Saturday, July 29, 2017

Dr. Maza : Jangan hukum anak "bin/binti Abdullah"



MUKADIMAH
Pernahkah kita terfikir apa perasaannya apabila mendapati nama kita berbin atau berbintikan Abdullah, sedangkan adik-beradik lain berbinkan nama bapa kita? Terfikirkah kita bagaimana individu itu hendak berhadapan dengan masyarakat sepanjang hidupnya dari sekolah sehinggalah berkahwin.

Bagaimana pula pandangan umum terhadap ibu bapanya pula? Ya, diakui mereka pernah melakukan kesilapan lalu tetapi bagaimana jika pasangan itu sudah bertaubat.

Bayangkan macam mana pula pasangan itu hendak mendidik anak-anaknya untuk menjadi baik, jika kisah lampau mereka terus terdedah? Ikuti kupasan temu bual wartawan, Sharilfuddin Saa ri dengan Mufti Perlis, Prof.
Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zai nul Abi din yang negeri itu mempunyai fatwa berbeza berkaitan soal Anak Tidak Sah Taraf.

MINGGUAN: Bolehkah Datuk jelaskan intipati fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Perlis berhubung kedudukan Anak Tidak Sah Taraf pada 2013?

MOHD ASRI: Saya nak jelaskan, Perlis bukan sahaja ada fatwa tentang Anak Tidak Sah Taraf iaitu yang membabitkan individu lahir kurang daripada enam bulan tempoh perkahwinan, bahkan perkara itu telah menjadi warta kerajaan pada 17 Januari 2013.

Friday, July 28, 2017

Operasi Uber dan GrabCar kini sah

KUALA LUMPUR 27 Julai – Perkhidmatan teksi e-hailing seperti Uber dan GrabCar kini merupakan salah satu pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang dan ‘dihalalkan’ beroperasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Keputusan itu dibuat selepas Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2017 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia sekali gus menyaksikan Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang mengawal selia undang-undang berhubung perkhidmatan e-hailing itu.

Beliau menjelaskan, pemandu-pemandu e-hailing di Semenanjung Malaysia kini tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) manakala di Sabah dan Sarawak, ia berada di bawah kuasa Lembaga Perlesenan Kende­raan Perdagangan (LPKP).

Friday, July 14, 2017

Dr. Mahathir pengerusi HARAPAN, Anwar Ketua Umum & Wan Azizah Presiden



(Malaysiakini) Struktur dan logo Pakatan Harapan akhirnya berjaya dimuktamadkan selepas mesyuarat majlis presiden bersidang lebih empat jam hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad secara rasmi dilantik sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di penjara Sungai Buluh pula dinamakan sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan, manakala isterinya, Datuk  Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai presiden.