Wednesday, December 27, 2017

Mudahnya bayar PTPTN secara online dengan JomPAY!

Suka aku nak kongsi dengan kawan - kawan dan pembaca diluar sana langkah pembayaran pinjaman pendidikan PTPTN ni. Untuk info, sekarang ni hutang PTPTN kita dah disenaraikan di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia.

Adalah digalakkan untuk hampa semua ada rekod pembayaran balik pinjaman PTPTN ni sebab ia akan menyebabkan rekod CCRIS kita nampak cacat dan "huduh" secara langsung menyebabkan nanti nak beli rumah ke apa ke, bank tak suka dan tak approve.

Yang paling teruk, hampa takmau bayar sangat nanti ke blacklist baru tau, tak pasai - pasai tak boleh ke luar negara. Baru ada akai time tu. Haha! Baik hampa check kat sini

Bayar PTPTN secara potongan gaji


Sejujurnya, aku tak disiplin sangat nak bayar PTPTN ni. Sejak dari aku mula kerja dulu, memang tak cantik pembayaran aku. Apa boleh buat, sebab tu la aku kena tunggakan RM5,000 dan buat penyelesaian tunggakan pada hujung tahun lepas sebelum convert ke Ujrah.

Sejak September, aku dah mula buat potongan gaji dari majikan aku dulu dan sampailah bulan Disember 2017 sebelum aku hijrah ke company baru. Memang mudah buat potongan gaji, takdak pun masalah bayaran tertunggak.

Bayar PTPTN secara online - dengan JOMPAY!


Dah hujung tahun 2017 ni dah nak masuk 2018 dah. Takdak alasan la tak dapat nak bayar duit PTPTN. Sejak JomPAY diperkenalkan sebagai satu gateaway pembayaran secara tatas talian, aku rasa insiatif dari Bank Negara Malaysia menerusi syarikat MyClear ni sangat mudah sebab semua bank utama di Malaysia menggunakan sistem ni. So, secara tak langsung semuanya standard dan memudahkan.

Pertama sekali, hampa perlu ada 3 maklumat ni.



Okay, untuk biller code, hampa boleh masukkan nombor ni :

 

















KemudahanProdukBiller Code
Bayaran balik pinjamanPinjaman Ujrah34975
Pinjaman Konvensional96933

 

Biller code ni adalah kod yang hampa kena letak dalam ruangan ketika mengisi untuk bayar di JomPAY. Takdak biller code ni macam mana hampa nak bayar?

Kemudian, kedua masukkan Ref-1 iaitu nombor akaun PTPTN hampa. Jangan takut, nombor ni boleh dicari dan generate dari laman web PTPTN kat sini

[caption id="attachment_5331" align="aligncenter" width="697"] Maklumat yang diberi oleh laman web PTPTN ni memang lengkap. Dah siap tulis sistem bayaran tu[/caption]

Mudah kan? Dah dapat semua information yang diperlukan untuk isi kedalam JomPAY. Salin je kod Ref-1 tu, dah boleh pakai banyak kali sebab nombor Ref-1 tu tak berubah pun.

Lepas tu, masukkan nombor telefon hampa kat Ref-2 dan terus tekan bayar. Senang!

[caption id="attachment_5333" align="aligncenter" width="500"] Tengok, takdak charges pun untuk bayar PTPTN![/caption]

Mudah sangat bayar bil sekarang ni. Kalau tak bayar bil telefon, telefon takboleh call dan online. Tapi, kalau tak bayar PTPTN memang la tak sangkut mana mana, hidup masih boleh diteruskan macam biasa. TETAPI, ingatlah rekod kredit kita untuk masa depan. Nak buat loan nanti susah.

Tak payah la nak fikir pasal nanti susah nak approve loan sebab rekod pembayaran hutang tak cantik ataupun kena blacklist, tolongla fikir yang PTPTN ni adalah pinjaman pendidikan yang digunakan semasa hampa belajar dulu. Ingatlah sikit tang keberkatan. Apa yang kerajaan nak buat tentang PTPTN ni pada masa depan wallahuaklam tapi buat masa ni bayarlah untuk kesinambungan generasi akan datang.

Jangan sebab kita takmau bayar PTPTN sekarang ni penyebab adik - adik kita nanti atau anak kita nanti dah tak ada alternatif untuk ambil pinjaman pendidikan.

Info lebih lanjut tentang pembayaran PTPTN melalui JomPAY disini dan pembayaran cara lain disini.

0 Komen:

Post a Comment