Tak mau cakap banyak, meh tengok berita dan gambar - gambar yang aku cilop dari laman sosial. Sebelum tu, mai kita tengok apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng cakap :
_"Beliau harus ingat, masalah banjir di Kelantan bukan kerana ada banjir tetapi puncanya kerana 100 ribu hektar, hutan simpan telah diratah dan ditebang. Ini menyebabkan banjir jadi lebih serius. Selepas itu ada mangsa banjir 2014 masih belum dapat rumah"_Up video lama, skdar prngatan spy kita tak sombong #Penang#banjir#flashfloodspic.twitter.com/x0FSGtIJyA
— TRWFC PENANG (@trwpenang) November 5, 2017Hujan lebat, beberapa kawasan di P. Pinang mula dilanda banjir kilat
Menurutnya, selain taburan hujan tinggi, bencana banjir kilat turut berpunca daripada pertembungan air pasang sekali gus menyebabkan air beberapa batang sungai melimpah.
Amaran hujan lebat, angin kencang peringkat jingga di Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang peringkat jingga untuk sepanjang hari ini di negeri-negeri di utara termasuk Pulau Pinang yang kini dilanda banjir sejak awal pagi tadi.
Menurut kenyataan itu, amaran yang sama turut dikeluarkan kepada negeri Kedah, Perlis dan beberapa daerah di utara Perak seperti Kerian, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
“Pada masa yang sama, amaran hujan dan angin kencang peringkat kuning turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di negeri Kelantan dan Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu,” katanya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mayat pertama seorang lelaki berusia 75 tahun ditemukan mati lemas di rumahnya di Jalan Perak, Georgetown di sini, kira-kira pukul 7 pagi tadi.
Sementara itu, tambah beliau, mayat kedua seorang wanita Cina yang dipercayai berusia awal 80-an ditemukan lemas di Pusat Penjagaan Orang-Orang Tua, Jalan P. Ramlee, di sini awal pagi tadi.
Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. M. Sukumar berkata, arahan pengungsian pesakit dilaksanakan sekitar pukul 2.30 pagi sehingga 5.30 pagi tadi membabitkan empat wad pesakit dan wad Rawatan Rapi Neonatal.
Banjir kali ke-22 untuk tahun ini bermula sejak petang semalam selepas hujan lebat dan ribut berlaku sejak awal pagi yang turut menyaksikan puluhan pokok tumbang dan beberapa kejadian tanah runtuh.
Bencana ribut: Pulau Pinang mohon bantuan ATM
Dalam pada itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah memohon bantuan Kerajaan Pusat khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghulurkan bantuan kecemasan dengan segera kepada penduduk negeri ini.
Tambahnya, beliau berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kira-kira pukul 3.30 pagi tadi selepas keadaan banjir semakin buruk.
Keadaan di Stadium Bandaraya pic.twitter.com/d9pRyTw1U8
— Penang Brotherhood™ (@PG_Brotherhood) November 5, 2017Padang lalang, bukit mertajam. #Pray4Penangpic.twitter.com/sQLR0jg1w8
— Namia (@farahshahril) November 5, 2017It's easy to criticise and not do anything. What's harder is getting the job done.#pray4penang Help is on the way pic.twitter.com/Xta4cp6CI4
— Kong Len Wei (@lwkon1) November 5, 2017
Again Banjir dan Ribut sekitar kawasan Pulau Pinang , paling teruk kali ini ⛈⛈⛈#prayforus#banjir#PulauPinangpic.twitter.com/XI908qe4M4
— Tabu (@Tahbranni_Tabu) November 5, 2017#PrayForPenangpic.twitter.com/32dtjlOWYr
— rin (@NoraaReen) November 5, 2017#PrayForPenangpic.twitter.com/32dtjlOWYr
— rin (@NoraaReen) November 5, 2017#PrayForPenangpic.twitter.com/32dtjlOWYr
— rin (@NoraaReen) November 5, 2017From top view pic.twitter.com/AU3U02FMPx
— cikk (@bieylahisham) November 5, 2017
0 Komen:
Post a Comment