr dan kembali ke Blogger. Saya suka menulis tentang kehidupan, berkongsi pengalaman dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment